Saturday, December 17, 2011

PENGASAS UQUEEN-USHINE TIDAK PROFESIONAL

gua panas nih. Geram! memang gua amuk macam orang gila tadi!
anak anak sampai terdiam takut dengar gua terjerit jerit dalam phone.

ok sebelum gua cerita lagi panjang, sila amik bekalan makanan ke bantal ke selimut ke..just incase this entry will be long. maklum lahhh tengah marah.

Intro:
Gua & Kengkawan..konon demi kecantikkan dan kesihatan mau beli ini minuman kesihatan bernama UQUEEN. keluaran USHINE.
Harga asal RM89.90.
huiishhh mahalll. iya lahhh bagi mereka mereka yang KEDEKUT seperti gua & kawan kawan 89 tu adalah sangat MAHAL.
ada sorang BUDAK dekat hotel ni jual. but ofcoz dia jual at normal price coz beliau meniaga. jadi, bukan salah beliau..sebab itu NORMAL PRICE.
on day, my friend senyap senyap bisik kat gua and member gua sorang lagi. Beliau cakap beliau call HQ and HQ cakap kalau beli 5 kotak harga RM315. maknanya 1 kotak RM63. ok dah save dekat RM30 dari harga asal. ok ok..sorang 2 kotak! biasalahh...bangsa Cik Kiah nih macam mana lu mau harap tutup mulut. sembang sembang...member lain dengar mau beli jugak. sudah la tamak sorang mau 2 kotak. so, total sudah masuk 12 kotak. gua pulak, gatal call HQ tanya..kalau 10 kotak tak ada discount lagi ka? jadi..beliau pun cakap beli 28 kotak (1 carton) discount 30% ke..30% ntah. gua pun sudah lupa. Tapi lebih kurang jatuh 1 kotak RM54. gua pun kasitau sama member. harus lahh kitaoreng pon tanya member2 lain mau beli kah. sebab mau dapat harga murah? dalam sekelip mata..cukup semua 28 kotak. amik duit, bank in. esok lusa dapat barang! settle.

Tak.. tak settle rupanya. Petang tadi, tiba tiba saja ada perempuan call.. rupanya beliau adalah NOOR PENGASAS USHINE - UQUEEN

ok wait. before gua teruskan luahan perasaan...gua nak komen sikit. hehe. ok ok, ini lah kali pertama gua tengok muka pengasas ushine ni. Ok that's it..habis 2 kotak ni...i'm gonna stop taking it. No..not because kes gaduh nih. Tapi...hehehe.. aiisehh gua bayang pengasas stock stock macam Nasha Aziz ka..Erra Fazira ka.. Scha Al Yahya ka.. aiiiseehmennn kalau ini lah pengasas..ok sudah rugi duit gua RM108 untuk 2 kotak.
Hoiiihhh ubat kurus apa nyaaaa Pengasas pon TAK KURUS! firm tetek lahh naik punggung lahhh..Kata boleh cantik kulit lahh kolagen lahhh tak letih laaa...kasi tenaga lahh apa lah. apa pasal ini pengasas nampak tua?? bukan kah beliau sepatutnya nampak cantik dan muda seperti mana yang digembar gembur kannn????????????



ok sambung cerita!!

adakah beliau call cakap yang beliau dapat report yang gua jual RM54. jadi beliau nak tahu gua amik dari mana. Ehh ini orang betul ka meniaga. Kalau gua pengasas...sebut RM54 pon gua sudah boleh tangkap yang ini orang beli 1 carton itu pasal 1 kotak dapat RM54. ini gua pulak yang explain sama beliau...gua beli 1 carton, so dapat harga tu sekotak and gua tak buat meniaga. Gua beli untuk sendiri dan kawan kawan. kawan kawan mau makan..so, share duit beli banyak banyak untuk dapat harga murah.

beliau marah plak. cakap gua tak boleh buat itu macam sebab gua bunuh dealer dan stockist lain. gua lagi panas lah telinga hati jiwa dan raga. bertambah2 marah bila fikir apa ke bodoh sangat pengasas nih.

Lu rasa bodoh tak? ok.. gua beli HQ harga yang sama semua orang beli. gua tak dapat special price..or apa apa saja price yang luar biasa. SAMA HARGA bagi yang beli 1 carton. Kalau gua beli kurang 1 carton HARGA SAMA macam yang beli kurang 1 carton.

Persoalannya, kalau gua peniaga suka hati gua lahhh..mau jual berapa! Beliau cakap, gua lah rugi..sebab tak amik untung. kalau jual murah untung kecil. ehhh kalau gua peniaga, gua mau untung sikit saja apa salah kah? apa pasal gua mau bunuh peniaga lain? ini biz strategy..pandai2 lah pesaing lain fikir cara mau kasi laku. owhh itu macam..gua mau pergi kasitau sama tokei MAS pergi marah AIR ASIA sebab kasi jual tiket murah. ini macam boleh bunuh MAS!

apaaa yang beliau susah hati? gua beli dari beliau sama jugak. gua mau bikin meniaga ka...gua mau sedekah sama orang ka..itu gua rasa gua punya suka lah. itu kotak semua gua sudah bayar, tak ada apa apa hutang! betul tak?

