Tuesday, August 31, 2010

KUIH LOPES MERDEKA

whattt you think jujuelopez can't cook mehh??
nakk tengok nih.
KUIH LOPEZ MERDEKA JUJUE LOPEZ
nama diberi.
hishh gua ni dah la busy kat tempat kerja. balik kerja...sebokkk nak ambil budak budak kat nursery. tapi hari isnin tu..kelam kabut balik..sampai pun dah lewat... tapi campak semua bag bag..anak anak..(ehh anak tak campak..bag jer) terus ke dapor nokkk..nak buat kuih lopes merdeka. maklumlahhh malam merdeka katanya kan..

berpeluh peluhhh ketiak mak ni ahh...masa dah la suntukk...lagi berapa minit nak berbuka puasa ni. nasibbb lahh jujuelopez ada skill yang sangat marvellous so dapat lah siapkan on time. elok elok waktu azan..dah boleh ngap. hebat? sedapp...?

ofcoz..!!
-
-
-
-
-
-
-
taadaaaa...
-
-
-
-
lihat ni..
KUIH LOPEZ MERDEKA JUJUELOPEZ
ahh ni lah orang nak kencing tak kena gaya. kot yer ponn... takkan buat sendiri gula tu bungkuihhh dalam plastikkk nokkkk.. agak agak la samaaa kalau nak menipu rakyat rakyat yang sedang menyambut merdeka ni ahh...
maaf zahir batin yer..
memang gua tak kuasa lahhh nak buat buat kuih ni bagai. suruh gua goreng teloq pon gua liat... ni nak buat kuih lopes?? nahhhhh..

tapi, gua nak bagitau..gua tetiba jer suka kuih lopes ni sejak beberapa bulan yang lalu. dulu tak berapa sangat.  adakah kerana pengaruh namanya? 'lopes' ermm tak jugak..
atauuu mungkin kah kerana kalau ada 'lopesssss..zz' jer kompommm
delicioussss...
auuuwww...

so, now lebih kurang..berapa ah 9..8 hari lagi nak raya kan?
hemm tapi bagi gua...takde maknanya lagi berapa hari pun sebab gua tak puasa. campur hari merdeka ni dah 8 hari gua tak puasa. tak tahu lah bila gua boleh puasa nih..
yang pastinya..esok gua tak puasa lagi.
dan betapa seksa nya menjadi orang yang tak berpuasa di bulan puasa sebab..nak makan pun susah.. nak cover line..nak cover malu.
dah tu..nak makan apa pun taktau. kalau setakat nak menyekek 1 biji bun day time..perrrgghh baik gua puasa jer.
dan juga...lapar orang yang tak berpuasa di bulan ramadhan ni...lagi terukk dari orang yang berpuasa.
so..sangat sangat tention kalau tak boleh berpuasa.

harap harap...dapat lah juga berpuasa...sebelum raya ni. dapat 1 2 hari pon kira alright dah tuh..

ok..
SELAMAT HARI MERDEKA
Photobucket

Monday, August 30, 2010

HONDA CIVIC NYARIS DICURI

tak tidoq lah gua malam nih.... mata cerah lagi nih. skang dah 1.04am. jap gi nak gi kerja ni.. hemm.. macam mana nak tidur bila mengenangkan kereta gua nyaris nyaris kena kebbas tadi nih.

gini, biar gua story from the beginning. (alang-alang gua takleh tidur ni kan..)

lepas buka puasa, kitaoreng 4 beranak pun keluar lahhh nak belikan budak 2 orang ni baju raya. actually baju dah siap semua but since tok nek beliau kasi duit suruh belikan baju..maka kitaoreng pun keluar lah mencari baju. yer lahh bila lagi.. duit beliau bagi dah lama. kalau tak beli jugak..silap silap haribulan duit untuk baju raya budak budak ni jadi duit baju raya bapak budak budak ni pulak. so..jangan lengah lengah malam ni jugak kena beli. minggu depan bz..dah dekat sangat nak raya.

awal keluar. 8pm. gi pacific dulu. tengok levi's kids.. takde choice. walaupun ada 50% diskaun..tapi semua stok hidup segan mati takmo! levis kids kat pacific dah nak tutup..so..jual lah apa yang leh jual. so..cari poney je lah. lahhh rupanya dah bertahun dahhh poney kat pacific tutup. lerrrr.. ok.. takpe, now mohhh kita ke sunway carnival..

jeng jeng jeng..
sampai sunway carnival around 9.40pm macam tu. hujan rintik2. kitaoreng parking kat hujung sekali..mengadap affin bank bandar sunway. ini bukan parking tepi jalan punya ni. parking dalam sunway carnival nyer outdoor parking. amik ticket segala..
kitaoreng masuk parkson pun kejap je..rembat 2 helai baju untuk amber & akid..dah ok settle. jom balik.

sebelum nak keluar tu.. gua terrrrrrsangkut la plakk kat kaunter chanel. gitu gini gitu gini..dah berapa lama kat situ. tapi still consider kejap jer.. yer lahhh gua sampai pon...parkson dah nak dekat tutup kan..so, takleh la lama2... so lepas tu balik.

laki gua gi amik kete dulu... gua, amber & akid tunggu kat main entrance sebab hujan sketttt. dari tangga dimana gua & budak2 ni lepak memang leh nampak la kereta tu parking. mula mula gua nampak la..laki gua gi kat kete & start enjin semua.. pastu gua sebok main ngan amber & akid. pastu tetiba terasa laaama la plak jantan ni gi amik keta. gua toleh kiri, nampak laki gua berdiri kat luar kereta ngan 3 orang polis, kereta dah keluar separuh.. dan sambil2 tu laki gua pegang pintu kereta tu. gua pon heran lah. apsal? ada orang langgar ker? ada orang toreh kereta ke?

