Wednesday, September 22, 2010

AKID & PANTAI MURNI'S CAT..MEEOOWWW

pada 5 sept 2010, 
yakni pada masa bulan puasa yang lepas dimana pada hari itew adalah hari birthday akid.. dan juga
hari dimana ambereen kena cucuk di paha gebus dan montel untuk cucuk yang umoq 6 bulan punyer...
kitaoreng telah singgah sebentar di pantai murni.

aiihhh. camni, kan ke malam birthday akid tu kitaoreng berada di aloq staq. so, sebelum gi cucuk ambereen pagi pagi hari tu... so on the way nak balik sungai petani, kitaoreng singgah la pantai murni kejap. biasa lahhh macam gua pernah cerita... bapak akid ni 3 4 bulan sekali mesti tanya akid... "akid nak tengok pantai dak?" gua pon taktau la apa sebab musabab yang beliau takut sangat anak beliau tak kenal pantai.
atauuu bercinta ngan ikan duyung kah laki gua ini?
atauuu... bercinta dengan hantu air kah beliau?
ntah lah...

tapi ceritanya, pada pagi pagi hari 5 sept 2010 di bulan puasa kitaoreng singgah kejap pantai murni. pastu ada la sekor kucing ni...tengah lepak kat situ..bila nampak akid jer..beliau terusssss gi kat akid.
akid yang memang pencinta kucing ni masuk kereta sanggup niiihh amik seketoi KFC beliau bagi kat kucing tersebut. perrgghhh nasib gua puasa. kalau tidak..baik bagi kat gua!

so, dok tak lama..pastu terus berambus nak gi cucuk ambereen.

baru baru ni... ketika gambar di bawah ini..
 

kitaoreng on the way nak balik loq staq pada hari sabtu yang lepas. dalam perjalanan tu...akid bagitau beliau nak tengok kucing yang hari tu kat pantai murni... so, ok lah. gua setuju. sebab situ ada food court. jadi boleh lah gua menyekek sebab perut sudah lapar...

 

jadi, sementara nak sampai ke destinasi tu apa lagi... cam biasa gedik sana gedik sini.. bergambaq.

   

akid pon skang ni dah pandai. kalau cakap nak amik gambaq ja.. perrgghhh dah siap standby dengan senyuman! muahauhuaa.

 

so, bila sampai pantai murni... terus tercari cari kucing hari tuh....

 

yeahhh ada. sedang melepak. eksen plak beliau kali ini. ohh mentang mentang kedai dah bukak berrrrlagak lu yer. hari tu bulan puasa..sebulan kedai tutup..kfc sejuk pon lu bedal..

 

tapi kucing ni pon nyampah gua tengok. ngade giler ngan akid. rasa macam nak campak je dalam laut. akid pon apa nak dikata...dah memang keturunan mak bapak beliau soka ngan kucing..jadi secara semulajadi beliau pon sangat sangat soka kat kucing.

 

pastu, takkan tengok kucing saja. order order order. gua koey teow tomyam.. laki gua mee goreng. ayaq kelapa modaaa sorang sebijik. pergghhh..nikmat.

yang tak nikmat nyer bila makan kat tempat kucing banyak ni.. gua plak pilih port dekat dekat ngan pokok..ahhh elok lah.. tepi pantai plak tu..angin phhiiiuuu phiiiuuu phhhiiuuuu mengembus..
sekali hembusss...sekali bawak aroma taik kucing dari tanah tanah bawah pokok tuh.

 

sambil telan koey teow tomyam..sambil lah telan bau taik kucing. apa kan daya. perut lapaq. rela je lah.

 

tapi, yang lebih sengsara adalah..laki gua. malam tu beliau mengalami keracunan makanan. cirit birittt dan muntah muntah. lembik sepanjang hari sampai ke malam. kira sekujur tubuh tu baringggggggg je dari pagi sampai ke malam.

memang tak buat apa. baringgggg jer. aiihhhh.. tu kalau tak bangun jugakk lewat petang tu memang gua amik air semayang baca yassin lah!