sekali beliau tak bagi plak gua buat macam tu. eii apaa daa bongokkk. lu rasalah..kalau lu otak biz lah.. lu rasa mana lagi untung. ada 1 customer yang confirm tiap2 bulan 1 cartoon kah.. atau hanya ada 3 customer yang beli 1 kotak sebulan. gua beli 28 kotak nih...!! ok, lu ingat...kalau kitaoreng tak share duit..agak agak lu..ada tak..kawan2 gua dan gua mau beli?? tambah tambah yang tak pernah makan macam kitaoreng harus lahh gelabahhh..takut rugi duit makan tak menjadi kan? mesti tak ada. so..siapa rugi? eiihhh tak tahan betul lahh dengan kebodohan setengah manusia nih!

lepas gua letak phone dengan pengasas yang tak berapa cerdik, gua immediately call NURUL. yang gua cerita awal tadi. gua memang tengah panas so memang berdas das lah kena. gua boleh tau beliau punya pasal sebab..masa gua buat order itu hari...gua guna number 012. tapi sekali ini orang guna 016 dan call nama budak budak office panggil. so..amuk macam orang gila dekat nurul. budak ni pun, cakap.. "tak akak takk..nurul cuma nak check saja..sebab tu nurul bagi phone no akak dia" gua lagi la hot..jawapan tak cerdik macam tuh "yang bodoh sangat kenapa? kalau nak check..apsal tak call je akak tanya terus?? senang kan? on the spot dapat jawapan. apasal nak bagi no kat org plak. bodoh lah" banyak lah lagi..das das tembakan.. last last ayat beliau.. "biar lah akak...diaorg yang pening..kita plak yang gaduh" "siapa pening? takde takde HQ tak pening! nurul yang pening" ..beliau cakap..beliau nak check apsal gua dapat harga RM54. sebab beliau beli dapat harga RM63. Beliau rasa beliau tertipu oleh HQ. itu lahhhh orang mau meniagaaaa lu mau meniagaaa.. gua pulak yang kena explain..memang lahhhh kalau beli kurang dari 1 carton..sampai kiamat pun lu beli dengan harga RM63 sekotak. kalau beli 1 carton baru dapat RM54 sekotak. beliau kata...beliau beli DAH LEBIH DARI 1 carton. wahh itu macam lingkup lah biz. 1 minggu gua beli 6 kotak..cukup 5 minggu..kira kira ehh sudah 1 carton. ok kasi gua harga 1 carton! ehhh kata pengedar.. menda basic pon lu taktau kah? tapi gua agak budak ni pon dah tak tentu arah. dah takde point nak cakap..itu yang ntah hapa hapa ajer yang beliau cakap!

lepas gua marah marah budak ni dalam phone, gua call balik pengasas yang pandai bikin biz tu. tak angkatttt sampai sesudah. so, gua pon sms panjang lebar. hehehe siap kasitau basic biz. maaaacam lah gua terrer sangat! tapi menda tu basic.

masa gua call satu lagi no.. kiranya dengan orang yang gua deal masa beli tu..gua cerita A to Z. beliau cakap, sepatutnya..tak jadi masalah sebab meka jual harga yang sama pada semua orang. tapi beliau cakap gua lah rugi..sebab untung sikit. gua cakap..gua tak meniaga, gua beli untuk kawan2. kalau pun gua mau amik untung...kalau 1 kotak gua amik untung RM10..apa salah kah? berapa gua mau amik untung suka hati perut gua lah...asalkan gua tak jual harga yang lebih mahal dari yang ditetapkan. Yang cakap tu laki. bunyi macam cerdik sikit dari pengasas. hahahaha.. tapi gua agak agak husband beliau kot.

ahh and then..beliau jawab sms gua.
tapi jawapan beliauuuu.. perrrghhhhh begitu berwibawa sebagai seorang PENGASAS DAN PENIAGA. gua rasa...setahun dua lagi gulung tikar lah kot..biz beliau nih.

ok lah..lu layan lahh sms sms ni okeh. gua dah letih membebel dari petang tadi. kain baju semua tak terlipat. nak kemas bag akid balik sungai dua pun belum..aiisehhh..semua tergendala!!







ok, i bought 1 carton! so i'm now the sub-stokis lah kan?
owhhhh patut lahhh beliau sebokkk memikirkan kepentingan gua. susah hati beliau gua tak amik untung!!!

gua memang tau..sedekah pun bukan gua menjual pun bukan. masalah nyer beliau yang tak tahu!
bila tak tahu..ini lah jadi nyer.

akakkkk nihhh yerrr kerrrr diaorang call akakkk. caaaihhh yang beli tu berapa kerat jer. sorang dah lebih sekotak! saper kak? cerrr akak kasi nama beliau! meh sini nak siku kepala dia!
auuuwww tak baikk tawwww akakkk bohong tu dosa.
akak ni dah la tak pandai meniaga...takkan bab bab tu pon tak pandai kot...




ehh ada lagi 1 sms beliau jawab. lupa nak amik gambar..
jawab pon sket jer. tak ingat tulis apa...tapi lebih kurang diam tak semestinya kalah.

