Friday, January 28, 2011

BUKAN GAM GAJAH

Whatt???
Gam Gajah????
nuhhhh...
this is no such thing as gam gajah.
this is more than gam gajah.
hebat dari gam gajah..

ntah lah ini cap apa.. tapi memang melekat kuat..

yerr.. budak kat bawah ni lah.
beliau tidak boleh kalau tak tengok muka mama beliau.
mungkin sebab mama beliau sangat comel. hemm?? nahhhh.. mungkin tidak!
sebabb melihat ke wajah mama beliau itew adalah satu ketenangan, kedamaian dan keselesaan.
haaaiisehhhmenn.. muka orang kuat iman... lagu tu lah!
ehem!

gua jemur kain pon sebelah tangan pegang kain sebelah lagi pegang budak ni.
taklehhhh kalau kasi kat bapak beliau nanti beliau nangis!

dulu, tiap tiap kali balik kerja... gua mesti tention time nak mandi.
sebab gua baru nak start mandi budak ni dah nangis nangis kat luar toilet.
sekarang?
tidak lagi... sebab gua usung budak ni mandi sekali. ahh soka? 


budak ini adalah kastam diraja malaysia.
apa saja beliau check.
apa yang ada dalam bag kejap saja akan berada diluar bag.
yerr tengok tu bantal pon beliau pijak.
ohhh lihat juga lah bilik gua yang cantik berseri seri macam rumah sewa mak indon..
tilam atas bawah kiri kanan... tak koser mak nak tido atas katil ngan budak 2 orang apit gua kiri kanan.
kang tergolek jatuh saper susah???

budak ini tak nak dok dalam walker.
budak ini tak nak dok dalam baby chair.
dulu abang akid...boleh je. ambereen je takmo!
sebab beliau sangat melekat ngan mama beliau. jadi..
mama, sila lah dukung saya.
mama, sila lah riba saya. 

ehh baju ni siapa bagi ah? lupa plak.

oohh ok.
sambung.

budak ini sangat bising...taa taaa taa paa paa paa... aaaaabang!
ohhh beliau sangat garang dan juga kasar!
sila lah berebut barang kalau berani.

dah pandai tunjuk tunjuk ngan jari telunjuk. comell je rasa macam nak geget jari.
kalau marah pon... beliau tunjuk ngan jari sambil membebel... ahhh taaa taaaa...taaa!

mudah saja kalau beliau nak panggil orang.
"HOIIIII !!! HOIIII !!!"
haikk hoi saja kah anakanda?
aiisehhh mungkin kah samseng itu sudah menurun dari mak beliau?
ehh, bukan kah mak beliau sangat sopan santun ?????

gigi?
yilekk!
(huiiihhh selaaamaattt lagi tetek mak hang ni)

jalan?
pon belum. merangkak saja dengan laju sekali. suka main kejar kejar ngan mama beliau.
tapi sudah nya mama beliau sakit lutut.. tapi beliau masih mampu ketawa terbahak bahak.
 time akid dah boleh jalan sekarang.
ambereen cuma suka meniti...tapi belum berani lepas tangan. kalau lepas pon confirm jatuh.
terkujatttt mama beliau nak p sambut plak.

sangat suka kan mickey mouse.

sangat sangat sangat sangat dan sangat suka makan.
ehemmm. tak payah tanya, confirm dah baka mak dia!

pandai goyang goyang kan badan kiri kanan kedepan dan kebelakang.
dancing okehh dancing.
dan pandai juga menyanyi nyanyi sambil goyang badan.
taaaa taaaaa naaaa naa laaa taa taaa...

ok sudah lah.
nak gi kat budak ticit ngan abang budak ticit ni plak..
adios bebeh!

Photobucket

A PAIR OF SHOES

ewahh..
tajukkk macam dalam buku plak.

hehehe.
gua tention lah.
bilaaaa lah kasut ni dah habis jangka hayat !

gua nak beli lain, rasa serba salah.
tapi tak beli.. rasa jemu.
dah setahun okehhhhh gua pakai kasut ni.
gua ingat lagi gua beli kasut ni lepas kaki akid tersangkut kat escalator pada 2 January 2010.
masa tu gua & akid pakai crocs.
lepas je insiden tu... esok tu jugak gua beli kasut ni.
gua beli yang ini. akid beli sandal nike.
tapi sandal nike akid dah lepas jangka hayat..sebab dah hancus.
tapi gua nyer jer tak hancus hancus nih.
apa kes??

