Friday, March 25, 2011

ENJOY KAH KALAU...

saja la gua nak share pendapatan dengan lu sket..

gua kadang kadang syokkkk tengok kengkawan gua pergi sana pergi sini...enjoyy..
tak bawak anak anak.
gua pon tanya... wahhh pergi disneyland tak bawak anak ka? (ni contoh soklan laa...)
jadi, bila meka jawab.. bawak anak anak mana boleh enjoy..

jadiii... gua pon terpikiaq pikiaq.. betoi la jugak.
lu ingattt kalau lu bawak anak kiri kanan..melekat tak tetek... lu ada chance nak huha huhaaa..
naik semua menda kat genting..kat disney land.. nak shopping..
nak lepak.. nak gossip???

TAPI...

gua ni bangsa takleh tinggai anak.
(sebenaqnya nak abaq... dalam bahasa yang paling riak adalah, gua ni ibu misali yang penyayang..caring dan lovingggggg) auuuwww.
hahaha sunggohhh hehhhh... bukan nak tipu!

tengok muka anak anak gua kat bawah ni.
ahh gila kesian nak tinggai.
alamakkk...selekeh nye amber balik from nursery. kasut pon tak dak.
ni sebab mummy yang amik kitaoreng balik sebab bapak budak budak ni sebok main badminton sampai malam..lupa anak bini kat rumah..blaaa..bla..*&#^E&*#()(*(* pesan beli pampers pon tak beli.@&__@*(@#... !!! gua nak mandi pon tak sempat.. *&#*^E&^$#()*())_(#$&.. nak jemoq kain lagi..*&#^()@#)*#&(##)-0 !!!!!!
kalau tidak, kasut amber ada dalam keta. tapi sebab gi ngan keta mummy so, siannn amber. tu pon kalau dak kaki ayam. gua korek korek dalam bag nursery nasib ada stoking.
dah la...meka boh baju yang patut dok umah je. nasib lu lah amber....selekeh.
abang akid ok la lagi...ngan seluaq koyak...rock kapak + kasut sekolah. hahaha..
ok, that's not the point.. nak citer pasal jenjalan bawak anak kan tadi..


ah. gua ni, kalau kata nak pergi mana mana nak suruh enjoy dengan tak bawak anak...
gua rasa gua tak enjoy. satgi orang lain dok terjerit jerit keriangan..gua ni terjerit jerit teringat anak macam pompuan gila meroyan. gua punya enjoy adalah enjoy dengan anak.
mungkin sebab gua ni menyusu badan kot. so, pergi mana mana kang susah ati tingat tetek yang kian membengkak ni. secara otomatik nyer...terbayang bayang muka anak. pastu mula pikir..nangis ke dak ah? tingat gua tak? ok ke? demam ke.. makan dak gi..? ahh bila nak pikir macam tu..tiada guna lagi. jerit panggei superman lahhh tolong datang amik bawak balik cepat.
tapi ntah la..budak budak tu tingat ke dak kat gua, taktau.
tapi yang pasti memang gua pasti tingat kat meka.


kalau nak pergi mana mana tak bawak anak pon.. gua boleh buat dalam waktu 'office hour' saja.
maknanya, gua amik cuti...hari apa apa..pergi lah nak pergi mana. tengok wayang ngan member ke.. apa ke..semua masa amik cuti tu lah. so, dalam pukul 5-6pm gua tettap akan amik budak budak ni kat nursery.
kalau hari gua cuti...maknanya, sabtu or ahad...sorry lahhh kalau nak suruh gua tinggai meka kat nursery pastu gua gi suka ria. rasa bersalah gila. lagipon gua dok rasa anak anak gua ni bijak pandai sebab bagi gua meka akan tahu gua cuti pada sabtu ahad..so, what the hell mak meka tinggaikan meka kat nursery nih??? ahh gitew!


sebab tu jugak lah, sebarang xtvt lepas office hour ni... gua akan join kalau habis awal jer.
cam aerobik ke..bowling ke... gua tak kisah. asalkan...sebelum kul 7 gua pastikan gua dah amik budak budak ni. siannn okeh tinggal lelama. 

