Wednesday, January 11, 2012

PASRAH DAN REDHA

pagi tadi, on the way pergi kerja dalam kereta gua duduk seat belakang walaupun sebenarnya gua tidak suka duduk belakang sebab pening... but 1 thing i enjoy everytime duduk belakang especially pagi pagi ialah bila tengok langit dan awan awan dan pokok pokok. semua tu buat gua tersenyum sorang sorang!
eeewwwwwaaaaahhhhhh... begitu sentimental okeh!

no, you have to read this carefully.

you know what... bila lu betul betul tengok dengan mata hati, lu akan rasa begitu cantik, hebat, indah nya ciptaan TUHAN. jiwa lu akan tenang. i don't  know why, tiap2 kali gua serabut dengan masalah...gua just diam, pandang langit...pandang awan..secara automatik, gua akan tersenyum seperti membalas senyuman. seperti semua masalah hilang. Masya'Allah... Ya Allah.. YOU are so GREAT.

and... i feel like i wanna share something with you people....

few months ago, i was so depress, stress, tention..i hate with things happen around me. gua benci semuanya. gua hilang sabar, gua amuk sana sini. gua hilang semangat..jiwa..kosong!
tapi slowly, bila fikir balik... siapa kita untuk marah dengan ketentuan Nya. Apa yang kita ada ni...adalah semua hak DIA. tak ada satu pun hak kita. Kita pula, berkongsi dengan makhluk makhluk lain. Sudah menjadi adat berkongsi, mana kan boleh semuanya nak sama. Tak semua benda yang kita mahu akan dapat. It's not always about you!! Berkongsi kan. Mungkin bunyinya seperti tidak adil, sebab lu mungkin rasa...kenapa gua yang rasa sedangkan orang lain bersenang lenang. Actually lu tak nampak dimana keadilanNYA....

hari ni lu sakit, lu tengok orang lain seronok... betapa Tuhan itu Maha Adil suatu ketika sama ada lu sedar atau tidak...orang tu sakit lu pulak yang seronok. mungkin apa yang beliau rasa lebih sakit dari lu rasa. ada pernah lu pikir macam tu? kita jangan asyik nak tengok sakit kita saja. believe me, Allah itu ADIL.

Bila lu boleh faham tentang ketentuan, lu akan belajar memahami apa itu Redha dan Pasrah. Bila lu faham, lu akan realize betapa lu cinta pada pencipta lu. atau memudahkan pemahaman, biar gua kasi contoh. time lu bercinta bagai nak rak ngan kekasih hati...beliau bawak motor kapcai pun lu terima beliau. beliau kasi lu hadiah frame 2 hinggit pun lu suka dan rasa seperti dapat banglo sebijik! bila tak cinta...beliau bagi hadiah ferrari sebijik pun lu tak pandang! ehh tapi gua..cer bagi sebijik tengokkkkk ferrari. tak chenta ponnn teruihhh chenta sampai mati. muhauahuaa. dasar mata duitan!

maksud gua ni, bila lu cintakan tuhan... lu akan terima apa saja yang DIA bagi. 

Hari tu, gua terlampau marah...sampai kan gua benci sangat sangat pada orang ni. Tapi siapa gua mau benci ciptaan Allah Ta Ala tuh??? Siapa gua mau benci pada apa yang telah DIA tentukan. Kita hidup ni pun atas kehendak DIA. mati pun atas kehendak DIA. semua DIA. sebab semua ni DIA punya. DIA hanya pinjamkan kat kita buat sementara. Dah tu...tak reti reti nak bersyukur? dah kasi pinjam...banyak plak songeh. Suka DIA lah...nak tentukan macam mana, sebab itu hak DIA.   

bila gua fikirkan, tak apa lah...kalau tak dapat apa yang kita harapkan. Jangan asyik fikir yang kita tak dapat. Cuba fikirkan apa yang DIA dah bagi. gua pun fikir macam tu. Terlampau banyakkkkkkkk sangat yang DIA dah bagi kat gua. Takkan sebab 3 4 benda DIA tak bagi gua nak marah??? Banyak! banyakkk DIA dah bagi. termasuk lah jugak jerawat. aiihhh jerawat pun Dia bagi kat gua banyak juga. hhahaha...

Tenangkan fikiran, lapangkan dada. apa yang jadi hari ini...lu tak akan tahu betapa besarnya hikmah untuk masa depan. cuba lah hargai apa yang telah diberikan pada lu.

cuba lu tenung...ciptaan ciptaan tuhan...lu akan rasa tenang. cuba lu duduk tepi pantai awal awal pagi...pejam mata..baring..dengar bunyi ombak...lu akan rasa kagum dengan ciptaan tuhan.
berserah. atau susah susah sangat mau pergi tepi pantai...lu tengok saja lah..almari..meja...kipas dalam office lu sekarang..atau kat rumah lu.. lu sedar tak..itu pun ciptaan tuhan??
segelas kopi lu minum  tu pun adalah ciptaan tuhan. pernah lu fikir...macam mana kopi hitam dalam cawan lu tu boleh jadi kopi??? sekarang lu amik kertas...tulis balik...susunan proses kopi tu..serbuk kopi..biji kopi...pokok..bla..bla...bijih..bla..bla... hujungggggggggggggggggggggg sekali apa? siapa?

siapalah gua mau cakap banyak pasal ini.. but this is just a small message untuk lu renung renung kan.

sekian,
Ustajah JujueLopez.

Photobucket

2 comments: