gua sebenarnya, dok godek godek folder folder gambar. terasa banyaakkkk gegambars anak anak ni ah. tak tau nak buat apa, so.. gua tempek je lah kat sini.
walaupun takdak apa nak cerita ceriti taik mata dua kati ...
tapi takpalah, kita share tengok gegambars anak anak mak je okeh. auwww..
(feeling feeling macam angelina jolie.. macam lahhh ada yang nak sangat tengok muka gua yer? haha)
ini daania ambereen. balik je dari nursery macam macam style rambut meka kerjakan. tu baru rambut sejemput. kalau rambut serumput... nahhh 1 balang getah pon tak cukup kot meka ikat habis..
beliau ni, ada satu lagi perangai. kalau gua bagi toys & cover kulit handphone... beliau akan pilih cover handphone. beliau lebih berminat dengan menda menda seperti handphone, remote, cover handphone, purse, bag... daripada toys beliau. haiiiyooo...
ohhh, sangat selekehh bibik kat belakang tu. muka pon macam tention dan kembang.. awat ntah?
oh, ambereen sekarang nak tidur boleh tahan jugak susah. beliau sambil menetek, beliau dok berguling. bila menerap.. beliau nangis. dahhh tu.. sapa suruh golek golek. netek je lah diam diam. ini tak..tengah tengah menetek boleh stop pusing badan dan bila menerap... uwwwwaaaa..
dah tu.. tak boleh bunyi apa sket... sensitipp sungguh la telinga. bunyi kentut pon boleh terjaga..ini lu cakap bunyi bapak beliau bersin. hemmmm..
yang abang akid pon satu hal. time ambereen mula mula nak tido, gua pesan 'akid diam jap..adik nak tido' lu ingat beliau boleh turut perintah tu? nehiiiii kebiii nahi.. ahhh lagi kuat bunyi hennjeennn kereta beliau buat.
dulu, pernah sekali masa ambereen baruu baruuuuu jer terlena. beliau tetiba masuk bilik..
pergi kat adik beliau dan.. "ambereeeennnnn" sekuat hati... lepas tu.. tepuk tangan 2 kali betul betul depan muka budak nih.
so, lu rasa apa ambereen buat? sengeh? tidakkk.. tentu lah nangihhhh lahhh tak leh tido. ringan je tangan gua nak gi tepuk si akid ni plak rasanya. tapi takpe, sabar. kang marah lebih lebih anak teruna gua ni emo sket.
kesimpulan, akid memang tak akan diam walaupun berkali kali gua pesan suruh slow sket main time adik tido. takde pasal lah beliau nak diam. lagi kuat adaaaaa...
ok, cerita lain pulak. (sambil sambil lu layan gambar kan)
susah betoi lah bila share toilet ngan kaum jantan bangsa kencing pancut pancut nih. toilet kat rumah ni kadang kadang hancing okeh. akid skang ni kejap kejap kencing. yer ahh dah makan tak nak. asyik nak susuuuuu jer. so, macam mana tangki tak penuh. so, kejap kejap melimpah.
kencing plak..memanjang lari dari sasaran. eiiii geram lah.
gua lah..jadi bibik...masuk toilet je kena berus jamban..berus lantai..sebab hancing.
tu tengok lah..kalau public toilet pon...yang mana lagi busuk? female ke male?
ahhh dah sah sah la male kan... meka ni kalau boleh ceiling pon meka nak pancut!
oh ya, ambereen skang ni dah boleh menjulur...macam caterpillar. cute sangat. ehh, tapi masa akid dulu.. 7 bulan dah siap siap nak merangkak. ambereen baru nak start menjulur. agak nyer anak dara gua ni sopan santun kot..sebab tu slow motion sket..
tapi tangan cepat. gagau merata. baru ni...habis gua nyer jaket, jeans & kasut + seluar ambereen basah kuyup sebab tangan budak kecik ni dah gagau teh tarik atas meja. mula mula tu..beliau nangis sketttt jer sebab teh tarik yang panas panas suam tu jatuh atas paha beliau. tapi lepas tu tak heran..sebok gagau menda lain.
gua...jugakk...separuh badan perasa teh tarik.