tapi, kalau tinggai kat laki gua..gua ok lagi. tapi jantan tu bangsa mana reti nak jaga budak kecik. besaq cam akid boleh lah. nak tinggai ambereen lama lama. takyah lama la...tinggai 2 jam pon gua rasa dah cukup buat ambereen melalakk lalakkk amuk satu badan! so, jangan pening kepala...
gua je lah jaga. melainkan waktu gua bekerja...sila bagi nursery jaga.

jadi, istilah jom enjoy...tinggal anak kat rumah adalah sangat sangat tidak kena dengan jiwa raga gua yang suci murni selembut sutera nih.

hhuahuahaua.
ahh sudah!

ini namanya ruamit yang tak cukup sifat.
cilakeee...selalu makan sedap.
semalam makan tak sedap. biji biji merah tu takde..boleh ganti ngan nata de coco apa menda ntah..siap letak ntah hapa macam macam lagi. ini rasanya seperti gua minum ayaq santan boh ice.
yyyaaarrrkkk!


kempunan nak makan pulut mangga.
ntah la kedai siam. ada hari sedap. ada hari cam haremm!
semalam makan ni haiiii tekak ngan perut dah terasa sama besaq.
kembang gila..tekak! muak!
ini santan...ruamit santan... dah la gua banyak dah lemak lemak tepu!
lepas tu kecoh satu dunia...gua gemokkk gua gemokkk..
pastu tanya habis manusia seleruh pelosok dunia macam mana nak kuruskan badan..
pastu tention..pastu stress...pastu bila tention ngan stress... makan!
makan makan makan...

ok lah sudah sudah lah tuh.

but, nak tanya satu je.. sila lah jawab pertanyaan ini...

adakah dengan memakan roti canai setiap pagi akan menjerumus ke masalah berat badan ?



Photobucket

Wednesday, March 23, 2011

SKII

promotion ni dah lama...
tak sure ada lagi ke dak. tapi rasa macam ada lagi.

lu tau dak.. RM199, lu boleh dapat

Facial Treatment Essence 75ml



Facial Treatment Mask 1 Pc

Facial Treatment Clear Lotion 40ml

Cotton 30 pc

RM199... memang tak murah. gila... RM200 tuhh... ikut ikut kan kalau beli
set SIMPLE atau CLEAN N CLEAR atau NEUTROGENA hemmm boleh beli 2 3 set tahan untuk 7 8 bulan kot.
kot?

tapi DULU gua pernah beli, sebotoi pon dah RM187 kalau tak silap.
pastu...mask toing toing tu...berapa hah? RM50++ lah kalau tak silap.
so..lu tengok.. dah berapa?


yang ini... RM199..
mask toing toing pon dapat..
siap dapat plak...facial treatment clear lotion. toner lah nih...
gua dulu beli...toner ni meka kasik yang kecik konek tu je...lu tengok gambaq atas nih.
ahhh skang meka bagi yang besar jugak.

dah tu...siap dapat kapas lagi.
so.. apa lagi? beli beli beli..

eh, tapi kan. meh sini nak bagi nasihat jugak.
kalau lu rasa muka lu ala ala kulit jujuelopez yang berlopak berjerewat ni... hehehe
takyah membazir lah kot. kang memang jadi macam gua. membazir. buang duit!
memang takde bezanya pakai ngan tak pakai SKII. kalau orang lain pakai...7 hari nampak beza kan.. ahh gua ni pakai 700 hari pon memang takde beza. so, fikir lah masak masak sebelum beli.

jangan dengar sangat hasutan nasihat gua yang tak abeh abeh nak mengabehkan duit ni.

ok lah. tu je nak cerita.

selingan sket...gegambars sabtu lepas...gi dinner kat pizza hut..
saja... dah abeh gambaq nak boh.

astagaa.. burok nya mak amber.

budak notty notty nih...

hok ni lagi notty nih..

berebutttt je tepon ngan mak beliau & mummy beliau.

budak ni sejak tokba belikan botoi mickey..botoi lain tak layan dah.
tetttap nak pakai botoi idaman kalbu.

kalau beliau pakai baju ada gambar mickey...
abeh kat semua beliau tunjuk...mickey tu.

sekian terima kasih.