cuma nya, baru baru ini...
sebelah kiri nyer tu...tali depan tu dah longgar sebab tersangkut kat seat kereta.
gua tarik tarik terus longgar.

tapi layak tak nak jadikan tali tu sebagai alasan untuk dapatkan kasut jenjalan yang baru?
nahhhh sangat tidak logik.
lagipon gua ni kan otak geliga bijaksana dan cerdikksss..
maka gua telah gunting sebelah kanan nyer kasut.
maka comei loteiii lah kedua dua nya tanpa tali depan tuh...


dan kesimpulannya..
selamat lagi lah kasut ini menjadi kasut lanyakkan gua ke hulu dan ke hilir
dengan harapan tulus ikhlas.. cepat cepat lah rosak.
mak dah jemu okehhh 1 tahun bedal kasut ni tak rosak rosak.

haus tidak..koyak tidak..
padahal selalu juga gua lanyak kasut nih.


tapikan, kasut crocs gua 'Alice' gold colour tu elokkkkk lagi.
tersadaiii je kat opis ni hah.
tak pakai pakai pon.
ada sapa sapa mau?? hehee..

maklum le..gua kan boikot crocs sejak sejak kaki anak gua dimamahhhh oleh escalator yang jahat itewww...

ah sudah lah labu.


Photobucket

Wednesday, January 26, 2011

HERO KOREA JUJUELOPEZ

ek kus me... beri laluan pada gua nak menggatal sekejap.
hik hik hik.

gua nak dedahkan kan sket hero hero pujaan gua.
gua ada banyakkkk hero pujaan. tapi ini adalah kategori
KOREA.

aiiihhh kata musim cerita korea kannn..
maka haruslahhhh kena ada hero dari ini kategori.

ok,
calon pertama...

BAE YONG JOON

pppeeeeewwwwwiiitt.
iya lah iya lah.
hero ini agak tua sekarang.
tapi sesuaiii lahhh ngan gua yang tak berapa nak muda ni.

chenta pandang pertama ofcoz lah masa tengok cerita WINTER SONATA.

berkali kali dan kali kali...darab tolak bahagi gua tengok cerita WINTER SONATA.
auuuuwww feeling okeh.
hhahahahhaa...

gua soka tengok muka beliau dalam cerita tu. sebab beliau sangat cool...dan relexx.. tenanggg je tengok muka beliau.
kangg junggg sanggg... jungg sangg ngaaaa...

tapi cerita lain beliau berlakon gua tak tengok pon.
sebab dulu gua pernah beli movie apa ntah beliau berlakon. tapi cerita itewww telah membuatkan gua nyampah tengok beliau. so, adalah lebih baik jangan tengok. sebab bagi gua.. gua sangat sangat soka watak beliau dalam winter sonata. dan cerita iteww sangat sesuai ngan muka beliau.


sebelum gua beranak kan ambereen pon gua kasi habis 1 round lagi cerita ini. hahahaha fanatik tak?
walaupon cerita winter sonata ni..sedeyyy.. tapi boleh la.. gua soka.
soka sangat. bercinta..hilanggg lama jumpa balik...bercinta...pastu hilang balik.. bla..bla..pusing pusing gitu lah.
auuwww mak soka!
ahh kan dah kata... suruh bagi laluan gua nak menggatal.
tapi, sekarang beliau sudah tak berapa laku sebab makin banyak hero hero yang lebih muda, hemsem dan mantapppp berbanding beliau. jadi, lupakanlah saja..

ok, calon seterusnya...


LEE DONG WOOK

hik hik hik..
belum nak cerita... gua dah tersipu sipu kegatalan.
boleh?
hahahahhahaa lempang kang!

alloo loooooo comei nyaaaa....


chenta pandang pertama juga masa tengok cerita MY GIRL.
ehh giler best citer ni okeh. MY GIRL.
berkali kali juga gua tengok cerita ini.
best. takde lah serious sangat...feeling sangat... ada comedy sket..cintan cintun sket..
ehh ok lah.
heroin dalam cerita pon sangat sangat comel.
tapi kalau letak gua jadi heroin,
ofcoz lah bertambah tambbahh comel bila digandingkan dengan lee dong wook nih.