elehhhh ke dah takde point mau cakap. keeee dah malu sebab tiba tiba terfikir..ehh betul jugak! gua ni pembekal!!!!! kilang! PENGASASSSS..
bodoh tak..beliau nak marah marah apsal? i might be her potential customer. 1st time beli pon sudah angkat 1 carton. tak fikir ke..maybe gua akan beli 2 carton..3 carton.. maybe 1st time tak buat biz. 2nd time..maybe up sket harga.. ini tak...belum apa2 nak naik angin! siap suruh fikir plak, kawan kawan gua yang beli tu kawan ke lawan kalau macam tu? caaaiihhhh...!! apa kena mengena plak ??

ada ke beliau cakap gua boleh bunuh dealer yang lain. aiiisehhh.. gua stock pun tak simpan. macam mana mau meniaga? itu yang gua marah sangat tu. nak serang orang..nak marah orang tak usul periksa. main bedal.

masa gua beli...apasal tak cakap..cik kena jugak jual harga RM89 yer. mau kasi sama sanak saudara pon tak boleh! kena jual 89 jugak. kalau tak cik rugi! ahh takde! tak cakap apa pon? sebab duit masuk kan?

hishhh menyesal betul tolong beli! memang celaka betul. takde ahh memang tak makan dah pasni. memang semua member gua cakap..tak de apa pun. (ermm tengok pengasas ahhh).

ok since beliau cakap...PEMBELI PEMBELI gua was was sebab gua dapat harga begitu murahhh...mungkin jual tak ori..ahh nah...ini link produk tuh.


dari link ni lah gua beli...gua dapat phone number... no phone pengasas pon ada dalam tu..semua dalam tuh. kalau beliau cakap gua beli yang tak ori...so, website ni adalah website tipu! so..amacam kawan kawan?? takyah beli dari web ni kot ehhh??? TAK ORI nokkkk...

ini lah dia...MELAYU kalau mau bikin biz macam ni lah. macam budak nurul ni. belum apa apa sudah gelabah. gua rasa beliau actually rasa tergugat sebab tiba2 gua & kawan2 beli harga murah. lu tau tak..masa kitaoreng pakat2 mau beli..gua & member siap cakap nih...kita takyah bising bising...nanti Nurul tahu tak best. biar kawan2 dia beli dari dia. kita beli kita sudah la. see...punya lah mulia taknak kacau biz beliau. ehh gua kalau mau bikin biz boleh okehhh... gua diam diam saja...tak bagitau member beli 1 carton harga berapa...gua just jual harga RM63 atau nak untung lebih sket RM70. ahh bungkus lah beliau...jual normal price. tapi takkkk gua tak jual sebab gua memang fikir product tu beliau dah jual so takmo potong laluan beliau. tapi takkkk..bangsa budak melayu ni..belum apa apa dah panic pergi report bukan bukan.. padahal beliau boleh tanya gua sendiri. ni semua punca DENGKI & TAKUT nih.

Pengasas pon lagi satu bodoh! mau kasi biz sama beliau pun marah. ntah hapa budak nurul ni cerita.
hahaha.

fuhhhh letih. kain tak lipat lipat jugak lagi. ok lah. good nite.


p/s: look, i've been receiving lots of comments here. macam ni lah..gua nak cakap sikit lah. entry ni adalah peribadi. bukan nak menjatuhkan or mengaib kan sesiapa. i'm talking base on my experience. tak ada satu pun ayat yang ditulis merupakan fitnah. ianya cuma luahan hati dan perasaan. and this is my blog and i would not delete anything. tidak ada unsur menghasut apa ntah lagi fitnah. so, tepuk dada tanya selera. yang nak setuju tidak dipaksa. yang tak setuju itu hak lu sendiri. masing masing punya pandangan berbeza kan? sekurang kurangnya kita mampu luahkan pendapat dan pandangan masing masing. anggaplah ini salah satu teladan yang boleh kita fikirkan. kalau kita di pihak yang benar...rezeki ada dimana mana. rezeki tiap tiap manusia ditentukan Allah S.W.T. bukan pada blog ini atau mana mana blog....  

Photobucket

62 comments:

  1. wuhuuuuu...
    siap la ko nurul !!
    ngadu lagi...silap pilih lawan lah kooooo nurul oiiii....

    jue, klu perlukan backup...panggil kawe deh !
    **suh nurul tuh blajar math balik... byk lah dia beli skit2 pahtu nak claim total 1 carton. woi... in 1 receipt deh nurul dehhh..."

    ReplyDelete
    Replies
    1. I baru order this product...testimonials mcm convincing...bila terjumpa blog juejue i dah skeptical..oh well if the result does not deliver mmg confirm x beli lgi..by the way i saw the pengasas and dissapointed of her looks..

      Delete
    2. I pun dah tengok pengasas ni dalam WHI TV3, xada yg x kena pun....she looks ok for her age, late 40's. Apa la uol ni....pengasaS lain pun ramai lagi yg hampeh. Yg penting produk dia ada follower. Yg x sesuai tu, cari jer produk lain yg sesuai utk uol...