Photobucket

Friday, March 18, 2011

School Holiday Raiyan Akid

amik cuti okeh.. nak bawak anak yang sedang bercuti sekolah jenjalan.
kalau tidak...tak bermakna cuti sekolah tu okeh.
apa baranggg...cuti sekolah dok nurseryyyyy jer.

so, hari khamis 17.03.2011 amik cuti.

bangun pagi pagi macam biasa nak pergi kerja tuh.
ehhh cuma lambat sikit jer sebab tahu tak payah kelam kabut so, lambat lambat kan bangun.
ehhh tapi seronok je sepanjang minggu ni...bangun pon tak kelam kabut. siap pon tak kalut sebab akid cuti. kalau tidak..leceiii bangun...je dah macam apa..sebab kul 8++ nak kuar umah dah. minggu ni... 8.30.. 8.40 baru nak kuar. boleh minum minum lagi kat umah.

ehh terlajak topik plak.

ok, dah siap semua.. keluar umah dalam kul...9++
aisehhh ambereen plak mood tak berapa nak elok. hari nak bawak jenjalan ni lah mood tak elok pon.
takpe.. lah.

ok, kena breakfast dulu. ingat nak makan mcd kat central square sungai petani.
tapi takkkkk... takde playground. berlagakkkk. dah kata cuti sekolah nak bawak anak jalan kan. so, kena ada playground baru nak pegi. ok ok..jom gi kat seberang jaya punya.
sampai sana..dah kul 10++. kelam kabut lah nih..kang habis breakfast camno.
dah la parking payah. masuk dalam mcd manusia ramai gila.
beratoq punya beratoqqqq punya beratoqqq punya beratoqqqq... eiii berapa kali beratoq daa..
sekali kaunter tu tutup.
hhaff shhaafff &^@*#()*(@##(&*#(*#)(**^#)+*(&.. thuuiii!!!
laki gua ajak keluar. mogok lah tuh. pastu...cari parking kat sunway carnival plak.
cari mcd dalam tu plak. ehh ada ka? cari cari takdak pon. laki gua tanya..jom lah kita gi balik mcd tadi tapi drivetru cukup. ehhh tak koser dah gua nak gi balik.

gua keluaq plak..dari sunway carnival..jalan cari kedai mamak. kot boleh pekena roti canai.
tapi tau tau je lah..ngan jalan kaki ni jauh mana sangat leh pergi.
kedai pon banyak dah tinggai minyak goreng roti canai je. sebab dah dekat kul 11...takdak sapa nak buat oti canai. ok ok... ngan penuh rasa tention..masuk balik sunway carnival.

gua terus tuju ke bread history.
makan je lah apa yang ada!
hangin dah nih. rasa cam nak ajak balik jer. dah takde mood gara gara mcd bodoh.

hemm sekali boleh tahan jugakkk sedap kat sini.
ehhh lu tau ka, awal awal tu..beliau bawak mai 1 je kopi!
ehhh apsal dugaan sangat hari ni nih! kat mcd tak dapat order langsung. kat sini, order 2 sampai 1.
tapi sebab roti sedap... okeh lah.jangan bising bising! makan sudah!

tetiba terasa cantik plak gambaq gua amik guna iphone.
tapi kalau gelap...ermmmm lingkup! kelabu asap!
maklum ler..camera gua tu...battery dah kaput! takde mood nak pakai. nak beli baruu...
hehehe pitih takdok! guaaanoo...nih. 

gua pon tak ingat apa yang gua order. so, takleh lah nak promote.
tapi sedap. setengah keping yang 3 segi tu kan..gua kasi amber makan..habis licin!