bila kereta sampaiii depan muka.. gua pun tanya..apsal? laki gua cakap 'kereta nak kena curi' huhhhhhhhhh???? masa tu baru gua terpandang tempat kunci kat pintu depan tu yang memang ada kesan orang korek. cilaakee...

cerita nyer gini..(ahh baru sampai isi penting. tadi tu mukadimah je okehhh)
kebetulan masa parking tu...laki gua park betul betul kat tempat security tu lepak. dah kebetulan kat situ..masa beliau keluar dari kereta...beliau pon tabik hormat lahh angkat tangan kat security tu. so, security tu kenal lah saper tuan punya kereta. so, bila ada orang lain pergi kat kereta tu security tu tahu la bukan tuan punya kereta. menurut guard tu..orang tu datang dengan 2 biji motor besar. meka leh sedar tu.sebab alarm bunyi. bila meka pergi tengok...orang tu dah lari. security kejar tapi tak sempat ahh...sebab 1 motor dah standby depan jalan. bila kena kejar...celaka tu lari lompat divider panjat motor jer lah. 1 lagi motor..tunggu depan pintu sunway carnival. agaknya meka dah tahu siapa owner kereta. so, standby...kalau2 tuan kereta keluar sebelum kerja merompak belum siap boleh lari! agak nyer lahh...

kereta tu..meka dah dapat bukak pintu..bonet terbuka. wire bawah stereng tu dah tarik baikkkk punyer. tinggal nak hidupkan enjin je. kalau guard tu lewat 1 2 minit..memang dah selamat kereta tu kena kebas. tapi tak tahu lah macam mana meka matikan bunyi alarm tu. sebab rasanya bonet terbuka tu bukan sebab meka nak bukak tapi sebab meka tarik2 wire bawah tu so tertarik bonet sekali. gua agak lah..

yang laki gua pulak, masa gi kat kereta tu..tekan alarm..bunyi 2 kali. maknanya, baru nak lock lah. beliau pon macam heran tadi dah lock...apsal ni tak lock plak.. tapi tak pikir apa2 lagi. dah start enjin..dah reverse suku..security guard sembang ngan beliau..baru beliau bukak tingkap. guard tu cakap la..kereta nak kena curi tadi. laki gua ingatkan kereta sebelah tu. honda civic gak. tapi baru punya. kereta tu pintu terbukak..lampu pun menyala. so, laki gua pon sembang je lah.. sekali guard tu cakap bukan kereta sebelah..kereta kitaoreng ah. maka terkejut berukkk lah laki gua kelam kabut keluar dari kereta. pastu sorang lagi guard datang..bagi tau.. 'ahhh  ni bonet pon tak tutup lagi ni' bedebamm beliau tutupkan. masa tu baru laki gua perasann yang kunci kat pintu dah rosak ...

kitaoreng suspek..meka ikut dari kitaoreng keluar pacific lagi. sebab cepat sangat! sebelum ni, laki gua selaluuuu sangat sangat cerita yang kereta honda civic model e.k and e.g tapi model lama ahh memang kerap kena curi. selalu gua cuma 'ooohh' 'ahh ye ke' 'ahhh siann' je lah kalau laki gua cerita. sekaliiii kereta gua sendiri nyaris kena kebassss..! cilakeee bulan bulan ramadhan ni pon nak mencuri. tu musti tak baca tazkirah dalam blog jujuelopez.

dah tu..bila sampai rumah..tengah tengah sembang kat luar..sekaaalii ada plakk motor besar lalu depan rumahhh. terus kecut perut. yer lahh tadi guard tu cakap yang nak curi tu bawak 2 motor besar kan..gilaaa lu takkan cari sampai kat umah kot.

haii dugaan betul lah.. nasib tak dapat curi..kalau tidak..balik jalan kaki lahh tadi. dah la dalam kereta ada car seat ambereen... bonet ada stroller mac larren.. ngan ada la..menda2 lain yang penting tapi takde lah berharga cuma kalau hilang lecei la nak kena buat lain..haiiyoo.. alhamdulillah tak sempat nak bawak lari kete..

apa pon..lepas ni kena lah sentiasa berhati  hati..

tapi...ni tempat kunci dah rosak ni sapa nak ganti?? cilaaakkeee punyer perampok!

Saturday, August 28, 2010

SIFAT SIFAT KEJI

31 August.. HARI KEMERDEKAAN kita kan?

ahhh meh sini jujuelopez nak bersyarah. kebetulan hari merdeka jatuh pada bulan Ramadhan yang tersangat sangat mulia nih, meh kita sama sama fikir... merdeka kah kita ini?

lu fikir merdeka tu apa? menjerit perkataan 'merdekaaa merdekaaa merdekaa' lepas tengok konsert..atau countdown pada tepat jam 12malam? ahhh kalau lu tanya budak darjah 3 pon beliau akan jawab tu merdeka tu adalah lepas dari jajahan. gitew gitew lahh jawapan standard.. 

actually, banyak lah tafsiran merdeka ni. terpulang pada individu tu sendiri. tapi kan, gua rasa..dah cukup merdeka ka diri lu kalau lu ada sifat sifat keji seperti ini. dan sempena bulan ramadhan ni..apa kata kita sama sama berharap dan berdoa supaya sifat-sifat ni dapat dihilangkan dari diri masing masing.
insya'Allah..

walllaaweiiiii dah macam rancangan agama & motivasi di tv9 plak weh. hahaha..