disebabkan gua terlalu soka kat mangkok ni,
gua beli plak cerita 'partner'. walaupon menguap nguap gua layan siri ni hingga ketitisan terakhir
tapi tak mengapa. kerana hemsemmm.. gua layan jugak.
huhuhu..
kritikal kah?

comel kan?

auuummmm.. grrrrrr...
 

dan calon terakhir (buat masa ini)

 
JANG GEUN SUK

ini bukan chenta pandang pertama.
sebab kali pertama pandang dalam cerita HE'S BEAUTIFUL..
gua rasa macam.. what the hell mannnnnnnnn... rambut beliau tutup mata sebelah !!


tapi makin bertambah episode, makin tersuka plak.
tapi bongok jugak beliau dalam cerita ni yer.
tapi ok lah cerita boleh tahan.
tapi gua tetttap suka citer my girl lagi.

tapi mangkok ni sangat sangat sweet muka beliau.
tapi, kalau macam ni punya muka memang stok pujaan ramai budak budak skolah lah nih.
sedangkan gua yang dalam kategori mak budak pon boleh terpana asmara bergegar jiwa berdenntum perasaan tengok.. ini kan pulak budak sekolah.
hemmmm...

kalau budak ni ada dekat dekat gua..
mungkin gua dah tampar beliau sedas.

ok, sudah lah gedik sket sket.
gedik ni bukan leh tunjuk sangat... kang melampau jadinyer.

jadi, dengan penjelasan ini...
kepada generasi generasi masa depan ni, kalau teringin nak jadi menantu gua..
sila cermin dulu muka okeh.
kalau ada iras iras.. jan geun suk atau lee dong wook ni..
sila hantar resume dulu okeh.


auuuummm comel!

ok lah.

Photobucket

Saturday, January 22, 2011

HANDPHONE MAINAN.

hari tu, sambil sambil gua layan dvd cerita korea, kawan gua call.
kitaoreng pon sembang kejap.
masa tengah tengah sembang tu anak teruna gua, yes... yang gambaq kat bawah ni lah..

 

tiba tiba dok buat kalut dok mintak hand phone. 'cepat lah mama.. cepat lah mama..'
elok elok gua habis cakap phone, terus beliau amik hand phone tu.
pastu gua tengok beliau kelam kabut nak masukkan balik dalam hand phone case tuh.
gua pon siap tolong masukkan untuk beliau sebab gua tengok macam susah je beliau nak masukkan.
dah ok tu, gua kasi je kat beliau.
gua cuma tanya "akid nak buat apa" tapi gua tak perasan beliau jawab apa maklum lah..
telinga dan mata sebok dok tengok citer korea tu.. auuuwww... nanti gua cerita lain pasal cerita apa okeh.
so, gua pon tak pedulik.
asalkan tak meletup.. tak pecah.. tak buat call.. tak buat apa apa yang pelik lah.. gua tak kisah.

bila dah lama lepas tu.. gua pusing belakang...
tengok atas katil, rupanya ini yang beliau kerjakan!!!
-
-
-
-
-
-
-
-

hahhh !! 
habis tepon mak bapak beliau 2 bijik blackberry 2 bijik nokia... beliau kerjakan buat tempat PARKING kereta mewah beliau!
nasib tepon ada 4 bijik je.. kalau sepuluh bijik... mungkin beliau dah susun buat parking lot shopping mall.

ini bukan handphone mainannn... tapi handphone ini telah dibuat sebagai mainan oleh akid!
oh sangat bijak anak teruna gua!


p/s: sedang berkira kira nak jual henpon nokia e72 limited edition white karerrr oneeee..
yang baru dibeli pada bulan puasa yang lepas.
macam mana hah? patut kah nak jual untuk merembat telefon jenis lain plak. 
begitu tamak dan membazir kah???
hemmm..
Photobucket

Wednesday, January 19, 2011

RECYCLED HAND PHONE NUMBER

 ehh yer ker number number hand phone yang lama lama tu meka recycle?
kawan gua cakap, betullllllllllllllllll..
sebab phone number beliau yang lama...kawan beliau call ada pompuan melayu angkat.
(kawan gua chinese)
gua seperti susahh nak percaya sebab gua macam :
"issskkk takkkkannn lahhhh number pon nak recycle"

sehinggalah gua pakai number phone 016 ni..
sejak gua dapat number phone ni tahun lepas (kalau tak silap)..
gua sering diganggu oleh panggilan panggilan dan sms sms hangit...
yang mencari STANLEY.
dari pengamatan sms dan panggilan gua dapat... hemm Stanley ni mesti jual insurance.
sebab berapa ramai manusia manusia yang call dan sms bertanyakan tentang insurance kereta, motor, bot.. kapal layar, kapal selam blaa blaaa.. 
(ok, kapal kapal tu semua gua sajer je bohong nak bagi sedap cerita.)