ini plak garlic bread.
sedappppppppppppppppppppppppppppppppppp sangat!
siap ada cheese. makan garlic bread macam makan pizza. perrgghhhh...


ahh nampak roti dalam tangan anak dara ni.
mula mula gua tengok beliau makan slowwww je.
bila dah nak keluar cari roti tak jumpa. ingatkan buang. cari cari takde.
sahh masuk perut!
alhamdulillah..


akid order choclate cake apa menda ntah..
sedap! tak muak.
ok lah.

budak ni roti ni makan..cake pon makan.
walaupon mood tak berapa elok.. tapi makan insya'Allah tak tolak.
mak beliau pon macam tu. demam ke..pitam ke.. sakit tekak ke..
'tak ada selera' memang tak wujud dalam kumus hidop!

patut lah gua heran...anak gua makan macam pelikkk je tengok depan tu..
pastu cam tergelak gelak. rupanya beliau tengok muka sendiri dalam cermin.
hahahaha..


orghang tengah lapaaaqqqq...dah pukui 11++ dah kann..blom breakfast.
ahh sumbat sumbat lagii...

ok, dah kenyang. jom bawak budak budak ke
mega kiddies world ke apa ke nama ntah.
kat tingkat atas...dekat ngan wayang tuh. ahhh.. 

boleh tahan besaq.
akid kena RM12.00.
Orang tua RM5.00. aikkk apsal lagi tua lagi murah.
helloooo...orang orang tua masuk untuk teman & tengok anak saja okeh. 
jangan nak hover melompat lompat cam beruk kena belacan! jangan pulak lu yang berebut rebut ngan budak budak lain nak main dalam tuh.
anak dara gua ni pree saja. patut nya 1 year kena bayaq.
tapi sebab takleh jalan lagi...so meka kasi pree.


anak teruna gua...wahhhh sronot tak terkira.
siap dapat member plak dalam tuh.
ermmppp..apa lagi!
gedik x 1,000 lah!

amber masa mula mula dok atas menda ni yang toing toing ni..sukkkeerr..
siap menjerit jerit.
ahh tu blom boleh jalan. kalau leh jalan...huhhh..


lu taw ka...3jam lebih kitaoreng dok dalam sangkar ni tunggu akid main.
tapi lu bayaq kan...kira lu duduk lah satu hari.
kalau nak kuar makan ke toilet ke boleh..asalkan jangan buang tag kat tangan tuh.
gambar bawah ni separuh dari tempat tu. belah belah sana banyak & macam macam lagi.
gua pon teruja la jugak. nasib dokong ambereen yang takleh jalan.
so...purak purak anak nak main..so leh turun slide 4 5 6 7 kali tanpa segan silu..


nak masuk kena pakai stoking.
kitaoreng 4 beranak memang dah pakai..so selamat duit.
kalau dak..kena beli socks. RM2.00 kot.

bukak plak..dari kul 10.00am until 10.00pm.
nasib dok 3jam je. kalau ikut akid...dok 3 hari 3 malam pon takpa.

tengok budak ni... seronot la jugak beliau..walaupon mood tak berapa elok. 

pastu, kitaoreng pon...pindah dok kat bawah tuh..ada kawasan panjanggg luas..kosong.
maybe tu tempat mak mak bapak bapak lepak kot.
tapi sebab tak banyak mak bapak yang masuk..so, kawasan tu ambo yang punya!
huhauhauahuahuaa..


suka ati leh lepak.. menerap...terlentang..
jangan ada budak lari pijak perut sudah!
kesian, beliau ni. takdak baju lain nak pakai. beliau memang cenggitu. kalau beli 1 baju tu..baju tuuuuu je lah beliau pakai.

sebab tempat tu gua yang punya..so, senang leh menetek & tido kan ambereen.
sambei abang akid ntah hilang ke mana main. kejap kejap je mari minum air.


eh len kali kalau nak mari lagi... nak bawak tilam bantai..
laptop..dvd korea ke apa ke..mangkok tingkat yang ada nasi bihun..tomyam..semua.. layannn..
lu nak main..ahh main lah. 8 jam pon takpa!