No. 1. 
Kuat menipu. 
habis segala menda nak menipu. takde menda yang tak tipu. bila dah terlalu kerap menipu, apa yang beliau cakap mesti ada menda yang tak betul. tapi yang memalukan.. bila menipu tapi tak lepas. maknanya, lu rasa lu dah cukup pandai menipu..kira confirm orang tak dapat hidu taik lu ah. dah nama nyer taik..macam mana lu sorok pon tetap lah berbau busuk kan. padahal lu taktahu yang orang tahu lu sedang menipu tetapi orang tu hanya senyummmm dan redha dengar cerita tipu lu tuh.  see... how stupid you are? don't lie. don't make it a habbit. at the end of the day... people will know and they will laugh out loud..

No. 2. 
Fitnah
tak habis habis nak fitnah. fittnahhtoonn... (memang syaiitonnn lah nih) kalau lu nak fitnah orang tu..baik lu gi bunuh je beliau. sama gak dosa yang lu bawak tuh. 

No. 3. 
Perasan. 
perasan ni banyak kategori... perasan lawa.. perasan bagus.. perasan beliau lah yang paling terrer.. perasan kononnya seluruh makhluk alam dengki ngan beliau.. perasan gilerrrrrrrrrrr.. perasan orang syok kat beliau.. dan sebagainya hahaha. macam gua, gua tak perasan pon! gua cuma bagitau yang gua lawa sket jer dari angelina jolie. but ofcoz la..gua ni anjelina jolie stok muka berlobang.. perasan ke tuh? takkkkkk... itu kenyataan dikkk...

No. 4. 
Berhutang. 
kiri kanan atas bawah hutang. (hepp gua pon ada gak hutang. tapi tak pernah tak bayar. hutang duit dibayar duit. hutang biskut dibayar biskut). hutang tu takpo..fahamm..kan ke manusia ni kengkadang ada masalah kewangan. gua pon kadang sesssakk dee. tapi ini kes, berhutang tapi tak bayaq! haiiiyoo busuuukkk punya olang! hutang dengan kawan..hutang bos..hutang ngan adik beradik..hutang ngan mak bapak.. berattt berattt berattt... tak berkat dik nonnn.. kalau dah ada duit sket sket tuh.. sila lah bayar setakat mana termampu. sikit sikit lama lama hutang pon sudah celecaii! tak gitew nokk..

No. 5. 
Hipokrit. 
haiiseh. lu depannnn kasitau sama worang, lu kawan sehidop semati juga! beelaaakanggg.. takdak woranggg, lu mau kasi mati itu kawan! caiitt! tarak baik punya manusia! busuk busuk busukkk! sama lah juga kes... bila setahun sekali jumpa..nampak gaya macam ustajahhh. rupanya, bila lain kali jumpa...angelina jolie pon rasa malu. iskk iskkk...apa kes nok. tengok cam mak ni ah. kalau rambut oren.. semuaaa tengok rambut oren mak ni ah. kalau rambut hitam..semuaaa tengok hitam. takde lah..orang ni nampak hitam..orang tu nampak oren.

No. 6. 
Dengki.
laaa is la bonitaaaaaa... tak baik kiah, nak dengki dengki sesama manusia. apa kebende yang lu nak dengki ni kiah? lu punya rezeki..lu makan. beliau punya rezeki..beliau makan. tak boleh ke sama sama makan. ahh dah macam pak bai dalam cerita p ramlee plak dialog gua. sila lah ambil perhatian wahai umat umat Nabi Muhammad s.a.w sekelian. sesungguhnya dan sejujur jujurnya nak bagitau, insan bernama jujuelopez ini takde lahhh nak rasa dengki kat sesama manusia. apa gua dapat kalau nak dengki pon? nehi...tak dapat apa. ehh, ada pendapat mengatakan..orang yang sering merasakan diri mereka didengki ialah manusia yang menyimpan perasaan dengki terhadap orang lain. Nauzubillah... so, sila lah jangan dengki dengki sesama manusia atau merasa ada orang dengki kat lu okeh. tak baikkkk.. tohan marah. so, kalau ada perasaan perasaan macam tu..cepat cepat lah beristifar..supaya tak terus hanyut ngan hasutan syaiiitoonnn yang memang nak tengok lu ada perasaan macam tuh. kalau tak sedar jugak meh sini biar gua lempang sket kasi sedar.

No. 7.
Bergaduh
bergaduh atau cari pasal. lu apa kes. lu gangster ke? tak habis habis nak gado. dah orang tak gado..lu plak nak cari gado. lu tak letih ke nokk.. hidup sentiasa nak bergaduh dan bermusuh. kalau gua..tak senang hidup..bila tahu ada orang sedang marah kat diri gua yang berhati mulia dan suci murni ni. maka, cepat cepat pergi selesaikan. tak siokk maaa gaduh gaduh.. tambah tambah kalau 1 opis. pergghh macam neraka okehh nak tengok muka musuh. so, jangan ada musuh supaya lu boleh kerja 8jam kat office dengan hati senang.

No. 8. 
Boros. 
japp.. nak kena amik cermin jap ushar diri sebelum nak komen part nih. hahahaha kang terkena atas batang idong sendiri plak. hahaha. takpe, gua komen gak..supaya dapat menginsafi diri sendiwii juga. sila lah berbelanja mengikut kemampuan. tohan tak soka...manusia yang berbelanja berlebih lebihan (macam gua) astarfirrlahalazim... bila la nak berubah wahai jujuelopez. lu ada sepuluh ringgit...lu belanja gaya sepuluh ringgit. lu ada dua ploh hinggit..belanja lah cara dua ploh hinggit. jangan plak.. lu ada tiga ringgit lu belanja gaya tiga ratus. mampoooiiihhhh!!
tapi, ada plak spesis yang bagi tahu orang, duit takde duit takde duit takde.. tapi banglo boleh beli 5 bijik nokkk.. apa kes? ohhh sifat macam ni..ada 2 kemungkinan samada baik atau buruk. kalau baiknye, beliau taknak meninggikan diri..riak dan takbur. so, rendah diri bagitau takde duit. sebenarnya duit banyak boleh beli banglo 5 bijik tuh selain daripada tu beliau bersedekah dan banyak habiskan pada benda kebaikan. yang buruknye pula, beliau bagitau takde duit takde duit sebab takut orang mintak bayar hutang. padahal duit beli banglo 5 bijik tu..kalau bayar hutang pon still ada balance untuk beli banglo 3 bijik.
hahahahaha... lu paham dak nih?

