kenapa panggil penang hill... sedangkan ianya bukit bendera.
patutnya..kena flag hill.. dak pon.. bukit penang.. bukit pulau pinang..
huhuhu..
kami berempat saja..
gambaq gambaq ni dah masukkan dalam facebook sebenarnya.
tapi apa baranggg dalam fb takleh bebel bebel cerita panjang panjang.
jadi kena masukkan jugak kat sini.
sebelum pergi... kena breakfast.
ehh perut jujuelopez tidak boleh dibiarkan kosong.
nanti gastrik..boleh jadi punca migrain..pastu plak pakinson..
banyak penyakit. sebab tu kena sentiasa makan.
ada playground ni...senang!
cari meja dekat dekat... selamat leh makan tanpa gangguan.
tapi sebab mengejar ketapi bukit bendera masa... so paksa budak budak ni dok kat meja..
makan cepat cepat.
budak budak ngan mummy makan roti canai.
gua makan citapi. ehh capati.
ok sudah.
jom ke destinasi yang sebenar.
wahhh sudah sampai.
dari jauh dah nampak...
dah lama tak naik ketapi nih.
tak ingat dah last bila. tapi 2 3 hari sebelum pergi ni dalam berita asyik komplen macam macam.
tak leh jalan la..rosak la..apa la..
last sekali malam sebelum pergi tu..berita cakap dah ok.
berdeeesupppp kitaoreng pergi.
park kereta jauh gila.
lari basah ketiak...dalam panas.
ok... mummy gi beli tiket.
kitaoreng tunggu bawah bumbung ni.
huhh first time gua masuk toilet bawak budak budak berdua.
sambil kencing..sambil menjerit jerit dalam tuh..
akid jangan! akid no! ambereen dirty lah!
ok, fine... 1 bukit bendera tahu... gua dalam toilet.
ok tiket dah beli.
now nak naik train plak...
owhh mummy plak nak gi toilet. so, tunggu kejap.
memang mencabar minda dan tenaga kalau menjaga budak budak 2 orang ni.
tambah tambah kalau lu sebarang kera. kara.
lari sana..lari sini...
haiiyoo..
mungkin sebab cuti sekolah dah nak habis..so orang tak ramai.
takyah beratur ramai ramai..lama lama panjang panjang nak naik train.
tapi train baru ni laju sangat.
tak sempat pon nak tengok kiri kanan.
tahu tahu dah sampai. ni kalau kentut pon...tak sempat nak merebak seluruh gerabak dah kena turun.
ehhh manusia... yang lama slow..komplen lembab. buang masa. slow.
dah buat laju..baru..cantik... dahh tak sempat tengok kiri kanan plak.
ok dah sampai. less than 5 minutes.
moh kita jenjalan.
mendung mendung sebab nak hujan.
tapi best lah... baru ada feel mek salleh sket.
orang pun tak ramai. so takde lah semak sangat.
ok lah.. not bad.
tempat pon dah cantik sket dari dulu.
ahhh nasib ketapi yang buruk gila ni gua tak sempat naik.
tak pernah merasa.
kalau tak..ntah apa lah gua nak komplen.
tapi apsal ketapi ni senget? sebab naik bukit ke?
dalam tu ada taman burung.
nak masuk adult RM5.00 children RM3.00
takde apa pon nak tengok..
kejap je dah habis tengok.
baruuu je masuk hujan plak.
dok bawah bumbung jap. beli ice cream cone masuk angin kejap.
caitt!
masa ni, gua dah mula terasa sakit perut. senak gila.
ntah apa pasal!
rasanya kuah sambal capati pagi tuh kat subaidah kot.
hujan dah stop. mari sambung jenjalan.
ini ikan dalam kolam.
ini mummy dalam taman.
ini jujuelopez dan anak anak.
dan dalam taman juga.
dan lagi..
ini burung.. banyakk lah burung lagi. tapi rasanya pusing pusing burung yang sama jenis jugak.
cuma sangkar je lain lain. caitt!
nak bawak balik ke?
lepas keluar dari taman burung tuhh..
gua gila babi nyer sakit perut.
teruss larii masuk dalam hotel situ.
aisehh hotel pon hotel agak lama... toilet pon lama la jugak.
tapi ok la..bersih.
gua ni kelam kabut masuk toilet.. tengah2 buka tali pinggang..baru perasan, eh takde paip getah.
cebok pon takde. takat ada pili tu...nak buat apa?
tadah pungkok kat pili tu ke?
camner? takkan nak istinjak kat mangkok tandas plak.
nasib gua ni keturun cerdik bistari jugak..tengok dulu sebelum bertindak.
so, cepat cepat boh balik tali pinggang...ushar bilik sebelah. ohh ok ada cebok.
amik cebok masuk toilet asal sebab yang asal ni lagi suci dari toilet sebelah.
ok, now can proceed. pushhhhh...
dah habis kan... gua keluar la gi depan cari meka meka ni.
sekaliii terasa balik. aiiisehhh bergegas pulakkk lahh..masuk toilet.
ok skang dah sudah.
jadi boleh posing..senyum macam takde apa apa berlaku.
tapi lu actually tahu...gambar di bawah ini adalah selepas gua berry berrryyy.
errk.
eh ni kat hotel nyer cafe.