aiiiisehhh nak selit jugak gambaq sendiwiii..
ahh yer yer. kalau lu tengok gambaq yang tetiba tak berapa nak clear...blur blur camgini nih...
ahhhh ada lah tuh...nak cover cover jawat.. so, amik gambaq blur blur sket dengan effect tambahan supaya dengan harapan jawat jawat comei tu dapat cover.
ok, faham. jangan percaya 100% pada gambaq. muahuahauhaua..

ahhh masa ni dah nak dekat ngan ujung ujung rancangan.
akid pon dah basah. takyah mandi pon basah.

amber pon dah bangun.. dah ulang alik main berkali kali..
ah sudah lah. jom balik.
dah kul 3pm dah.
dari pagi okehhhh... lunch apa pon dak. harap yang breakfast kul 11++ tadi tu je lah.
brunch orang melayu cakap!

lepas dah kuar...letih...
beli air. tapi tak sempat nak snap gambaq. nanti lah len kali amik gambaq.
tapi gua nak bagi tau...dah bertahun tahun gua soooooooooooka sangat sangat ngan air..yang ada biji biji bubble tuh. lu tau ka? kadang kadang meka buat ice blended. kadang2 letak ice saja. setengah orang panggei milk tea. setengah panggei apa ntah.. alahhh lu tengok lahhh ayaq yang ada biji biji besaq hitam tu dia lah tuh. ok, gua selalu dan MESTI amik honeydew. gila sedap.

ok...dah tu...naik keta...tunggu mummy akid & amber balik keja kul 5pm.
pi makan rojak tonggek.
ini dinamakan rojak tonggek sebab masa lu nak cicah kuah tu...lu kena tonggek sket sebab takut kuah kena baju. lagi rendah lu tonggek lagi rendah risiko baju nak kena kuah.
so, sila lah tonggek tonggek..

gua baru tauuu sedap giler teloq puyuh + sengkuang makan ngan kuah ni. hahahaha. 


dah habis kat sini...
singgah restoran pokok buluh plak ajak mummy sekali.
kedai ni baruuuu je bukak. meja kerusi pon tak susun lagi.
kalau malam baru meriah nih.
tapi tak kuasa nak tunggu malam.. dah lapaq dah nih.
gua selalu order...bihun goreng singapore.
dulu sedap giler. skang dah tak berapa sedap.
dulu takde mak indon..skang ada mak indon kerja yang bengap sket.
tanya order berkali kali...takleh nak ingat. kan senang amik kertas tulis.
ni tak...nak tunjuk terror. order teh ais 3..kopi ais 1...beliau bawak
teh o ais 3... kopi o ais 1.. bila ckp silap..beliau amik balik tambah susu...manis cam lori gula tumpah dalam air.
nasib bihun singapore gua order..betul sampai.
kalau tetiba sampai bihun indonesia??? memang gua sekeh kepala beliau.

ok, sudah. itu saja.

hahh.. tapi kan, malam tadi... yang lengoh kaki tahap kena makan ubat adalah
ambereen & gua.
pelik kan...padahal akid yang main over. orang lain plak lengoh kaki.
auuuwww
ermmm jap.
ke..memang gua yang main over?????


p/s: ehh mana gua nyer signature nih?

Tuesday, March 15, 2011

Levi's Sunglass For Sale

hehehehee..
maarriii marrrii marrriii.
jualan hebat jualan hebat!

biasa lah... gua.
habis madu sepah dibuang.
tapi yang ni actually takde niat nak buang.
sayang giler. sayang giler giler punya giler.
tapi... gua kan jenis setia pada yang satu.
jadi, bila dapat yang baru..yang lama sila lah pergi.
(ehh dolu dolu masa berchenta pon lagu tu jugakkk..auuwww..)


ok, straight to the point..
gua nak jual shades yang cun melecun yang meletops nih.
jangka hayat pakai...ermm dekat dekat 1 year jugak.
mau jual murah murah saja.