No. 9. 
Mulut puaka.
katanya orang melayu ni berbudi bahasa. sopan santun dalam berbahasa. tapi sekali cakap mak ehhh..bahasa memang neraka jahanam! nak kata lu orang putih..ermm rambut jer lah kot dah celup macam orang putih..tapi, pungkok rasanya tetap hitam. tapi, rasanya orang putih pon cakap lagi berlapik dan sopan santun. sebelum nak berkata kata tu..fikir lah dulu. manusia yang cakap ikut suka sedap mulut, hati dan perasaan ni selalunya jarang menggunakan otak dan akal. seriously, orang jenis ni selalu jarang guna otak.dalam erti kata lain..otak tak berapa nak berfungsi dengan baik. tapi banyak guna hati. lu rasa hati lu betul...sedapp mulutttt jer nak kata orang tu macam macam. mana lu tau beliau hati busuk? ntah ntah beliau melawak ke..takde niat ke.. lu sendiri yang perasan nak mampos rasa lu diva..bila orang melawak lebih sket, lu berani mati tuduh orang tu hati busuk. cuba lah bercakap guna akal fikiran yang waras. cuba lah bercakap macam orang cerdik sikit. sebab tu ada pepatah mengatakan 'kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.' tak pasal pasal kerana kata kata puaka lu tuh orang tersinggung tadi tuh kecik hati terus jadi menyampah meluat tahap hina dina kat lu dan terus cop lu sebagai manusia tak boleh buat kawan..! nahhh.. kan dah hilang satu sahabat di dunia yang fana ini. so, nasihat gua.. biar mulut busuk..jangan mulut puaka. 

ahh sudah lah kiah. banyak lah kalau gua nak senaraikan. yang lain lain tu lu pikir lah sendiri. kesimpulannya, cuba lah elak elakkan dari ada sifat sifat keji ini.. tambah tambah di bulan yang mulia ini...mana yang boleh buang dari dari kita yang hina ni..sila lah buang jauh jauh. kalau kita tak berubah sekarang...sampai bila bila pun kita tak akan berubah...

Selamat hari MERDEKA dan semoga terus tabah menjalani ibadah PUASA..
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN..
ehh raya tak boleh wish lagi.. tunggu hari raya lah wei..

ok?
baik lah anak anak..ustazah jujuelopez nak rehatkan minda kejap.. adiooosss bebehh!

Photobucket

Thursday, August 26, 2010

HOW COULD I FORGET...

sajer jer gua nak share ngan lu semua. sampai sekarang ni, ada 2 menda yang gua tak boleh nak lupa atau tak akan lupa atau dah cuba cuba buat lupa tapi tetappp timbul dalam kepala atau mungkin taknak lupa sampai bila bila...

bila gua dok saja saja kan... tiba tiba je kisah kisah tu akan datang dan secara otomaatiikkkkk terasa sedihhh sangat sangat dan kadang kadang rasa macam nak nangehhh.. uuuwwwaaaaa...

kisah apa nyer yang sedih sangat...? 

kisah 1
sampai ke saat ini..masih terbayang bayang saat kaki akid tersepit kat celah escalator. it happened on 2nd January 2010. kira sambut tahun baru ngan tragedy tuh. sampai sekarang akid fobia naik escalator. sampai sekarang every time nak naik escalor beliau takut & minta papa beliau dukung.

   
sampai sekarang gua boleh rasa macam mana tiba-tiba escalator tu stop and terus terpandang laki gua yang tengah peluk akid and bila gua menapak turun beberapa steps escalator tu betapa hancur lebur hati gua tengok keadaan akid yang tengah menangis menjerit sambil sebelah kaki tersepit celah escalator.

betapa gua tak boleh lupa..saat tengah bawak beliau pergi hospital..bla..bla..bla.. malas plak rasanya nak bukak balik cerita nih.. tapi dah takleh lupa..
 
dan juga betapa sayu..jer hati bila hari nak basuh jeans akid pakai masa kena tu...memang bau hancing. patut lah beliau cerita.. 'akid kencinggg masa kaki akid tersepit' gua tak amik pedulik sangat masa beliau cerita tuh. tapi, masa nak basuh jeans tu..ha'a..memang betul lah. beliau sampai terkencing kencing tahan sakit masa tersepit tuh. ni semua gara-gara KASUT CROCS bodoh tuh!

sian anak mama. but Alhamdulillah...semuanya selamat. gua bersyukur sangat pada Allah Ta Ala kerana memakbulkan doa gua dan keluarga yang meminta supaya akid cepat sembuh dan takde apa apa yang serious. 

 
takpe, tunggu mama & papa jadi kaya raya..kita saman crocs and pacific okeh. hahaha. skang nak samaan, saper nak bayar? pinjam duit raya akid...3 tahun sudah punya mungkin lepas kot??? boleh?? huhhh baik mak lu pinjam duit tu buat beli handbag LV limited edition original! heeepppp original okehh. sekilas hangbag di bahu dapat ku kenal ori atau tiruan. muhauhauahuha.. jangan cobak cobak nak kencing gua okeh.