      Delete
  2. muka cam makcik juai kain batik kat kg laki aku ja. pingggang pun tadak wey, hang minum la jujue, nanti pinggang hang pun jadi cam pinggang dia.

    no curves. haha.

    ReplyDelete
  3. farah: belajar math & basic business. pengasas pun kena belajar sama. kesian.

    Lady Rara: hahaha btoi weh.. laki aku buka semalam..aku terkejut. terus aku ckp "kompom aku yg kena tipu mcm ni. awat dia tak lawa pon? kurus apa ntah lagiii"

    ReplyDelete
  4. owh..kat balakong saja..meh saya tolong terjah..10 minit saja sampai..takde pun nama nurul kwn kak jue tu dalam senarai stokis ke pengedar kat kedah..habis saya godek website tu..maybe dia org tengah sajakah...???

    ReplyDelete
  5. Aznurul: yehh? ok sila sila...terjah! mcm mana nak ada dalam list...sekali dia pon amik dari dealer lain. lagi mau bising apasal tak dpt RM54? dah sah sah dealer tu pon nak untung kat dia kan? ermm pandai lah sangat!

    ReplyDelete
  6. huhu... nmpk ngat dealer dia xramai sampai dia leh ada masa nk call ko eh Jujue... giler laa Jujue... ko adalah orang pertama beli 1 carton... hahahaha..

    ReplyDelete
  7. Mama HH: long! hahahaha... ko lagi kurang hajar! hahahahahaahhaahhaa...

    ReplyDelete
  8. macam2...nampak sgt pengasas tu tak pandai buat biz

    ReplyDelete
  9. kesian kou jujue lopessssh.......meroyan rupa nyer

    ReplyDelete
  10. Golden Rose : ehh pandai lah tuh..sebab tu dia marah bila tak amik untung! haha.

    Anon: ehhh tu belum tengok muka pengasas! kalau tengok kan rupa lagi berganda aku punyer meroyan. rupanya "tipah tertipu". ingatkan lawa!

    ReplyDelete
  11. dah memang meroghyaaan pun.......

    ReplyDelete
  12. jujue, last year i consume jugak u queen ni. 3 kotak jugak la i minum tapi x rasa perubahan apa2 pun. baca testimoni org consume 3 paket pun TUT dah menonjol , itu la ini la mcm best je tapi apa yg boleh saya katakan u queen ni x de bagi efect apa pun kat saya.. :(

    ReplyDelete
  13. as salam,tgh cari2 info pasal u-queen ni termasuk pulak blog ni.TQ for the story,kena pikir2 semula nak cuba ke tak produk ni :-)

    ReplyDelete
  14. hurmm...mmg marah tahap tertinggi ni..

    ReplyDelete
  15. baru je dpt broshure sal u queen..tengok testimoni cam best jer...try search tenet nak dptkan lebih info...mmg dah terlebih info nih...hehehehe

    ReplyDelete
  16. xda masalah rasanya produk ni, apa yg berlaku d atas adalah salah faham. pengasas u queen tu nampak elok jer.. kecantikan tu milik Allah swt, rupa mcm nasha aziz tu pun milik Allah.. x kan semua nak rupa cantik mcm tu. pengasas tu not bad.. bolhlah tahan.. xkan mo buat pembedahan plastik utk cantik kot.. kita cuma menjaga pemberian Allah swt ini (rupa paras), kita x da hak untuk ubah. Semua ni hanya kemarahan... bertenang dan berzikir, x perlu nak heboh2.

    ReplyDelete
  17. Anon Anon...thanks for the advise and it is so true. however, entry ni was created last year, so if you read it TODAY..it's better not to judge me by saying 'sudah sudah lahh' or... nak heboh2.. sebab buku dah tutup pun...you are the one who open it back. so whenever you comment, it is like you are bringing it back..and you're telling me that enough is enough. it's ok...but it is not fair.

    thank you. hope you understand. no harm done..no heart feelings yeah.

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah if its over. Tak perlulah nak dig lagi. Kalau kita tengok sekeliling pun, tokey-tokey produk ni, mana ada yang cantik asli. Semua main cucuk sana sini. Mereka ni x semestinya cantik tapi mereka ada kepandaian, idea n vision untuk berdaya maju. Macam u yang ada kecantikan, kepandaian, kepetahan berkata2, elok lah digunakan untuk kerja lain yang lebih berfaedah dari membuka aib orang sana sini. Hari ni u buka aib orang, esok orang buka aib u. U x selamanya muda sis.... ini cuma nasihat sesama islam.... nak dengar ke xnak dengar ke, itu u punya hal...

    ReplyDelete
  19. Sudah Sudah lah tuh ANON.. thank you so much for the advise. but ENUFF IS ENUFF lah yehhh...
    tak ada siapa yang buka aib sesiapa. chill dude!

    *talk to the hand*

    ReplyDelete
  20. Bru jer jumpa blog arini produk tu bru jer sampai pg td......kalau jumpa blog ni dulu sblm order brg tu cinfirm i x order sebab mmg bengap pun pengasas dia tu.....dah dia x rugi apa2 kenapa nk kisah org nk sedekah ke aper.......confius2x....apa2x sebab dah terbeli sekotak so i cuba dlu produk ni mcm mn....huhuhu

    ReplyDelete
  21. tnanx 4 ur information..klo xde pengguna yg brani bsuare kte akn ttipu slamanye..caya la sme u jujue..