gambar bawah ni bukan nak promote tomyam kat kedai sejati nih..sebab gua pon makan roti nan & roti arab je kat kedai sebelah ni.. tapi nak boh gambaq anak dara mak yang dok kerenyehhh kerenyehhhh...
ambereen suka sangat sangat makan. apa kita makan beliau mesti nak makan. jadi, kena sentiasa sediakan menda makan untuk beliau kalau nak makan depan beliau. kalau tidak..sila lah dengar rintihan dan amukkan dari beliau.
sekarang, kalau pergi kedai...order pasembor, maka kena order macam ni
'pasemboq 2 pinggan..boh tauhu1 biji asing nah..untuk budak'
yer..begitu..
kalau order nasi...pening kepala laki bini dok pikiaq 'nak order apa ni kat ambereen?'
'cuba tanya tauhu ada dak?'
kalo takdak... kita beli roti...
kalau kfc dekat.. kita beli 'whipped potato'
apa pon takapa..asalkan beliau boleh makan..hati pasti gumbira, tangan pasti tepuk tepuk atas meja berlagu riang.
ya, confirm dan tidak syak lagi anak jujuelopez kerana ciri ciri perut tong sampah sudah boleh nampak.
cerita lain pula, tetek gua sangat sangat sakit skang dua dua belah. sebab budak takdak gigi lagi ni isap susu sampai melecet dan luka sket.
masa akid dulu...masa dah 2 tahun lebih baru jadi macam ni.
ambereen? baru 7 bulan dah melecet segala... haiiyoo...
gila punya pedih... tuhan ja tahu. tiap tiap kali nak bagi tu memang gua terpaksa tahan pedih tu sampai kepala gua pon terasa sakit sbb gua tahan sakit terlampau kuat.. tapi malam semalam dah gi klinik. hopefully..cepat cepat sembuh. sebab gua nak bagi tetek kat ambereen sampai 2 tahun lebih macam akid jugak..
ok, untuk cerita yang ini plak.. kalau lu nak tau, untuk entry ni saja gua telah makan masa beberapa hari untuk tulis. hahahhaa..
maklum lah gua tersangat sangat busy toya amin.. so, baru taip 2 3 huruf...anak menangis..
baru nak karang story..tertido plak..
takde masa okeh!
monday & tuesday (18 & 19 oct) gua pergi training understanding labour law di sunway hotel seberang jaya. tapi bukan pasal kursus tu yang gua nak citer.. tapi pasal variety of food kat hotel tu.
wahhh nasib 2 hari je. kalau 2 minggu...kompom gua dengan kabinet dapor sama besar.
morning tea break...gua bedal
lunch...of coz bedal...banyak giler.. gua sumpat spagetti..lasagna..soup..bla..bla..bla..bla.. yer lahhh letak kaunter banyak banyak..penuh kalau tak amik..nanti membazir.. tak elok! takpe takpe..gua habiskan.
afternoon tea break...bedal lagi!
perrrgghhh bahagia.
akid & ambereen...masing masing batuk. dah bawak gi klinik & amik ubat.
ambereen, kacau jugak malam malam..nangiss..merengek..maybe hidung tersumbat kot? sian beliau.
gua ada banyak lagi nak cerita...tapi tak sempat nak cerita sbb skang ni masa gua sangat sangat terhad. dekat office, takde chance lahh gua nak buat menda yang personal. kerja yang ada pon tak settle2 ni kan plak..nak buat yang sendiri punya..
jadi, disebabkan masa gua di opis pon terhad..kat rumah pon terhad...(seperti yang gua dah cerita..nak kena lipat kain jemur kain basuh kain..netekk..bagi tido..bla bla blablaaaaaaaa
so, cukup lah. gua nak tido dah skang ni. kalau gua tak stop jugak..mungkin entry ni tak dapat nak publish lagi sebab tergendala sebab gua tertido.
jadi, sebelum gua tido sambil termimpi mimpi dating ngan brad pitt..lu layan je lah saki baki gambar bawah ni without any storiesssss morieesss..
boleh gitew?
akid: ahhh sakit pinggang... sebab sebelum tu beliau menari gelek...
eh tadi cakap taknak cerita..hehe..
oklah..
last 2 weeks..
daania ambereen...
akid & car...mana leh pisah..
hihihihi..
dahhh... sekian terima kasih.