 

nasib baik bangun! kalau dak...

sapa nak...
"pa... akid nak kencing"
"pa, akid nak berak.. basuh jap"
"pa...buat susu akid jap"
"pa... pegang ambereen jap"
"paaaaa cockroach!! cepat cepat cepattt"
"paaaa, satgi kalau nak naik...amik la raga tu sekali nahhh"
"pa.. nak makan kfc"
"pa...jom pizza...sian akid"
"pa..beli sat...roti canai"
"pa, satgi p bank sat jom.."
pa..pa..pa..pa..pa......

huhahuahuahuaa..

Photobucket

Tuesday, September 21, 2010

NEW HAIR

hehehe... mesti ramai yang tertanya tanya macam mana jujuelopez gunting rambut kan?
auuuwwwwwwwwwwwwwwwwwww... hahahahahahahahahaa...
boleh tahan ngan statement tu?  hahaha.. muntah darah okehhh.
jujuelopez kalau buat rambut macam harith iskandar pon takde saper yang kesah. 
(huh harith iskandar ada rambut kah???) 
lu ada kisah? 
gua tak kisah.. (cehh bohong..)

ehh ni gambar masa bulan puasa hari tu. cute je kan akid. teringat plak pada bulan ramadhan dan sebok membeli barang untuk raya. eii syok nyer. skang raya pon dah habis. kejap jer.
 

ni plak.. gambar anak dara gua yang tertidur sebelum keluar berhari raya rumah sanak saudara... pada hari raya ke-2.. 

  

dan ni plak, anak dara gua ketakutan dan terkejut mendengar bunyi vacuum yang sedang menyedut musical globe akid yang jatuh pecah berderai basah lantai lantai. mujur tokmi ada vacuum yang boleh sedut ayaq. maka, sedut ayaq & serpihan kaca sekali.. bahaya..kaca tu halus halus..

 

hemmm.. macam dah lari dari topik sebenar ya?

ya, mangkok... dah lari.
owwhh, sorry naik lorry. berbalik kepada cerita rambut gua tadi. 
bertenang... gua bukan cantas banyak mana pon. nehiii gua pon tak rela nak cantas banyak banyak sebab spesis rambut gua ni kalau gugur memang meriah. tapi nak tumbuh balik tuh.. perrrgghhh. kalau pokok, lu siram hari hari nampak gak la progress naik tu. rambut gua kalau lu siram 1 hari 1 telaga air pon belum tentu dapat membiak dengan cepat. lammmbatt.. rambut gua memang spesis lembab kalau nak panjang. jadi, sila jangan pening kepala potong pendek pendek sebab nanti merana bila nak tunggu panjang.

kalau gua ni rapunzel.. gamaknya, dah tua bangka kerepot baru rambut boleh cecah ke tanah kot? masa tu kalau jumpa putera idaman pon mampoihhh lah kena maki kalau panjat tower guna rambut gua yang dah sah sah kulit kepala tua ni sakit bila tuan putera tarik rambut putih gua itewwwww...

ok, merepek lagi.
auuwww. 
maluuu aiii sebenarnya nak tunjuk gambaq. maklum lah.. gua jarang (bukan tak penah okeh) posing gediks gediks depan cermin nih. tambah tambah kalau dalam toilet. tapi sejak sejak ada tepon yang boleh guna secondary camera ni...auuww kerap plak amik gambaq sendiwiii... 
auuuuuwwww makk maluuu..

tapi, demi nak tunjuk gak rambut gua ini.. dengan penuh rasa kemaluan keseganan, kesipu sipuan... maka nahh tengok lah...
-
-
-
-
-
 
 ehhh yang ni tak nampak belakang. lupa plak nak lepas rambut. tapi, gua ada cantas sedikit rambut depan.
so, kalau bertudung atau nak solat susah sket sebab nak kena tarik tarik rambut depan ke belakang kalau tidak terjuntai turun.

ahh ni lah panjang rambut gua.
sket jer. dulu..layer.. tajammm sampai ke bawah tali bra. kira hampir hampir sampai ke pinggang. atas dasar menyampah tengok rambut yang banyak sangat luruh.. gua cantas bagi sama panjang..
kiranya, bawah sket dari bahu.