    ReplyDelete
  22. alamak..baru nak order kena pikir balik la ni..

    ReplyDelete
  23. mcm2 hal....i pown bru je oder td bru smpai brg.x tau plak ade cerita mcm nie.i pown bli tuk kegunaan sendiri.kongsi2 bli dgn kengkawan tuk dptkn harga murah.mcm yg u buat.tp x de la beli smpai sekaton mcm u.klau nk bli satu memang la mahal,so kna la fikir kn cara mcm mn nk dpt murah,tp disalah ertikn pulak....nasib i x kna sembor mcm u.nk bli bp bnyak kta pnya suka la kn....klau x jgn buat promosi mcm tu.....

    ReplyDelete
  24. macam-macam hal kot.. aduhaiii.. try nak search kat tenet cari more info.. memang betul2 dapat terlebih info tentang ushine nih.. perghhhhhh agak biadap jugak lah pengasas nih.. cancel!!

    ReplyDelete
  25. last month br terfikir nak try this produk....mmg kebiasaan akan try to search info yg byk pasal produk,sampaikan ada sorang akak ni mmg hr2 tag pasal uqueen kat wall saya...tp x juga saya beli cz saya masih xpuas hati dgn reseach saya till today terbuka ur blog & start reading bout ur case...so sad,keyakinan tuk guna produk ni semakin menurun bila tgk testimoni u allz....

    ReplyDelete
  26. pengasas tu hanya letak batu asas je.. tapi haram tak tau ape... huhuhuhu

    ReplyDelete
  27. Jujue meroyan lah ko ni...sepatah dua udah la..ko pun biadap jgak aku tgk..aku tak sokong ko dan tak sokong pengasas tu pun.cara ko ni cara keji..

    ReplyDelete
  28. Anon dan Anon dan Anon sekelian,
    hehehe.. bertenang yer. hahah. actually, terpulang juga pada diri masing masing. i'm not saying that produk ni tak bagus. but for me, tak sesuai. makan banyak keluar jerawat. setengah orang makan ok. soal pengasas tuh...ermm dia pon manusia. so, jangan sebab pengasas..barang jadi mangsa.hehe.. ikut suko korang lahh.

    dan.. hehehe biasa lahh nonnn.. mengeji dan dikeji ni lumrah alam. ari ni aku keji..esok esok ko keji..macam tu lah pusing pusing. kita manusia nokkkk... muahuahuaa..

    ReplyDelete
  29. Br trbc blog nie coz search2 nk cr pngedar uqueen yg br..yg lama x x jual katanye produk nie da xde stok coz x jln sgt..i wnder y coz b4 diz i gune ok la jugak brkesan..n now i know y..hahaha..:)

    ReplyDelete
  30. Salam, saye juge sdg research kebaikan produk u queen ni.nmpk tajuk yg amat mengerikan di google ni..member jual n srh cek testimoni pgguna.
    Semua salah faham je ni. Kak jujue senyum.kak pengasas senyum.xperlu kate ape2.

    ReplyDelete
  31. apa2 pun... uqueen memang is d best!!! yg baru nak cuba tuh toksah lah dok ambik pot sgt yg tak ada kaitan dgn kebaikan produk nih... yg penting kebaikan dan khasiat produt tu sendiri....

    ReplyDelete
  32. wow...mmg menarik discussion neh.... so, sis jujue...apa perubahan/kesan produk ni pd U & ur friends.... baik ke so-so jer?
    berminat jugak tp, dah 50-50 dah neh....heheh. tx

    ReplyDelete
  33. Baru nk order...dh trbantut bl bc si jujue pya cite...

    ReplyDelete
  34. Anon Anon Anon.. ehh banyak plak Anon.
    yer betul lah apa yang semua cakap tu. senyum je lah k. jujue nak komen banyak banyak pun menda dah lepas kan. tapi, produk apaaaa pun...ianya bergantung pada badan masing masing. ada yang pakai ok. ada yang tak sesuai tak de kesan. tapi kalau jujue sendiri punya pengalaman, FOR ME..ianya tidak berkesan langsung. macam tu jugak dengan majoriti kawan kawan yang lain, termasuk juga kawan-kawan yang beli sendiri bukan yang dalam kes bising kat atas ni. haha.. boleh kata dalam 20 orang yang makan, hanya 2 orang saja yang cakap bagus dan berkesan. nasib lah tu kan.. ada yang makan tak habis kasi kat org lain. ada yang beli 2 kotak tp 1 kotak jual kat org lain. mana yg makan ok tu..diaorg beli lagi. berbeza pendapat dan kesan masing masing.
    so, my advise untuk yang nak baru cuba..beli lah dulu 1 kotak try. kalau ok, boleh continue. yg tak ok tu...nasib ko lah labu...haha welcome to the club. tapi sekurang kurangnya kitaorang yang tak berkesan ni tak ralat sangat sbb beli dengan harga yang murah. (itu pun tujuan sebenar share2 duit beli banyak tu..sebab kitaorg nak check keberkesanan dulu) kalau beli dengan normal price tu kiranya nak marah la jugakkkkkk.... ok tq.