  
baikkkk.. sekarang sambung ke kisah seterusnya pula.   

kisah 2
al kisahnya sampai ke hari ini gua masih terasa hancur dan sebak nyer tengok keadaan ambereen lepas operation. bayangkan, petang 7 march 2010 gua bersalin kan ambereen..dan gua tengok beliau masa bersalin tu jer. lepas tu doctor amik masuk nicu. betapa gila nya gua sorang sorang dalam ward tanpa ambereen.. sekali tengah malam..laki gua call nangis nangis bagitau baby ada problem and kena operation esok..

 
and the next day, dah petangggg baru gua dapat masuk nicu tengok ambereen. masa tu beliau dah settle ngan operation... diammm..tiduurrr je beliau. macam macam wire..tiup penuh kat badan dan mulut. betapa hancur leburrr hati gua masa first time tengok tuh ngan rambut pon berbalut sebab baru lepas operation kan.. gua sampai sampai kat nicu tu.. takde kata kata lain dah yang keluar melainkan air mata jer mencurah curah berderai derai turun sekali ngan air hingus. perrgghh tohan je tahu perasaan gua macam tuh.

sampai sekarang, kalau gua ingat detik detik tuh..memang meleleh air mata gua nih.. apa pon gua tetap bersyukur dengan improvement beliau dari sehari ke sehari lepas operation tu sampai lahh hari ke-10 bila beliau dah boleh keluar. seronok nya tuhan je lah yang tahu...
dan mungkin atas sebab tu jugak, akid sayang sangat kat adik beliau. yer lah.. dari pagi gua masuk hospital nak bersalin..beliau asyik tanya kan adik beliau je. dari petang sampai ke malam beliau tunggu kat luar ward tu..semua nurse..yang lalu lalang..beliau tanya 'mana adik akid' beliau gi kat kaunter tu pon tanya 'nurse mana adik akid' sediiihhh giler gua dengar mak bapak gua cerita ni. bila pukul 10pm++ masa nurse tolak gua keluar dari labour room..sedihhh jer beliau sebab gua keluar sorang. dah la tak dapat nak tidur ngan mak beliau malam tuh...muka adik beliau pon tak dapat tengok.

selama 10 hari beliau tunggu nak jumpa adik. kadang2 sampai ngamuk kat spital..sebab tiap2 petang pergi tengok ambereen kat nicu. tapi mak bapak ambereen jer leh masuk. sian akid..

so, bila boleh keluar hari ke-10 tu..akid memang ciummmm adik beliauu dan beliau memang saaayangggg sangat sangat sangat dan sampai lah ke hari ini..memang nammmpak sangat sangat akid memang sayang sangat sangat kat ambereen.

ehh amber pon kan.. pantang nampak abang akid..sengehhh.. abang wat lawak apa pon soka! abang terlompat lompat hegeh pon beliau leh layan soka gelak sengeh sengeh. kalo gua lu buat hegeh macam tu merasalah telinga kena jentik. tapi sebab adik soka... gua pon ok jer lah..
apa pun, gua bersyukur sebab Allah telah mempermudahkan segalanya untuk gua & family walaupun pada awalnya dugaan yang DIA bagi tu terasa sangat sangat berat. Manusia ni..kadang kadang kena bagi ujian jugak kalau tidak... dia jadi lupa. bila sekali sekala kena tamparan hebat.. baru lah berpijak di bumi yang nyata..

wahhhh giteewww tazkirahhh jujuelopez di bulan ramadhan al mubarak nih..

ok lah.. adios bebeh.

amboihhhh comei hehhh anak dara nih dokkkk... tuhhh paha tuhh... ngapppp skali!
 
ahh tutup sket dikk... 
ganas ganas jugakk tapi sila jaga tatasusila dan adab adab sopan yer.. baruuuu lah anak jujuelopezzzzzzzz... auuuuwwww..
 

sekian, terima kasih.
haii beraya berdua jer lah kot tahun ni yer.. sepupu sepapat tak balik...

Photobucket 

Tuesday, August 24, 2010

RAMADHAN BUFFET


sebelum apa apa bagi la laluan kat gua nak promote ramadhan buffet kat tempat gua mencari rejekiii nihhh..

ahhh ngan suasana nyer.. ngan makanan nyer.. ngan ada plak orang main ghazal.. peeewwwiittt.. baru lah marriiiii dan siokk kalau nak berbuka puasa pun.  

so, apa tunggu lagi.. cepat lah buat tempahan. hanya RM39.90 untuk dewasa dan RM24.00 untuk kanak-kanak. kalau lu datang ngan 10 orang... lu dapat 10% diskaun. Kalau lu tido kat park avenue atau pon northern lodge pon dapat gak 10%...
nak lagi best... lu amik bilik yang herger RM188.00 ahh package! dapat bilik skali sahur skali ngan berbuka puasa... berbaloi baloiiiii kan? kan ? kan?


ok, sekarang masa untuk membebel. gua nih baruuuuuuuuuuuuuuuuuuuu je semalam dengan penuh rasa riak dan takbur telah bersembang ngan 2 3 orang atau mungkin lebih bahawasanya yang tahun ni gua takyah risau.. gerentiii gua puasa penuh. sebab... gua gerenti takde period nyer tahun nih. sebab al maklum lahhh gua kan breast feeding. so, belum ada period lagi.

tahun lepas, gua memang tak period... sebab pregnant. tapi tertinggal juga 3 hari sebab tak larat. so, ini tahun gagah perkasa..bertenaga. takde alasan untuk tinggal. memang semangat ni nak puasa penuh.. dengan harapan tak payah pikir nak ganti dah untuk tahun ni punya puasa.  