dan gua rasa selesa. takde  terasa bebanan nak ikat rambut, rimas, lemas dan segalanya. sebab rambut panjang ni lebih terurus. 

hemm cantik kan.. toilet park avenue. gua soka. tu yang ujung skali tu memang port jamban gua tuh. 
ok, ni guna camera yang selalu orang pakai untuk 3G tu. quality nyer tak sama macam guna camera kot belakang tu. 
cuba lu tengok beza gambar bawah ni ngan gambar atas ni. beza kan.
tapi, sebab ada function leh amik gambar sendiri dan boleh tengok dengan mudah dan jelassss dah tu kena plak yang jakun macam gua ni.. perrghh kalau boleh korek hidung pon nak amik gambaq.
 
ok, itu saja cerita rambut gua. gambaq ni pon dah lama. minggu lepas ni. ke dua minggu lepas macam tu lah.
ohh bawah ni plak dah balik kerja dan berada di pangkuan anak anak. kan gua dah cakap, memang jakun sket skang ni guna camera phone ni. hahahaha...

owhh lihat lah wajah suci gua balik kerja... dah tak sempat nak mekap mekap lepas solat.. so, balik kerja sila balik rumah terus yer driver. kalau tak... tak diva la makkk!!
 

dan masih juga dalam topik rambut,petang semalam gua balik kerja gi amik ambereen... anak dara gua pon ada rambut baru. hahahaha pengasuh pengasuh kat nursery tu...ikat rambut ambereen ni ah. masa beliau dukung...dari jauh gua pikir macam anak gua..tapi lain macam je. (sebab masa tu tengok dari belakang). anak sapa beliau pegang. sekaliiii pusing. alamakkk anak gua ada toncet!
 

hahahahahhahahaa ok ok. cute sugak. 
tuhhh tengok beliau sedang ratah cover henpon mak beliau. sedap yer? ahhh geget lahhh gegettt...
 

dan masih juga topik rambut, semalam juga... gua telah mengabih kan cream bagi straight rambut kakak gua nyer...! gua belasah boh atas rambut akid. masa mula mula lepas cuci, hahahahahaha 
lawak giler. terpacak! 

tapi, pagi ni bangun dah tak berapa straight. alahhh dah bangsa mak bapak rambut kerinting.. (ehhh gua wavyyy okehhh wavy. cermat sket)... so, terima lah kenyataan...
 

ok lah. tu je.

oihhhhhh takdak sapa nak jemput gua p open house ka nih????

p/s: tadi gua makan ikan siakap masak 3 rasa besaqq giler 1 pinggan penuh... sorang bersama tomyam campoq dan sayoq campoq goreng! sekarang perut gua sakit. sapa mau tolong...

Photobucket

Sunday, September 19, 2010

CHANEL YANG CEKIK DARAH..

sesiapa yang mengikuti perrrrrrrrrkembangan gua..(ewahhh...) mesti tau yang sejak sekian lama gua kepingin nak pakai handbag chanel yg satu nih. yang besaq punyer ah..kecik kecik mana mauuu muat lipstick sebatang. gua nak yang kalau boleh nak sumbat pampers anak..kasut anak...dan juga biskut biskut dan air kotak dalam bag.

tapi, nak suruh gua beli... ermmm... kalau kumpul duit sebulan RM10..agak agak tahun bila boleh beli?

takpelah, sebab tak mampu nak sandang, maka kita jamu mata tengok meka meka yang mampu dan sangat molekkkkkkk bag tu terletak di bahu meka!

lily allen.
arrk? biwu? walaupon biruuu ni gua nyer favourite colour..tapi kalau untuk handbag ini gua sangat sangat soka warna merah.. macam tak mari jer tengok beliau pakai biru. tapi mariii semua tepuk tangan sama beliauuu sebab beliau mampu beli...


kate walsh. cun sugak yer putih.. tapi gua tak berapa sesuai ngan putih. gua nyer leather case henpon e72 yang serba putihhhh tu pon dah jadi kelabu asap.. ini kan plak handbag mahai mahai ni.. tak relaaa mak! by the way...ambereen suka sungguh geget cover kulit putih henpon gua tuh! gua bagi menda lain pun tak nak! tetttap nak geget... menda mahai yang original. sabaq sabaq sabaq..