masa mula mula... gua pon heran gak apsal ramai yang sms bagitau road keta nak mampoih.
mammpooihh pi la..apa gua fedulikkk...
kadang kadang gua buat tak tahu jer. kadang kadang gua rajinnn gua jawab jugak sms tuh.
kalau phone call tak leh elak ler.. gua angkat.. beliau cakap cina...gua jawab ler wrong number.
kadang kadang gua jawab hello.. meka letak.
agaknya meka tau kot silap number. dah suara pompuan bunyi tonasiii hello tu plakk..bukan slang cina.. 
so confirm silap.

tapi dalam banyak banyak banyak banyakkkkk sms yang gua dapat...
gua paling tak tahan sekor nih.

mula tu..beliau hantaq apa menda ntah gua pon tak faham sebab gua tengok tulisan kotak kotak je. nak tanya akid pon beliau baru belajar. sedangkan ABC pon belum reti baca ni kan plak nak suruh baca yang kotak kotak tulisan cina. yang gua faham, 1kg=RM28.
emmm dalam hati.. ntah apa laaa apek ni jual. lantak lah.
gua pon malas nak pikir... tak delete pon sms tu. biar jer.

ada satu malam tu plak selepas beberapa hari lah..
gua dah sedap tido nih...
tetiba bunyi sms. 
gua pon dengan berat mata mengantuk..baca la sms..

hi, friend.. now i got selling BBQ pork (bak kua) half kg RM40, black pepper BBQ pork
half kg RM43, BBQ chicken half kg RM40


hahahahahhaahahaha...
ehhh lu ada kawan tokei BBQ pork????
gua ada okehhh..lu jangan main main!!
lu nak apa? black pepper BBQ pork pon adooo..
Sebab gua sudah sangat gumbira dapat kawan tokei bbq pork.. maka gua pon sms la..bagitau
'wrong number'. kesiannn kang dengan harapan sms beliau tu sampai kat stanley...
tertunggu tunggu plak si stanley ni gi makan kat kedai beliau.
dah gua jawab wrong number tu sudah lah.

lagi mau tanya..
u not standdi?


gua kalau jadik stanley harus kecik hati, kecik usus, kecik buah dada segalaaa.
kata friend.... sekali 'stanley' pon lu eja 'standdi'

dah gua jawab bukan standdi pon...
lagi beliau mau tanya..

so who r u?

 

ohhh cukup lah sampai disini. 
kang kalau gua jawab jugak sms beliau...kompom beliau reply lagi sampai pagi.
tapi kan... kalau gua layan gak sms tu..
confirm gua dapat kawan ngan tokei bbq pork.
mesti beliau offer makan sedap sedap gitewww..
auuuuwwwww...

p/s: malam tu jugak gua forward sms tu kat laki gua yang tiada di rumah.. untuk bertanyakan adakah beliau berminat dengan offer 'kawan' gua itew. amacamm? mau try kah??
huahuahuahuahaua...


Photobucket

Saturday, January 15, 2011

SEOUL GARDEN

 Seoul Garden, Korea Auto City Juru.
sronottt.. makan!

sanggup okeh apply HALF DAY LEAVE semata mata nak memuaskan nafsu makan.
waalllaaaweiiiii sedappp dan puas hati.

Gua pergi ngan 2 member gua yang selera kalau nak compare ngan buaya,
buaya pon tarik diri dan mengaku kalah.


perrgghhh, kat meja tu ada menda yang bulat tuh.
tengah tu letak soup kimchi okeh. ada banyak choices of soup. tapi kitaoreng amik kimchi lahhh..
baru lah korea yer.

yang keliling bulat tu adalah tempat untuk bakar.
nampak tu, macam macam menda dah letak siap untuk dibakar..kecehhh kecehhh..
fuuhhhh...