yang ni unisex.
levi's. bukan levi's ladies.
sebab gua tau dahhh gua bangsa pakai sekejap sekejap jer.
masa beli tuh..memang dah pikir..kalau beli yang ladies nanti susah nak jual.
boleh gitewww??


cantik okehhh..
tepi tu ada jeans..ngan benang lagi. stylo tauuu..
gua beli ni dulu sebab jeans kat tepi tu lah.
hahaha...

kalau nak tengok macam mana rupanya menda ni dok atas muka...
ermm boleh lah tengok balik entry entry yang sebelum ni.
memang gua bedal pakai hok ni jer.
sebab gua campak menda ni dalam bag. dalam kereta kalau gua sumbat banyak banyak pon nanti bapak akid & amber suka kemas kemas kuarkan balik.
beliau dengki..sebab beliau rabun tahap kritikal..so..susah nak bergaye ngan sunglass..so, beliau
main campak campak jer shades gua!
so..sebab tu gua jenis usung 1 jenis saja.
kalau gua nak tukar tukar pon...gua usung satu tu je..berbulan bulan sampailah gua rasa gua nak tukar yang lain.
tapi persoalannya, hok ni gua nak jual.
walaupon..sebenarnya BERAT GILA hati nak jual sebab gua suka lah yang ni. cantik.
tapi gua rasa gua jual jugak lah. sebab kalau tak jual..
gua tak cukup nak makan sampai ujung bulan. auuuwwwuu...
hahaha sian, gua kan sengkek.
so, kena jual jugak. kalau dak...makan roti loooo...

oh yer.. kalau lu nak tengok 360 derjjahhh sila lah view video di bawah ini.
gua godek godek dalam youtube...ada.
so, gua tempek sini.

so..anybody interested...
sila email



owhh ya.
lupa nak cakap.
lu mesti heran...apsal kalau tak jual..gua tak cukup makan sampai ujung bulan?

ahhh nahhh..
pasaiii lepas makan mc donalds tu, akid nak terkencing.
sebab akid nak terkencing maka kena pergi toilet yang hujung.
sebab toilet hujung tu ada kedai spekkkk mata... gua pon masuk tengok tengok.
sebab gua masuk tengok tengok... maka gua pon TERRRRRRRbeli sebijik.
sebab gua dah TERbeli...so, satgi nak makan apa...duit dah beli spek baru.
so.. ni nak kena TERjuai plak la.
kesian!

pilih punya pilih punya pilih...
hemmm.. gua skang letak anak filla atas batang idong!

Amaani.
Armani Exchange
ada 2 yang gua kenan. bentuk lebih kurang sama.
satu lagi pon cun giler.
Rayban. macam ni gak. tapi tak gelap sangat.
tokei tu cakap..pakai indoor pon boleh. siang malam leh pakai. sebab cermin dia tak gelap sangat.
hehhh... pakai indoor pon boleh? malam pon boleh? agak agak sama lah apek ni nak promote pon..
kang gua pakai malam malam...dalam mall...ada yang ingat gua wayar sotttt..
tapi yang tak best nya...frame rayban tu silver karerrr onee... berkilat kilat. silau.
merelit merelapppp...kalahh kulit gua yang berkilat sebab minyak ni.
so..takpe. yang ini pon boleh la.
sebab dah gatai pungkok sangat nak beli kan.


hehehehee awwwuuuuu...


ini lah dinamakan gatai pungkok.
padahal dulu dah pernah ada jenis aviator ni. banyak plak tuh.
tapi spesis gatai pungkok...pi beli jugak jenis nih.

so.. skang..sapa mau jawab?
makan roti looooo..

kasihanilah jujuelopez.
sila lah beli sunglass levi's beliau.
kalau tidak...kompom kurus lah beliau ujung bulan ni...
padan muko! lu nak diet sangat kan????

kuang kuang kuangggggggggg

Photobucket

Monday, March 14, 2011

CUTI HUJUNG MINGGU

takdak modai nak cerita.
so, tempek gambaq saja.
pada meka meka yang ada dalam facebook gua mungkin dah tengok ini gambar.