christina ricci.
aahh yes. this is the one. lu tengok, besaq kan. ahh ini macam baru sesuai ngan jujuelopez yang apa saja sampah sarap akan di'tohokk' dalam handbag.

jeng jeng jenggg...
sarah jessica parker.
peeewwwwittt..sila gambarkan situasi di bawah ini adalah jujuelopez yang sedang dukung ambereen.. dalam stroller tu kira ada akid... tapi makcik sebelah tu..ganti ngan laki gua boleh? muka dah ada iras iras dah tuh.
perrrghhh sangat stylo okehhh bag ini kalau berwarna merah. apa classs pakai hitam.. tak marriii.. tak cun tak kenan.. lagipun berlungguk lungguk handbag hitam nih. sekali sekala..kena merah ang ang ang...  tapi jalan kena kepit kat ketiak kuat kuat sebab terlampau merah..maka peragut dari jauh pon sudah nampak. haiiyo.

katy perry.
ini yang bukan jumbo nyer nih. tapi sama lah bentuk nyer. hitam lagi. susah betul nak tengok orang pakai merah. hemm jujuelopez jer pakai merah. auuuwwww...
nak beli spender levis pon kena kuarkan duit syiling kira atas kaunter...nak beli handbag chanel yer?

kim kardashian.
alamak ehh... lawaaaaa, orang! pakai lah handbag apa pon..memang orang tak pandang dah handbag apa sebab beliau sangat cantik.. baik tengok beliauuu...dari sebok nak tengok beliau galas handbag apa.
cantik rambut beliau. terasa menyesal gua gunting rambut.
ewahh kalau tak gunting pon...lu rasa sama taraf ke rambut lu ngan rambut beliau wahai jujuelopez? haha.

mischa barton.
kan cun kalau beliau bawak yang kaler merah baru lah sama cantik sama padan ngan orang nyer.
jap nak bayang kalo ini jujuelopez. perggghhh coat macam tu dah ada.. kasut converse macam tu pon ada.. sunglass.. ada ada.. ayaq kopi.. no hal boleh beli. anjing je takdak. tukaq ngan kambing boleh? 

and yes...
yang paling meletopssss...tip topppssss.. kebabommmmssss dan punca kepada masalah utama gua menjadi jadi kritikal nak pakai handbag ini adalah apabila terpandang victoria beckham pakai.
sangat stylo..mylooo okehh..
tapi tetttap lah mata gua nampak merah lagi cungggg wehh..

so, amacam? gadai bulu untuk dapatkan handbag ini boleh kah?

takpe..

jap gi nak buat solat hajat...supaya terbuka hati ayahanda dan bonda yang nak ke KL kejap lagi..mudah mudahannn terlintas di hati meka nak singgah boutique chanel di KL dan terdetik nak belikan anakanda ini handbag yang dihajati...
dan sekirannya gagal... takpe...sekali lagi solat hajat anakanda buat sebelum ayahanda bonda berangkat ke australia minggu depan...kot kot terrrrbeli sebijik kat sana.
auuuwwww...

caitt... macam ni punya anak pon ada..

ehh adaaaaaa...

Photobucket

Tuesday, September 14, 2010

HARI RAYA 1, 2 DAN 3...

takdak apa sangat yang nak diceritakan pada hari raya aidilfitri 2010 nih...

hemm cerita takde..gegambars pon takde yang menarik.. mungkin disebabkan oleh anak kecil yang melekat kat gua seperti gam gajah..maka takde masa nak amik camera.. sebab tangan sentiasa dukung beliau ke hulu dan ke hilir. kalau boleh berak pon letak beliau depan pintu supaya dapat beliau tengok muka mak beliau ini...

nak pegang camera pon tak sempat..apa ntah lagi nak berak. baru nak terannn...anak dah menjerit jerittt mencari mak beliau. ehh tapi kalau gua tengah makan...gua tak pedulik.. ahhh nangihhh laaa nak nangih sangat kan.. ahhh nangih! mak lu nak menyekek nih!

so..serba sedikit pasal raya...