lihat...wajah kelaparan..
dah tak sabaq sabaq nak makan.
bayangkan, kitaoreng sampaiii kat sini kul 2pm. pukul 4+ baru keluar tawww..
memang bertambah  tambah..berulang ulang... amik, bakar, rebus, makan.
air plak boleh refill... fuhhh berkali kali lah. kejap kiwi..kejap coke kejap ice lemon tea. hik hik hik


mee segala mee pon amikkk..
cendoi, ice kacang... bla bla bla ice cream pon amikkkk..
ehhhh semua lahh. apa yang ada kat kaunter tu...kena amik.
kang kecikkk ati food food lain tengok gua tak amik.
sedey!
so, gua amik semua.

ok, gambar bawah ni..adalah pada penghujung hujung rancangan.
ohhh gambaq, amik masa mula dan masa last saja.
masa dah start makan..camera, bag semua letak tepi.

cam gambar bawah ni. nampak sangat nak kenyang terlampau lampau..
sebab tersandarrr je 2 hekor ni.


tuuhhh.. memang gua tak tau nak cerita macam mana punya kenyang dan full.
memang maximum.
tuhhh tengok tuhh.. kira sampai tidoqqq lah! hahaha.
pinggan2 kitaoreng berkali kali jugak meka clear.
clear kejap..penuh balik. musti tention nyer staff situ.

ok, ni muka control.
sebab dah tak boleh nak bernyawa gila ketat perut.


ahh ada plak gambaq bukti.. memang gua lepas makan tu asyik pegang perut je.
gila sesakkkkk perut nih.


ahhh sekor lagi pon dah tak mampu nak pegang menda lain dah.
maka, hanya pegang perut.
kalau tak full... 
mungkin masih pegang chopstick dan pinggan baru untuk isi bahan mentah untuk dibakar!

ahh hok ni plak..
tengah tarik napas panjang.
sebab napas dah sangkut sangkut... semput kekenyangan.

ok, sudah la. dah 2 jam dalam tu.
mana yang masuk kemudian pon dah balik.
3 hekor ni je tak reti reti nak balik.
moh la kita keluar sebelum meka amik penyapu lidi perambat keluaq.

ok, ni memang wajah sebenar benarnya bila keluar.
gila sengkakkkkk... kira kalau badan ni ibarat balang biskut..
memang makanan tu kalau dari ujung kaki memang dah betul betul kat tekak limit dia.
kalau sumbat sikit lagi memang melimpah keluar.

jalan pon terkengkang kengkang..sebab perut mengatasi segalanya.
nak wat catwalk pon dah tak mampu.
 
 lu tengokkkk.. kenyanggg! siap mendada okehhh... sebab nak adjust perut...
kasi makanan turun turun sket.

ahh ok. ni baru gambaq yang ready, 1 2 3 click!!
ahhh..

ceria kan wajah gua?
dahhh sumbat macam tong sampah bandaran.. takkan tak ceria.
gila sakit perut. dalam keadaan control ni pon tangann tetttappp atas perut. 
tengah gosok gosok tu kasi ok sket.

owhhh tak bolehhh..
dah makan banyak macam ni, kena lah jalan jalan sket.. bagi turun sket makanan.
so, moh pergi shopping. auuuwwww.. ada la..mak rembat buang 1 2 barang kat sunway carnival.
peeeeeeeeewwwwiiittt...

owh, makan yang bagai nak termuakk balik tu.. adalah lebih kurang RM32.00 seorang.
ok kan?

tapi, yang lawak tu...tengah tengah shopping...
kitaoreng terpaksa bergegas ke toilet beberapa kali sebab..
CIRIT !!
hahahahaa.. mungkin over load kot???
hahahha..
gua sampai pagi ni pon still cirit!

hu hu hu..

jom..pergi lagi...

Photobucket

Tuesday, January 11, 2011

GAMBAQ JUJUELOPEZ

 ehemm! ehh hemm.. huishhh tersangkut plak ayaq lioq kat tekak nih.
hemmm ehemm..

nih!!!

nak bagi tau ni.

kalau ada sapa sapa tanya yang mana satu jujuelopez,
nahh tunjuk gambaq kat bawah ni.
boleh?


kalau ada sapa sapa nak tengok gambaq jujuelopez,
tunjuk ja gambaq kat bawah ni.
nah?
boleh..