    ReplyDelete
  35. Saya cuba dah seminggu. Dlm sehari dua tu try gak search internet, tengok komen2 and testimoni. Terjumpa lah log ni. Saya baca blog ni waktu saya dah cuba seminggu ye. Sbb sebelum ni badan saya letih2, sakit sana sini. Perut asik nak mkan je. Tapi Alhamdulillah, sejak saya ambik produk ni seminggu yg lepas, saya sgt berpuas hati. Sakit2 and lenguh2 badan saya hilang sama sekali. Nafsu dgn suami pun makin up, sama mcm testimoni yg lain. Kulit makin lembut dan bersih. Saya percaya pd kdungan dlm produk ni. Sblum ni saya dah guna mcm2 produk termasuk mustika ratu dan berbagai jamu and produk lain. Tapi x begitu cantik hasilnya berbanding u- queen.

    ReplyDelete
  36. why dont c pengasas try kesan produk die dlu sblm jual kn? jgn cume indah khabar dr rupe.personality anda melambangkan produk anda.
    Jujue u skg gune produk pe? xkn u queen lg kotttt??? tgk rupe...kl jd pengasas ni blh thnnn tue.tp jgn ltk hrga mhl2..

    ReplyDelete
  37. salam... sori mencelah yer...saya dah abis minum kotak pertama skang tengah continue kotak kedua..tak semua dr khasiat tu berkesan..tp honestly pas cuba sekotak badan saya tak penat2 lagi..pagi pun senang bangun..cuma yg tak puas hati bab mengencangkan payudara dan untuk up kan pinggul tu memang tak nampak lagi. soal keintiman suami isteri memang ada kesan tapi sedikit sahaja..bab memutihkan wajah tu tak nampak lagi...tapi pas baca komen jujue baru saya perasan muka saya memang makin berjerawat..ingatkan sebab resdung tapi adakah sebab kesan sampingan produk ni...saya pun tak tahu...anyone yg boleh tlg selesaikan kemusykilan saya ni....plss

    ReplyDelete
  38. Mayang Sari: Alhamdulillah it's good for you. ok lah teruskan je lah ok. like i said setengah orang sesuai setengah orang tak sesuai. ikut pada diri masing masing. And yeah..sorry yer Mayang Sari i publish 1 je komen u. coz yang banyak banyak tu..isi sama je..maybe u try to comment so many times ingat tak masuk kot. don't worry....komen u semuaaaa dapat. thanks yeah.

    Anon: ohhh no no no...jujue minum sekotak je. beli 2 kotak. 1 lg kotak jual pada yang suka minum. mujur ada jugak yang sesuai. selamattt duit hamba. muahuhaua. jujue?? pengasas? ahhh boleh! nak jual apa ah? menda makan ok kot. so, orang takleh salahkan pengasas...sebab pengasas makan tak stop stop. tu bukti makanan tu sedap. hahaha..

    Qaseh: nak cakap pun taktau. sebab jujue bukan sales girl uqueen. tapi rasanya lah..kalau kotak pertama dah nampak kesan, maybe sesuai lah tuh. try lah..lagi 2 3 kotak. sebab actually..secara logiknya apa apa pun mana leh nampak dalam jangka masa dekat. apa pun makan masa kan. but as for me & friends, kotak pertama pun dah takde kesan langsung. kitaorang plak bangsa rakus semua nak cepat. so..takleh tahannn..terus tak nak sambung. hahaha. tapi jerawat tu memagn jujue & friend alami nya. but i don't think semua orang mcm tuh. kesan lain lain tuh. setengah orang cakap awal awal memang keluar jerawat dulu. lepas tu, akan turun balik. pandai pandai lah yer qaseh...hihi.. tepuk dada tanya selera. (eh ye ke? apsal nak kena tepuk dada ahh?? pelik plak peribahasa nih..)

    ReplyDelete
  39. Salam, pada pandangan saya, selagi page ni x di delete selagi tu la org cakap macam2. Lain produk lain kesannya pada pengguna. Saya sebagai pengedar untuk negeri Perak amat berpuas hati dengan sambutan pelanggan U-Queen. Majoriti ramai yang berpuas hati. Udah-udah ler kita bercakap mengenai pengasas ni. Dia hanya mempertahankan pengedar dia yang seperti saya ni. Xda pula saya tengok dia maki hamun. Nasib baik dia bukan kaki gaduh or kaki saman. Buatnyer dia tuntut saman malu, mati kita yong ! Kita ni tak pasal2 berdosa sebab personal attack dia. Saya dah tengok dia dalam SPM, TV1, ok jer rupanya...hehehe! U-Queen pun selalu sold out. Pada Jujue, elok ler delete jer post ni....x baik aibkan dia lama2 dgn membiarkan page ni macam ni. Kita ni sesama islam, panjang cerita kalau nk pergi minta maaf ngan pengasan ni. Awak rupa udah lawa, bior ler perangai pun lawa. Salam !