lu tengokkk nih..!! budak budak nih.
gua turun kejapppp je gi kedai kepit kepit rambut...nak belikan getah rambut kat anak dara sowang ni sebab rambut makin panjang...leher berpeluh naik bijik so, meh sini nak ikat.
gua turun 3 minit je...
bila masuk dalam kereta...sudah jadi macam nih...!!!


please take note.
if you leave the kids with their father...it's like leaving the kids unattended !!!

sekelip mata saja...meka tukar kan kereta jadi playground!
ehhh cuba lu tengok...agak agak dah patut ke pakai mpv?
ngan raga susu lah..apa lah.
tu belum lu tengok gua masukkan bag baju baju..bag laptop..bag mekap..
perrgghhh..
ntah mpv ke..lori ke yang sesuai nak pakai!

 
lepas tu kitaoreng balik..
lagi sekali gua tinggalkan budak budak ni ngan bapak meka sebab gua naik kemas bag baju ngan iron baju baju jap.
sekejappp jer.. budak budak 2 orang ni basuh kuyup basuh porch depan umah.
kan gua dah cakap. kalau tinggal ngan bapak meka memang ada je!
tapi gua tak amik la gambaq...gua sebok.
 
pastu...balik sungai dua.
bagi budak ni naik keta beliau.
kan tinggal kat sungai dua. sebab kalau bawak balik pon..takde maknanya..sebab takde space lah nak main.
 

ok, on sunday plak..
pergi aloq staq.
sebab ada kenduri.
gua sebenarnya takmo pi kenduri tu sebab malas nak pakai baju baju kurung nih..

tapi, sampai sana..meka meka soh pergi jugak sebab kenduri tu betoi betoi depan umah laki gua kat loq staq. so, konon tak kisah lah. ok lah..tak kisah takpe.. jangan kang...dah balik baru jadi bahan gosip sudehh.
takpe..apa pon...perut di isi ngan nasi kenduri walaupun taste tu ala ala ajerrr..
auuuww.. hahahaa.

eh, by the way...
cantik dak shades/sunglass/spekmata yang gua pakai nih.
Levi's.
gua beli last year.. tapi skang ni macam nak jual lah.
sebab?? ada la...sebab nyer..nanti gua citer dalam entry lain. sebab nak kena amik gambaq spec ni dari berbagai sudut dulu..baru leh promote nak juai.
auuuwwww.. cam biasa...juai morah morah saja.
mau beli? email: jujuelopez@yahoo.com
atauuuu sila tunggu entry khas tentang nak jual sunglass ni okeh.
hahahaha..


ni kat loq staq.
sebelum nak bertolak balik.
ohhh jangan tertipu. ambereen belum boleh jalan.
kalau pegang boleh la. kalau tak pegang boleh jugak la..tapi 2 3 tapak saja.
tu pon kalau nasib lu baik..dapat la tengok kalau dak..tengok beliau merangkak jer.
malu malu anak dara ni nak tunjuk skill berjalan.

opsss selit sket gambaq tuan blog.
nak tunjuk betapa tention ngan jerawat atas dahi.
nampak? nampak?
buduhhhh tul.

pastu dah sampai sungai petani... lapaq balik dah.
nasi kenduri pon dah hadam habis dah.
dah lama mengidam makan mc donalds.
berapa kali dok abaq kat laki gua nak makan mekdi..beliau buat dekkkk jer.
malam tadi gua ulang ulang ulang ulang ulang ulang ayat berkali kali kali kali kali...

hah! baru merasa nak makan mekdi!
ahhh kalau bawak makan mekdi hari hari kan senang. tak payah bising bising bebel amuk asukan syaitan akid makan tak habis.
makan mekdi..beliau makan burger licin okeh!


budak kecik ni..tak yah cerita ahh..
makan kat mana pon takde prob.
insya'Allah tak menolak. dan insya'Allah habis... tak membazir.


ok sudah.
tengkiu.

Photobucket