  

tapiiii,
kalau meka gelak.. atau tak percaya...
nah..
lu tunjuk gambaq nih!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

 nahhh... ini baru lah jujuelopez.

ah sudah.

men men plak.
Photobucket

ANGIN YANG TAK BOLEH DILEPAS DENGAN KENTUT

lagi cerita lama:

CERITA 1
takpe, tak kisah.
lama pon nak cerita jugak. 
sebab marah tu masih membara dan geram lagi.

last week...
laki gua beli sandal dekat hush puppies.
(ehemmm.. beliau beli..gua yang bayaq actually yer...)
so, masa beli tu dapatlah voucher RM20. tapi problem nyer voucher tu tak boleh pakai hari tu. kena pakai hari lain plak. yeiii apaa daaaa punya promotion. apa kesalah nyer kalau pakai voucher hari yang sama.
apa lah sangat takat voucher RM20. Kalau tutup mata..buat buat lupa pasal voucher tu pon tak de apa.
tapi ehhh tu consider duit tu..RM20 tu. Kalau beli kasut RM200... ahh dah jadi RM180. RM20 tu kalau buat makan..kenyang okehhh..

so, gua pon tengok tengok lah barang dalam tu. saja tengok tengok barang apa yang boleh amik nak guna voucher RM20 neh. ada la... satu handbag ni. ok la. nak kata cantik sangat pon dak. nak kata mahal pon dak. belek belek..pikir pikir. boleh lah..rembat satu habuan nak guna voucher.
harga handbag dalam RM200++ ada plak 30%. so, kalau gua guna voucher RM20 ni harga jadi lebih kurang.. RM160-170++ gitu lah kalau tak silap.
ehhh ok per..

tapi, memandangkan tak boleh beli lagi guna voucher tu..maka gua pon simpan balik handbag tu.
sekali sales girl tu cakap. "akak nak ke bag ni? kalau nak..saya simpan"
jadi gua pon.
"ahh ok ok.. simpan. esok beli. confirm"

maka, esok nye... tak senang duduk lah ni. nak gi handbag discount nihhh..
tapi gedebuk gedebakkkk.. pukul 6pm baru kuar umah.
jeng jeng jengggg...
gua sampai kat butik hush puppies tu.. budak pompuan tu takde.
tapi, gua jumpa orang lain.. masa tu..bag jenis tu colour hitam je ada.
gua pon cakap gua nak bag ni. tapi yang colour brown. sekali apek tu jawab 
"ohh colour brown sudah habih woo"
"hehh?? tak tak. semalam saya dah suruh simpan"
ahh maka 2 3 orang sales girl sales man dalam kedai tu pon buka suara.
sebelum gua pegi.. ada sekor amoi tu dah beli. menurut promoter tu..amoi tu call kedai bagitau kata semalam beliau dah tengok and dah suruh simpan. so, hari ni beliau pegi amik.
maka nya, beliau lagi awal dari gua.. maka beliau pon telah membeli.

taik kucing lah!!!

persoalan nyer... dan kemungkinan nyer...
1. sama ada gua yang suruh simpan dulu... atau beliau yang suruh simpan dulu.. TAPI, budak sales girl tu tak simpan masa orang yang awal suruh simpan. sampai lah orang ke-2 simpan.. baru beliau amik simpan. lu paham tak? maknanya... kata kan lah..amoi tu gi tengok dulu. pastu beliau soh simpan. tapi, sales girl tu tak simpan lagi. sampai lah gua plak yang pegi tengok petang tu..& suruh simpan. baruuuu beliau simpan.
atau pon... mungkin kah..
2. masa gua tengah pilih pilih tuh... dan gua mintak budak tu simpan.. amoi tu pon ada kat situ. beliau pon kenan sama itu handbag. maka sesudah subuh..beliau dah cargas pegi kebasss bag tu sebab beliau tau gua dah suruh simpan?
boleh gitew??