sekaliii.. malam tadi.. opppss. sebelum apa apa... hehehee.. ni cerita cerita kaum wanita yer. abang abang..pakcik pakcik adik adik jantan yang mana mana ada terbaca tu... ehemmmm buat buat paham jer lah yer... ini kan blog DIVA..bukan DUDA so, biasa lah...kisah kisah pompuan nih..

ahh sambung cerita. malam tadi sebelum tidur gi toilet nak terkucil. alamak ehh.. ada lah 3 4 tompok tompok taik unta plak dahh.. kat seluar. aisehhh apa kah ini? takde takde.. bukan period nih. bukan bukan. takpe, tidur tidur...


bil
 

bila bangun sahur... satu kali lagi pergi toilet. yer lah nak berus gigi dulu kan. ahhh masa tengah terkucil tuh.. tengok... ahhh ok.. takde tomfok tomfok baru. perrrgghhh lega. boleh puasa lagi nih.

tapi hati was-was nih... 

 

takpe... puasa tetap kena puasa. tapi dok pikir plak, boleh solat ker kalau kuar macam tuh. ahh takpe, takyah pening kepala... lepas sahur tu..mandi wajib terus. ahhh kan senang! takyah pikir. skang dah boleh puasa & solat macam biasa tanpa rasa was was 
(tak beli ubat gigi cap zaitun pun takpe..sebab dah memang tak was was)

 

bila dah pergi kerja.. buat kerja  segala..
(ofcoz lahh pergi kerja buat kerja.. takkan lah pergi kerja sembang kat yahoo messenger kottttttttttt.. ehem!)
gua check untuk kali pertama. ohhh yes! selamat! so..takpe..puasa alhamdulillah boleh diteruskan macam biasa. harapan tulus ikhlas boleh puasa penuh tahun ni yer.

tengahari sket. ada rasa lain macam sket.. saspen saspen... pegi toilet. alamaaaakkk ada la setompok! ahh tak kira tak kira tak kiraaaaaa nak puasa jugak! walau apa pon yang terjadi nak puasa jugak!
selagi tak keluar mencurah curah... gua nak puasa jugak!
sekali ustazah fillanie dan ustazah mummy nda... telah mengeluarkan fatwa fatwa bahawa batal puasa itu jika yang keluar adalah selain berwarna putihhh blaaa blaaa..blaaa....

ahhhhh benciii benciiii... punah dah harapan nak puasa penuh. 
tu lah.. tuhan marah pada mereka yang riak dan takbur serta cakap besar... lu belagak sangat kan...puasa penuhhh kononnnn... nahhh hamik!

jangan laaaa bagi lama sangat.. kang wat keluar banyak..habuan simpan stok lama lama ermm alamatnya gua raya terusss la nih...

so.. dah takleh puasa... apa gua bikin?
naaahaiiii... 
dah boleh makan! tuna bun satu sos penuh!!!! wholemeal bun 6 ketoiii! ayaq mineral 1 botoi..
siapppppppppp!!

p/s: cantik kannn suasana ramadhan dan aidilfitri di Park Avenue. kalau lu takleh balik kampung...sila lahh beraya disini... mari mari.




