buka puasa pada ramadhan yang ke 27.
27 August 2011.
Golden Triangle Restaurant, Auto City Juru.
sebab hari tu hari sabtu...balik kerja kul 1.00pm terus tidoq.
bangun, petang.. siap siap pergi cari baju rayaaaa..
hahaha..
sana sini sinun jammed.
tengok tengok kat 2 3 tempat.. mana berkenan beli terus.
sampai juru pun... pukul 7++ dah..
elok sangat lah tuh.
dah tak larat dah.
bila tunggu depan meja.. fuhhh lagi lahh terasa lambatnya.
nak bergosip pun dah tak kuasa lagi dah.. letih.
nasib mummy dah order siap siap dalam phone.
ehhh tu order dalam phone siap siap ponnn.. dah berbuka pon makanan tak sampai lagi.
nasib tokba bawak kurma 1 bekas & cake sket.
boleh gak makan.
ni gegambars gelas ni akid lah punya kerja..
fresh orange.
punyaaa la lapaq... sampaikan garpu pegang tak lepas lepas.
kalau makanan sampaii je nanti senang terus cucuk ngan garpu!
coke light..
tention laaa nak tunggu waktu berbuka.
dah macam macam pose.
tak buka buka juga.
last last amik gambaq tetek.
peeeeewwwiittt..
sebab tak cun,
maka tak berapa nak syok tengok. haha.
ok, ayam dah sampai.
serrrbuuuu..
oihhh sedap gila okeh.
kailan ikan masin.
tak tau la sotong apa.
tapi sotong dan ia sedap.
tomyam pon sedap.
masam masam. jenis letak santan punya tomyam.
ikan stim.. pon sodap...
nasi tiap tiap sorang bertambah nah.
kecuali akid. beliau susah bab bab makan ni.. sebab tu beliau kurus kering.
time orang makan nasi.. beliau tak makan.
time orang nak beli baju raya beliau nak makan kfc.
haiiihhh...
dessert.
tapi tahun lepas punya lagi sedap.
kali ni santan berketul ketul.
tapi tu pon.. akid nyer gua bedal sikit.
memang kenyang sungguh sungguh.
sampaikan saki baki ikan tu memang dah tak mampu nak ratah.
sebab letih makan dengan letih puasa terasa macam sama je.
bila dah makan, dah kenyang.. nak balik.
tapi singgah kejap kat tempat meka jual kepit kepit rambut..subang subang..
semua lip lap lip lap.
beli kepit & getah rambut... bunga bunga nyahhhh.. hiiishhh mak now very the girl girl nokk..
don't know what happen.
tapi jiwa tetap kental!
berat perut.. lepak depan tu..
sebab tu sampai kan pintu masuk pon gua tangkap gambar.
kiri kedai pon amik jugak.
kanan pon sama..
ahad pun keluar lagi.
dari tengahari sammmmmpai lah waktu berbuka.
fuuhhh.. mummy nak cari tudung..
pastu saja tengok tengok baju kurung..
belt akid dah terus gila babs.. nak ganti yang baru..tapi semua dah habis.
sedih.. bapak akid ada kat aloq staq. sms beliau soh belikan belt...kat sana apa ntah lagi..memang apa pon takdak.. ermmm lu ikat tali rapia jelah akid boleh tak kat seluar jeans tu?
tapi... gua cakap lu, mencabar sungguh lahhhh shopping ngan budak 2 orang ni
time mummy pilih tudung.. gua dah pitam pitam dalam kedai tuh
sebab letih kejar ambereen.
nasib dalam kedai tu ada carpet & takleh pakai kasut.
last last bersila je ngan budak budak ni kat celah celah kain baju tudung tudung.
huhhh feduliikkk...!!
ahhh sudah lah labu. letih ni okehhh letih.
last day puasa.
cerita panjang panjang ponn... semua tak sudi nak membaca sebab ketupat dan lemang kat dapur lagi menarik dari hadap cerita gua nih. huhuhu.
so, dikesempatan ini.. gua nak mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
MAAF ZAHIR & BATIN
kepada semuaaaaaaaa yang mengenali jujuelopez sekeluarga.
dan juger gua nak khabar kan pada lu semua..
yyyiiiiiiihhhhaaaaaa...
ini tahun gua puasa penuh okehhhh!! PEEENUHH!!!
so, siapa yang ada janji nak bagi duit raya kalau puasa penuh.. ahh sila siapkan duit raya untuk gua sekali okeh.
balas dendam..last year tinggal 10 hari! ini tahun..selllaamatt..
hahaha.. seronott okehh..
pada yang tinggal puasa tu...selamat ganti posa la yer pas nih.
gua selamat lah.. sebab kalau menyusu badan ni, memang jarang period kan? nasib lah tuh.
kalau period lu tak datang bulan ni..nasib baik. kalau nasib tak baik macam gua tahun lepas..
time bulan puasa plak nak kuar.. ahh siap! 10 hari merasa lahhh..
eiihhh... seronok tidak terkata nih sebab tak gaduh nak pikir bila nak ganti puasa.
heyyy... lu ingat senang ke nak dapat puasa penuh!
hanya orang orang yang pregnant, menyusu badan dan kak senduk je okeh yang boleh puasa penuh
kalau kuat iman!
ok..
SELAMAT HARI RAYA.