    ReplyDelete
  40. tgh2 search info pasal u quenn ni,terjupe lak blog akak..even entry tahun lepas,tp blh buat guidance..dah hampir nk beli bila baca testimoni dari dealer2 produk ni,nsb belum terjebak..selamat duit~

    ReplyDelete
  41. sy x penah guna produk uqueen ni tp bila tbc blog ni bg sy jujue patut delete la post ni.. stiap org x sempurna,kalo time tu dia tsilap lngkah x semestinye akn dtg tsilap jgk.. fikir periuk ns org jgk..harap2 jujue fikirl,buang yg keruh amik yg jernih..ksian stokis2 n dealer2 uqueen

    ReplyDelete
  42. huhuhu ...selalunya pengasas hanya cuba dalam 1kotak lepas tu dia dah takakan minum ..sebab takut tak ada untung ...hehehe:P

    ReplyDelete
  43. Salam jujue,
    Petang tadi baru seorang penjual promosikan produk ni pada saya.Saya pun macam minat sangat berdasarkan testimoni.Sebab harganya murah berbanding saya mengambil redianze dan reverse (setakat ini).Nampaknya saya x jadi la bertukar produk ..setakat untuk hubungan intim tu..cukupla saya makan jus perawan D'herbs memang berkesan dan harga lebih murah..TQ jujue..testimoni u tu..

    ReplyDelete
  44. Saya baru tengok pengasasnya keluar dalam WHI TV3, ok jer n power jer explanation dia pasal UQ. Memang saya dah cuba, sesuai utk saya. Kulit makin cerah n bersih. Bangun pagi cergas n hubungan ngan suami pun best! Cuba tengok WHI khamis depan....makin maju UQ.

    ReplyDelete
  45. Assalammu'alaikum,

    sy pun dah cuba, Alhamdulillah, cek up cyst, doktor kata dah clear. Bangun pagi pun Alhamdulillah.. keje pg balik malam, tp masih bertenaga buat keje rumah.. saya rasa siapa2 yang nak cuba, jgn was-was.. bg sy RM80 (harga yg sy dpt) berpatutan, compare dgn beribu2 bil hospital yg sy bayar.. belum lg product2 lain yg beratus2 RM utk rawat masalah saya.. Oh yer, first kotak minum, period tak sakit/senggugut lagi, Alhamdulillah. Sakit sendi kt jari (akibat menaip komputer) yg sy tanggung berbulan2 pun dah sembuh. Sbnrnya sy bersyukur terjumpa product ni. Tp bila terbaca entry ni, sbnrnya saya tak salahkan saudari atau pengasas ni. Sbnrnya dlm berbisnes multilevel ataupun bisnes yg ada dealer2 ni, mmg syarat utk jadi dealer ketat. kalu product lain cthnya Higoat yg sy penah masuk, nak beli carton2 ni berpangkat je. bukan dealer tak bole beli carton2 ni. lepas tu tiap2 bulan kene maintain beli carton.. agaknya pengasas terperanjat kot knp bukan dealer tp beli byk2 camtu.. sbb tu dia risau bg peniaga2 yg lain sbb peniaga lain yg jd dealer suma nak cari makan.. kalu buat mcm ni, akan potong line org... agaknya camtu la..

    cuma pesan sy, kita ni sama2 perempuan. sepatutnya kita sama2 jg hati antara satu sama lain.. mungkin entry ni patut didelete utk menjaga hati semua seperti kata saudari, entry ni taun lepas punya. so tak perlu nak ungkit bangkit. ttp selagi saudari tak delete, selagi tu menimbulkan perasaan benci sesama manusia. kerana, product ni semakin laris dipasaran. sampai bila2 org akan search ttg U-queen. dan mesti akan terjumpa entry ni. jd nasihat sy, yg lepas tu lepas la. belajar dari kesilapan..

    Yang baik dari Allah, yang buruk dari kelemahan diri sendiri..

    ReplyDelete
  46. Selamat duit saya... Terima kasih pada yang berani bersuara.

    ReplyDelete
  47. Sy baca semua comment jujue Dan yg lain2...xde salahnya pengasas tue, elok aje, dia cm menjaga dealer2 dia yg lain, mungkin sbb tue ada pertikaian , jujue xpayah meroyan smpi nk publish...mcm nk sebotaj ajer business org lain...lbh kurang mcm hati busuk dengki..pd yg membaca nilai betul2..... Smga uqueen terus maju...

    ReplyDelete
  48. Alaaaa,br je cadang nk beli dah terbantut pulak....

    ReplyDelete
  49. Ingat nak tukar produk,tak jadi belilah..baik sy teruskan produk ladies collagen vasia, rasa sedap harga lebih murah dan berkesan juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ke? sayapun baru nk cuba ladies collagen vasia. berkesan tak terutama bab up kan payudara tu.

      Delete
  50. Eh baru nk order product poweeer neh bila tengok kat youtube tadi..bila google trbaca pulok blog neh..ermmn kena pikir lagi nah....xjadi beli kot~~~~~~

    ReplyDelete
  51. Sy mkn 2 kOtak dh turun berat bdn sy..skg nk msuk 4bln ada nmpk prubahan kt punggung..stkt 1 kotak mne lh nk Ok lg..mcm bt rawatan lh..satu kali bt trus nmpk Ok ke?satu kali bt dlm 2rts,3rts gk..