eiii bongok lah. bukan lah gua nak sangat handbag tu pon.. bukan lah nak hadap sangat bag anak hanjing yang dok diam tu!  actually, sebelum kuar umah.. gua macam berbelah bagi. nak beli ke dak. sebab gua tak berapa nak beli handbag. sebab tu jugak tunggu nak malam baru sebok nak gi beli handbag. cumanya, sebab gua pikir gua dah suruh beliau simpan. kang tak elok plak berjanji ngan orang pastu tak gi beli pon. so, gi jugak beli.
kalau bag tu amoi tu beli pon takpe. selamaattt jugak duit gua ni. RM200 tu kalau makan boleh termuntah muntah terberak berak okehhhh...
tapi jadi nak marah jugak... sebab macam mana barang yang gua suruh simpan..boleh jual kat orang lain.
jadi tak puas hati betoi.
bodoh betoi.
bedebah.
CERITA 2
ok, ni plak cerita lain plak.
ni cerita nak hangin jugak lah.
gua gi pejabat daerah hari khamis lepas. ada la kerja sketttt... urusan kerja la.
gua plak hari tu kelam kabut sket... kat opis. so, sebelum pukul 9am lagi gua dah keluar gi pej daerah okeh. tengok, betapa rajin nyer gua.. gua start keje kul 9 okeh.. belum pon kul 9 gua dah start buat keje.
ok lah.. sampai kat sana kul 9... takde orang kat kaunter. hishh.. tungguuu punyaaa tungguuu punya tunggguuu... tudia...ropanya meka ada majlis apa kebenda ntah tiap2 hari khamis pagi.
aikk.. takkan takdak sapa boleh tolong amik cheque and tulis receipt??
meka cakap, kena datang balik lepas kul 11.30am. gua bagi 1001 alasan pon buang ayaq lioq saja sebab meka takleh buat apa sampai tukang tulis receipt selesai majlis tu.
baeeeekkk..
gua balik opis dulu.. habis kan 1 meeting tu dulu..bla bla bla..
kul 12noon gua pergi balik.
ahh ok. takde orang and terus jalankan urusan.
TAPI...
i have to wait for 1 hour to get my payment done. nak dapatkan payment receipt tu pon mak kena nganga kat kaunter tu sejam okeh. so, gua kena layan sekor maknya ni dok bebel beliau tunggu lama.
huhuhu.. nasib badann..
dah dapat semua receipt gua, sekali beliau cakap...gua nyer copy surat yang gua kasi untuk meka acknowledge tu hilang. budak sebelah beliau tu letak kat mana ntah. masalah nyer skang ni budak tu dah kuar gi bank + makan + rambu ramba + shopping gamaknya.. padahal meja budak tu ngan meja beliau...bersambung je sekali. kalau beliau selak selak atas meja tu kompom ada.
gua rasa macam nakkkk je masuk tolong cari. huhh!
"eh tak boleh tak boleh. saya nak jugak surat tu."
"emmm nanti lah bila bila jelah mai amik balik surat tu"
hehhh?? lu ingat gua takde kerja lain nak buat selain pergi balik pejabat lu nih???
gua cakap, takleh. gua nak jugak jugak jugak jugak dan jugak.
macam biasa... apalahhh yang meka leh tolong.. melainkan kena datang balik len kali.
&^%*#&*&*#& gua mencarut manja je dalam hati sambil keluar..

so, kul 2.30pm gua pergi balik semata mata nak amik balik copy surat gua tu je.
huk huk huk..
actually tak amik pon takpe, gua kan ada receipt. tapi gua nak jugak la...harta menda gua.
wahhh suka suki je bagi hilang.
tapi sampai sana kul 2.30pm.. haikkkk lenganggg... takde orang.
aikk..??
ohhhhh hari tu hari khamis. gomen kat kedah kalau khamis tutup kul 3.00pm.
takpe.. gua tungguuuuuuu jugak dekat kaunter tu. tak kira macam mana pon nak jugak surat tuh.
mana budak tu?? ahhh lu gi cari jugak budak tu sampai dapat!!
kena jugak la tunggu..dalam 15 minutes.. and finally budak tu pon sampai ntah dari mana..
amik surat tu atas meja beliau, and...
"nahhhh"

ahhh macam tu je?

^&*^#&^$&#))@_#(&*$^&$^#(*(*(&#)+^@^#$@%#$@*
boleh carut pelan pelan je lah..
maklum lahh mak ni kan sopan santun...lemassss lembut..
tatasusila kena jaga.

BUDUHHHH!

Photobucket

Friday, January 7, 2011

MAKHLUK APA NIH?

Tak dak apa lah..
bukan mengagumi sangat pon.
cuma..
nak bagi tau..

cantikkk...

lawa...
cun melecun..
mengancam..


maaaaacammm gua jugak.
auuuwwww!!!!!!


PAAANNNGGGGGGGGGGGGGG..

ooowhhh.. kena lempang sekali baru nak sedar diri .

Sekian Terima Kasih.