MALAM RAYA... 


dari rumah sungai dua, sebelum bertolak balik ke aloq staq rumah laki gua. perjalanan ok..smooth. takde jammed. sampai tol...terussssssssssss bayar. kira...perjalanan tu sangat smooth sampai gua & anak anak tertido dalam kereta.

RAYA - 1


dari pagi..sampai ke tengahari lepak di rumah saja dengan seluar jeans & t-shirt... takde apa sangat melainkan makannn makannn makan...


lepas zohor..baru mandi lain siap siap nak pergi rumah saper ntah untuk MAKAN lagi..


macam tak raya jer.. tak meriah..takde suasana raya. biasa jer. mungkin tu maknanya...gua dah tua.. terasa sangat bosan sebab takde siapa pun yang hulur duit raya walaupun dah buat muka habis kesian.


akid? apa beliau tau.. raya ke..tak raya ke..sama jer. bukan nyer beliau puasa pon...


ok, ni je gambar keluarga di hari raya pertama. tu pon kat rumah orang! hahahhaa...


pukul 4pm bertolak dari aloq staq balik penang.. singgah umah pakcik gua kat teluk ayer tawar.. umah tok non... yeaaahhh....

dan... makan lagi dan lagi dan lagi... koey teow sup & nasi tomato yang sangat yummy...
burrrppp.. alhamdulillah..

RAYA - 2

bangun tidur disambut oleh senyuman anak dara tersayang..

gud morning sunshine...

takde menda juga.. seperti biasa, dok rumah..makan tidur makan tidur sammmpai lah lepas asar siap siap nak gi umah makcik terchenta di taman selamat, bukit mertajam pulak...


sementara mood anak dara masih ok.. mari kita bergambar...


tapi mood anak teruna plak terganggu...


so, tetap gagal nak amik gambar family di hari raya ke-2 sebab baju dah cun.. gua & amber kain 1 jenis... laki gua & akid..baju 1 colour.. pon dah cun. tapi anak teruna tersayang punya pasai yang mood begitu kacau... ermm lupakan saja lah..


waaallaaweiii ambereen...kasuttt silauuu mata mak lu ni ahh...

RAYA - 3

OPEN HOUSE.


dari pagi busy buat preparation...

bila petang nak siap lawa lawa sket...tergendala plak sebab pakcik pakcik security kat opis...sampai awai sangat.  open house start pukul 5pm...belum pon pukul 4pm dah sampai.. haiiyooo... tak sempat nak blow bloww rambutt.. mekap tebai tebai... haiiishhh...


ni je gambar family yang ada...di hari raya ke-3.. tu pon rambut macam orang gila sebab baru lepas shampoo..dan tak sikat...dan tak buat apa apa nak bagi nampak diva. belasah je lah...


akid & kawan..


ambereen yang suka kerenyehh kerenyehhhhh..... tapi berapa orang yang tengok ambereen akan cakap 'laaa macam muka kak jeeja'
'ehh macam muka jeeja'
'macam muka kak ija kan?'
siapa tuh?? aiiisehhhh...kakak gua yang berada di menara polo sekarang ini....

sama kah??  hemm mungkin masa pregnant asyik mengumpat dan bergosip dengan mokja beliau maka daania ambereen telah 'terkenan' dengan mokja.

ohhhh sadisss nya...

apa yang telah terjadi pada wallpaper gambar angelina jolie yang menghiasi komputer dan laptop gua sepanjang pregnant? takkan tak terkenan langsung???????????????

kih kih kih... 


tu je lah cerita raya gua ini tahun..

rabu malam ni...nak gi umah sepupu kat kulim...ada makan makan lagi.. yeaahhh...soka soka soka.
kepada meka meka yang buat open house tuh...jangan la segan segan..jemput lah jujuelopez. auuw..


ok lah,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...

p/s: esok nak kena gi imegresen aloq staq plak dahhhhh... nak hantaq 2 ekor pak indon balik  bulan depan nih.. huhhh..

p/s lagi: today gua cuti... tadiiiii gua telah mencantas rambut gua yang panjang seperti cik ponti itewwww.. yiiiihhhaaaa... padan muka...

Photobucket