    ReplyDelete
  52. tak ape2... selagi kite dok mentendarah bukan2,makan byk2,tak kuarkan peluh selagi tu la badan dok sakit,gemok,nampak tue... p la bersenam kalo tak pun tiru aku...haha...beli sauna,rm1500 punye,gune slame 40 minit,...berlambak ploh kuar...aku sihat,x yah bli bende2 makan mengarut...takut2 mati lak nanti makan berbagai produk... korang ni banyak terpengaruh ngan iklan.. pengasas ni pun 1,bkn ju yg nk bunuh dealer,pengasas tu yg nak tipu dealer,kenape tak bgtau awal2 kalo bli secatton leh pat harge murah...x buat seminar ke kt dieler2 ni? lupe lak ,korang p carik kt facebook sauna yg aku bli ni,alicezauna...bkn promote,tp aku rase baik gune sauna dari makan ubat...ye ke dak

    ReplyDelete
  53. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  54. Hahahah...lucu baca entry ni..betul jgk ehh..baru tgk pengasas nya....tp kannnn..pengasas2 produk kecantikkan skrg mmg tua2 belaka....tp tua tu msh mantap lagi...mcm Kak Ton, pengasas pamoga..walaupun muka tak lawa..cuba tengok kulit....tu lah aset diaorg..

    Honestly, saya dah try uqueen b4 this..setakat ni baru 4 kotak and terpregnant lagi!!! Now at 7 mths plus..Anak sy baru umur setaun..
    Sy nak bagi testimonial yang tak berbayar sikit ye..
    Saya consumed uqueen pun x sengaja sebab sy nak cari something yg buat sy energizer and of course nak lambat tua(siapa tanak awet muda)..
    Paling ketara, kulit saya supple and fairer than b4. Baru tadi ms beli ayam penyet one of my friend tanya saya ada amik collagen ke?kulit mmg different dr dulu...ermmm, yg sy ingat b4 preg anak ke 4 ni, sy amik uqueen b4 tido....tu je...yg sempat pun amik 4 kotak je..ingat kan nak continue sbb suka rs masam2 manis nya...
    Sebenarnya guys,kalau kita consume apa2 product, x kesah lah....Beutskin ke, uqueen ke, delimalicious ke, kita jgn was2..tu je pantang larang nya..YAKIN....tu yang penting....and jgn lah baru consume sehari dua dah asyil berdiri dpn cermin tengok perubahan....yg penting kita pulihkan dalaman dulu baru akan berkesan luaran nya..betol tak?

    ReplyDelete
  55. Slm, sy tjmpa bloq jujue ni msa nk tgk pasal dherbs...
    anyway... stiap aorg ada pndptnya sdrik..syni pnh dsuruh cba olh 1 org rakan product zhulian byoung. kwn sy ni kwen dh 10 yrs. bru mkn 1 box dh preg. sy ni dh kwen msa tu 6 yrs la, x dk rezeki lg... sy pon pejam mata beli dgn rega rm hmpir rm400 khenn... mkn la ikot turutan... hasilnya sbln bdn sy gatal2 sgt serius... sy kol stokist, dorg ckp itu effect mula2... oklah... continued lg... mkn2... smpi la 2 bln xhilang... asal amik ja product tu... abes gatal2 blakang bdn. sy pg specialist. they said, my skin dh jd more sensitive, cannot take any product contains marine extrak dh... nw, every day, sy kna amik 1 bijik ubt alahan plus steroid... gara2 product tsebut.... ptt x sy saman dorg???
    so... pd yg komen kt ats2 sna... xpayah la galak nk suh si jujue ni delete page dia nih... takut pngasas nk saman bagai... abis kmi ni pengguna... igt CUSTMER ALWAYS RIGHT...
    tp sy stil lg bpgang pd asasnya... SETIAP ORG MMPUNYAI ANATOMI SYSTEM BDN YG BBEZA... sy xserasi dgn produk ni, tp kwn sy serasi... tp efeknya, sy tnggung smpi skrg... ;(
    pmbelian produk xder paksaan, kta yg pilih sdri... tp bloq jujue ni bagus mmberi pndededahan awl... so klu nk kondem or komen... pk dlu sblum tulis... mcm pngasas tu... kn dh malukn si nurul tu... hahahaha... dia yg xpndai jga rahsia dealer2 dia... main serbu ja...
    just my 2 cents...
    p/s : nw i mkn minyak ikan kod ajeee.... kulit i mulus jugak... bgetah nokk....murah je rm30 - 60 bijik beli kt watson... settle...

    ReplyDelete
  56. Salam semua..
    Jika tak keberatan..mungkin korang boleh tgk Website produk ni gak.facebook produkcheart

    Saya selalu beli produk Kat website ni...aalhamdulillah setakat ni memang berbaloi..cubalah..

    ReplyDelete
  57. Cuba yry Produk cheart..boleh google pasal produk ni..

    ReplyDelete