Photobucket

Wednesday, January 5, 2011

Merryland Kindergarden

 hehehe..
school holiday dah habis.
sudahhh! pergi sekolah.

last year akid gi school lain.. tapi school tu tak berapa mariii lahh..
maklum ler.. nak sangat yang yuran morah kan...maka hasil nya pon berrrbaloi baloiii lah.
graduation day pon takdak..tetiba je dapat gambar. meka wat sendiri sendiri jer kat sekolah tuh.
dah tu sekolah pon tak macam sekolah..sebab buat kat rumah cikgu besar.. huhu sudah nyer bebudak ni belajar kat porch saja. huhh..
dan yang paling menduka cita dan kuciwa jiwa raga anak teruna gua adalah...
TAKDAK CONCERT.
ooiihhh anak gua ni nak gi school semata mata nak join concert ujung tahun okeh. 
hahahaha... salah motif nak ke sekolah tu wahai akid.

takpelah.. yang lepas usah dikenang.
citer ini tawun punya ah.
this year...gi school 
MERRYLAND.
jauh sikitttt jer. tapi takpe. dah survey banyak tempat and kira ni yang paling puas hati lah.


school akid start 29 December 2010.
(birthday to'laki gua lah...29 tu)
sebab nyer..sekolah beliau wat orientation dulu la...3 days before start class betul betul on the 3rd Jan 2011.
tapi pergi 2 hari.. cuti plak dah 31 Dec 2010 tu. hahaha..
soooka mak kalau boleh cuti. haha akid apa ntah lagi.

gua amik cuti... 29 & 30 tu untuk teman anak teruna gua nih.
bukan per..kesian..ni sekolah baru. kawan takde lagi.


sekolah dulu.. 100% malay students.
yang ini majority chinese. so, teman pi lah..
beliau pon akan belajar mandarin jugak.. ahh pasni balik kutuk mak beliau dalam bahasa mandarin pon...gua taktau. boleh tersenyum senyum jer bangga anak boleh cakap bahasa lebih daripada 1. 
padahal..kaww kawww beliau kutuk.
ehhhh.. dokk ehh.. tak mungkinggg akid kata kat mama beliau yang diva ni.


fuhhh sronot la akid...school banyak menda nak kerabatttt.. panjat sana panjat sini..
tolak itu tolak ini..
dan yang paling tak tahan...time nyanyi jer.. wahhhh
anak gua depan sekali. minat betoi beliau kalau bab nyanyi nyanyi dancing dancing nih.
aiisehhh.. anak saaaaapaaa lah nih.


sekolah ni.. menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar.
kalau lepas ni akid taktau jugak cakap omputih.. ahh taktau lah.
tahun depan gua antaq tadika kat New York plak lah.. baru boleh nak cakap omputih kot.

makanan...halal.
ada science.. math.. computer..mandarin.. bahasa malaysia.. english.. blaa blaa.. bla..
buku buku pon tengok macam bagus bagus..
wahhhh hebattt...

tapi kalau buku saja hebat.. budak tak hebat pon..tiadalah arrrtinya.


 balik sekolah.. 12.15noon.
transport dari nursery gi amik akid.
beliau balik nursery.. mandi2..tido..
kul 4++ meka antar gi iqra plak.
maklum lahhhh skang dah pegi sekolah ala ala omputih... mana lah ada cikgu cikgi nak ngajooo iqra yer.
maka kena antaq asing plak.
kul 5 habis iqra... balik ke nursery.
dekat dekat kul 6...
baru gua gi amik budak budak 2 owang yang tersayang itew...


ok lah.. tu je nak cerita...
banyak sebenarnya nak cerita..tapi malas nak cerita plak rasanya.
nanti lah...

 

owhh ni semalam.
cikgu beliau mintak gambaq passport size 3 keping.
gi lah amik lepas balik dari nursery..
pagi tadi dah bagi school beliau.

ohh yer.. pagi tadi jugak akid dah mula buat pasal.
pagi pagi dah nangis macam macam punya alasan.
sampai depan pagar sekolah..nangis lagi.
aikk..  4 hari lu pergi sekolah tu.. baru hari ni lu nak nangis!

Yaa Salleee..

Takpalah... nanti ok lah tuh..
ohh tapi yang best nyer..skang ni tiap tiap hari balik mesti ada choclate, kopok...& sticker.
beliau cakap teacher beliau yang bagi sebab..

"teacher cakap .. see raiyan akid very clever"
dan jugak..

"teacher cakap akid colour veeerryy nice"

hehhh??

haaaaiiiissssshhhh...

tengokkk mak diaaa laaaaa......


Photobucket