cafe tu macam buruk..maklum la hotel pon lama.
tapi garden dia cantik.
relexxx je kalau minum kopi kat sini.
kena pulak hujan hujan sujuk..
perrghhh.
pastu...ronda rondi kejap pusing pusing..
beli topeng 1 kat akid..1 coin purse itik ke burung ntah kat ambereen..
kitaoreng pon memanjat lah bukit yang tangga Ya Rabbi banyak nyaaaa...
untuk ke restaurant apa menda ntah.
masa amik gambaq ni..hujan dah turun.
gila babs punya semput sebab masa naik tangga hujan dah start turun so, berlari okeh panjat tangga.
tapi sempat plak paksa budak budak posing depan gate nih.
restaurante..
gila terpesona ngan garden beliau.
tenang je mata memandang.
tu kalau tak hujan kompom mak pilih port tengah tengah padang..
bawah pokok.
romantika bersama budak budak..
ok, menu adalah mahal.
tapi takkan lu nak turun balik.
separuh mampoihh panjat tangga..jadi adalah tidak berbaloi kalau naik tengok tengok pastu turun.
cantik tempat nih..
dikelilingi mek dan mat salleh.
ehhh kitaoreng pon terusss feeling feeling mek salleh jugak.
hellooo... gua lopez! anak gua raaaaiyyannn.. sowang lagi amber! ambereennnnnn..
dan jugak mummy! mummy!
ahhh tak cukup omputih ka tuh?
tapi pungkok cover cover sket..sebab itam! tu takleh ubah..sebab realiti nya lagu tu dah!
hujan.
jadi kitaoreng buang masa kat sini paling lama.
makan je lah apa apa saja.. yang penting...
pilih menu paling morah.
alasan? ehhh kitaoreng baru jer bekfas tauuuu... so, still kenyang.
petang petang sket la...makan heavy. kita makan light light saja.
(nyesal makan capati.. kalau tau..makin nasi kandaq siap siap.. haha)
diet coke.
kata nak diet... ahh diet lah ni.
ahh yang diet tu coke.. lu diet kah jujuelopez?
sadap lu!
kan gua cakap...tention ngan budak budak ni sejak ada iphone.
tapi kalau dok ngan mummy ok lah.
akid main mummy nyer iphone... ambereen gua nyer iphone.
nasib ada screen protector sebab dua dua bijik dah ada kesan calar.
phhiiuuu..
ujan.. sejukk..angin..
wahhh shahdu.
cantik..
dalam tuh.
ok dah sampai food.
scone dia terbaekkkkkk.
gila punya sedap. rasa cam nak mintak lagi.
mintakkkk?? hehehe.. takleh ke? mintak..? takkan semua nak kena beli kotttt..
fuhhh dok teringat lagi nih.
ehh pastu kan..baru makan sket.. perut 1 kali lagi terasa lah.
terus lari gi toilet.
kali ni lama sket. kasi habis terus.
perrggghhhhh baru lah lega.
tapi toilet meka cantikkkk... tapi tak bawak camera.
so, biar lah. tak kuasa nak lari gi amik camera pastu gi toilet balik.
nanti mummy makan scone sampai abeh camner? takleh taklehhh....
nak berak pon tak senang memikirkan nasib makanan yang bakal habis dikerjakan meka bertiga.
ambereen...ngan beg baru. haha.
fries dah tinggal sikit..
ok, dah kenyang.. tapi tak leh balik lagi..sebab hujan.. dan..
budak ni tidoq plak. tunggu kejap..sampai hujan stop...
baru balik.
best lah tidoq.. ngan angin2 sejuk.
ok time to go home..
dan mari lah menapak tangga ni turun.. auwwwww..
malam tu balik gua lengoh kaki.
pukul berapa pagi ntah ..tak tahan makan ubat tahan sakit.
hahahaha... memalukan saja.
eh tapi kan... hahaha..
elok elok nak turun naik train... baru mummy teringat.
"alamakkk!!! tadi makan lupa nak bayaq"
hahahahahahahahahahahahaha..
nasib lah kami ni orang baik mulia..jujur ikhlas taat setia..
maka bergegas lah mummy naik bukit sekali lagi pi bayaq.
takpe mummy...exsersaisssssss..! hahaha
gua tunggu bawah je ngan anak anak... hahaha..
tak koser mak!
ok tu je.
tata....
ohhh tiket kitaoreng naik tuh..
RM18.00 untuk package..
2 adults 2 children.
ok..
p/s: teringat zaman muda mudi dulu... 2 kali gua hiking bukit bendera nih. tu duluuu
skang nak suruh gua hiking. hi hi hi...je lahhh..


wah...dh lm x naik bukit bendera..last darjah 6..skrg dh x darjah dh x form dh x u..smua x..msti byk dh berubah..lm dh xjln sana..
ReplyDeleteni sebelum yang kes tourist stranded tu ka selepas nih..?
ReplyDeletehuhuhu.. jelesnya tgk kak jujue.. anak dah dua tp selim melim.. :D
ReplyDeletegerammmmm nya tgk amber...adoiii leh gaks kuar bwk budak2 nie tanpa bapak nya ek...kalo aku mau fengsan!!!!
ReplyDeleteselim melim... apa rahsia...
ReplyDelete