Photobucket

Sunday, August 22, 2010

PERSIAPAN HARI RAYA

untuk persiapan budak budak berdua ni, awal awal lagi gua dah sediakan. beberapa hari sebelum puasa, erm kalau tak silap hari jumaat sebelum puasa tu lah gua dah amik cuti 1/2 day untuk membeli baju baju budak budak ni jer.
sorang-sorang je gua shopping. gua bedal je. tak perlu lagi dah nak tanya pendapat orang lain elok ke dak. gua beli..gua bayar..so, cantik ke dak.. punya pasal gua lah!
ehh tapikan, this year...1st time gua belikan baju baju & jeans polo untuk akid. kebetulan parkson kat ngan rumah gua dia sungai petani ada polo for kids. cantik cantik baju dia. masa hari tu gua ushar ushar..gilerrrr 1 helai sampai 100+. tak kuasa lah makk nak beli t-shirt mahal mahal cam gitu. tapi masa har gua pegi tu..telah terpampang..tanda 50% dan 30% kat polo kids tuh. maka gua pon merembat 2 helai tshirt dan 1 jeans. akid skang beli baju pilih sendiri. huhh..lain yang mak beliau kenan..lain yang beliau amik..
len kali bayaq sendiri nohhhhhhhhhhhh..
gua memang sajer beli siap siap sebelum puasa sebab gua tau dahh bulan puasa ni memang susahh la nak gi mana2. malam takde chance ah nak kuar sebab ambereen nak tidur lah apa la. so, susah. balik kerja kelam kabut dari sungai petani nak balik sungai dua. nanti sampai rumah kelam kabut nak mandi diri sendiri..nak mandi ambereen..akid.. perrgh. so? bila???
hhaaa sebab tu lah gua beli siap2 dah. kiranya, masa start puasa tu..baju2 budak budak ni tak payah fikir dah.
kasut raya akid..lagi awal beli..masa sebelum gi kelantan hari tu lagi. tapi masa 1st ramadhan..ada belikan sandal je lah kat beliau kat clarks. sebab sandal nike beliau tuh dah uzur sangat sangat. gua plan nak beli sandal adidas. tapi merata rata cari takde size. sungai petani..alor star..semua takde size sandal adidas yang akid nak. tapi masa pergi tengok kat sunway carnival nyer al-ikhsan ada plak size yang berkenan tu. tapi sebelum tu dah pegi try sandal clarks.. maka hati sudah terpaut kat clarks. harga pun mahal sikit sangat je dari adidas. so, rembat sandal clarks. ibu ibu, bapak bapak... kalau nak beli kasut atau sandal..rasanya clarks ni berbaloi baloi lah. sebab quality nyer memang elok. kemas giler tengok sandal akid nyer. kalau tengok dari hasil buatan dan mutu.. lambat juga lah nak rosak kasut akid nih. huhuhu..bagusss..tak rugi mak beliau membayar.
kasut ambereen plak, tak terfikir pula nak belikan kasut kat beliau. ehh jalann lah dulu..baru fikir kasut. bole? heheh tapi masa tengok dalam blog farah rasa kenan kasut gap tu. tapi takde stock plak. lepas tu dah malas nak fikir kasut. sekaliii last week..pergi anakku untuk dapatkan stoking ambereen..ternampak plak kasut kecik merah labuci labuci penuhhhhhhhhhhhhh sangat. hahahaha.. murah plak tu berapa belas ntah. so, amik je lah. ambereen suka sangat ngan merah. so, beli je lah..cute! tapi yang tak tahan tu tengok labuci banyak sungguh. hahaha. macam fikir 20 kali plak nak bagi ambereen pakai.
baju baju gua..ermm..ntah la. tahun ni malas plak rasanya. cuma beli 2 kain cotton.. and sepasang lagi laki gua beli yang sedondon 1 family. tu je. jeans ini tahun yilekkk. terasa mcm banyak sangat jeans. nak muntah tengok pun ada. haha. baju baju biasa plak..semenjak dua menjak nih..asyik membeli baju jer. so, terasa baju banyak giler. malas nak beli. kasut raya..ermm sebelum puasa hari tu..gua dah beli 2 pasang. so... boleh pakai yg tu buat raya kot. handbag..ehemmm..aritu kann..masa gi queensbay mall..gua paksa laki gua beli 1 biji. gua cakap nak pakai raya. tapi, esok tu jugak gua pakai. so, boleh dikatakan..semua dah ada. so..takyah gadoh dah.
cuma, nak kena carikan..baju untuk mak bapak gua je lah seperti tahun tahun biasa..hehe..ngan beli lah sehelai kat laki gua. sian beliau...baju burok burokkk jer. haha.
kuih plak dah tempah 3 4 jenis walaupun kat rumah ni memamg sah sah mummy akid akan buat kuih. tapi tetttapp nak beli. nak perabih duit orang kata.
tapikan, dalam banyak banyak persiapan raya nih... bila gua kira kira balik... mak datokkkkk...persiapan budak budak berdua ni saja.. baju2 & kasut..dah cecah RM700+++
hoiiiiiiiiiiiiiii!! tu baru anak 2! kalau anak 3 atau 4.. gua amik curtain lama rumah tokmi lahh buat jahit baju raya!!
huhh pitamm pitamm..

Friday, August 20, 2010

KUNYIT HIDUP

berbalik kepada isu rambut gugur dan telah mencuba makan kunyit hidup sejak beberapa hari yang lalu... ermm nampak macam belum ada apa apa kesan kat rambut nih.

yang nampak kesan adalah berus gigi. lihat kat bawah ni... sila teka yang mana satu berus gigi jujuelopez???????
ehhh ni baru cara 2 kali makan kunyit. gambar ni di ambil selepas sahur yakni kali ke-2 gua makan kunyit hidup.

hemmm baru kali ke-2 dah nampak kesan kat berus gigi.. kalau hari ke-20 tak tahu lah macam mana kesan ke atas berus gigi dan juga gigi.

rambut? tak ok ok jugak...

meranalahhh si gemok bergigi kuning iteww..

bebudak ni..pakat ke tidur 1 pesennn!


kalau sorang pandang kiri.. dua dua pandang kiri. sorang pandang kanan..dua dua kanan. kalau sorang pandang depan.. dua dua pandang depan.
agaknyer, bila dedua tidur..meka berjumpa dalam mimpi dan dalam mimpi itew mereka sedang berkawat kot kan?

skuad, pandang ke kiri... pannnndaaaaanggg kiri!

sedappp jer malap malap tengok gambar atas ni kan. tengok gambaq pon dah rasa mengantuk. lepas sahur buka lampu malap malap..nak tidur tidur ayam sementara nak mandi gi kerja.
tapi cuba lu tengok.. dah macam rumah setinggan yer? ngan 2 3 tilam kat situ..raga kat situ.. bukan per ini di rumah mak bapak gua. dan kan ke gua menginap gi bilik tetamu. di bilik tersebut sangat luas maka semua sebok lepak di atas lantai. katil?? kosong! sapa pon tak nak tidur. masa awal awal laki gua tidur. skang ni beliau pon tompang 2 kaki tidur lepak lepak kat bawah.

ok, mentang mentang lahhh.. ni bulan puasa...semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa pakat dok tunjuk juadah berbuka masing masing. lauk iteww lauk ini..

gua pon nak gak la tempek menda makan.

tapi, lauk pauk berbuka gua tak pernah sempat nak amik gambar sebabbb,
gua .. kalau ... tak boleh nak fokus pada gambar dah time tu. ingat nak makannn jer.

ahh lepas makan, boleh nak amik gambar apa pon boleh.

ahhh.. ni juadah lepas berbuka puasa last night. boring lah dok saja saja. baik makan.

this is my favourite cookies besides famous amos.. hok ni murah la sket! dan gua start makan biskut ni sejak gua kecik kecik masa tu kat England. dan sampai skang gua soka!


ehhh sapa kata gua insaf dari berhenti makan selepas berbuka puasa????

nehiii.. cuma gua control sket sket jer. takpe..tengah usaha nak kurangkan makan lah nih..


dan budak kat bawah ni nampak gayanya mewarisi selera makan mak beliau.
pantang tengok orang makan.. beliau pun nak makan. menjerit jerit minta makan.

umur 5 bulan gua dah suap la nestum.. sokaaa beliau.


ermm ok lah. letih dah nih. jiwa raga asyiik terpikir nak makannnn jer nih. huhhh dugaan wooo lagi 20 hari. seperti 200 hari gua rasakan!


sekian terima kasih.

selamat berbuka puasa.
tetiba plak terbayang KFC hot & spicy makan ngan nasi boh sos sket...
perrrggghhhhhhhhhhh..


Photobucket

Tuesday, August 17, 2010

ATASI MASALAH RAMBUT GUGUR

hish, tak lah. bukan gua nak bagi petua cara nak mengatasi rambut gugur. tapi gua ni hah nak tanya macam mana cara nak mengatasi masalah rambut gugur ni.

well, i guest it is normal untuk fomfuan lepas bersalin rambut nyer gugur kan? tapi tahap keguguran gua ni amat menggerunkan. tu lah, macam mana tak gugur dengan banyak.
dah la sebab bersalin satu hal. dahtu, bila tengok rambut gugur banyak.. hati tak tenang, jiwa kacau.. so stress.. haaa, itu dah masuk punca ke-dua kenapa rambut makin menjadi menjadi gugurnya.

olohhh lohhhhhh tengok nihhh... pagi tadi nih. adik & abang yang belum bangun. kadang kadang risau gak ngan abang ni ah. tido ikut suka jer. hari tu, di letaknya kepala beliau atas muka adik beliau. tetiba je si adik menangis. siann.

kadang kadang kaki pon naik atas badan adik. siann adik yang kecik molek nih.

tapi, adik ni pon boleh tahan buas nyer. pagi bila ntah.. gua tengok beliau ukk ehh ukk ehhh..sekali beliau letak kaki dan tangan atas abang, diam dan tidur. hahaha..
tapi apaaa lah sangat kaki tangan adik letak atas abang daripada
kaki tangan abang letak atas adik????????

ops, lari topik. lihat rambut ambereen yang lopong itew? ya, itu bukan masalah keguguran rambut. itu sebab asyik tidur maka tempat disitu rambut tak naik.

jangan rambut gua gugur sampai jadi macam tu sudah lah. waarrghh takmooo..

selingan lagi sket. tuhhh pampers berat tuh. hahahaha..sampai terbocor kat tepi. cepat cepat gua gi basuh lepas beliau dah bangun.

ok, sambung. kawan gua cakap..wife dia pon hari tu rambut gugur banyak. tapi mak bini beliau kasi tips iaitu dengan meratah kunyit hidup selama beberapa hari. dan member gua cakap menjadi. tapi berus gigi bini beliau adalah sangat kuning!

eeeiiyyyuueewww..
(auuw ngader kan aii. tolong tampar jap)

member gua cakap, lepas bini beliau makan.. bini beliau terus pergi gosok gigi. maka disebabkan itew lah berus gigi beliau kuning! keh keh keh.

tapi, susah hati gak gua ni. kang gua makan..berus gigi tu tak kuning, tapi gigi gua yang sedia kuning ni yang bertambah kuning! ahh baru la pening. lepas tu sebok pulak cari petua nak memutihkan gigi.

tapi, disebabkan masalah keguguran rambut gua ini agak serius, maka gua telah order 10 biji kunyit hidup habuan nak makan selama 5 hari ni tengok macam mana. 1 hari 2 biji. wahh giteww semangat!

gua ada la sound kat laki gua nak potong rambut sebab dah tak sanggup tengok sekali mandi memang boleh bertakung air dalam toilet sebab rambut tutup lubang lantai tuh. tapi laki gua tak bagi. beliau kata beliau boring kalau gua rambut pendek, nanti kejap kejap gua tanya beliau 'rambut panjang dak gi' 'kalau macam ni consider panjang ke dak?' 'bilaaa nak pjg rambut nihhh'
so, disebabkan beliau tak kuasa nak melayan soalan2 gua beliau mentah mentah telah reject idea gua untuk potong rambut.

ahhh...

hari tu dah beli shampoo, conditioner & tonic kat saloon mana ntah. cehhh duit & rambut gugur sama banyak je gua tengok. takde perubahan pon!

takpe lah, gua try lah dulu ngan kunyit hidup ni macam mana.

ohh satu lagi nak cerita, hari khamis lepas masa amik akid dari nursery mata beliau bengkak sebelah. orang tu cakap maybe kena semut ke apa sebab masa beliau bangun..beliau garu2 mata tuh. siannnn anak teruna gua.


tapi malam tu nampak macam ok. but the next day, friday tu bangun tidur lagi teruk mata beliau. bengkak giler giler punya. besar giler. susah hati tengok. gua pun tinggal lah beliau ngan tokba & tokmi beliau.. bawak ambereen je pergi nursery. tokba bawak gi klinik..

doc cakap memang la kena sengat ngan apa apa sebab ada kesan gigitan tu sket. skang dah ok dah. tapi kesan gigit tu ada lagi. bengkak tu sikit2 jer. antibiotik tak habis lagi..

oh ya, satu lagi. hehee.. satu lagi satu satu..dah 10 menda dah..tak habis habis jugak.

ok ok ok..
ehh..memang melampau lampau sangat ke tabiat makan gua nih? gua tengok orang macam terkejut je ngan selera gua? apaa?? lu ingat gua bela jin kah?
tidakk okehh.. jin pun bukan.. manusia dalam perut pun bukan..
ini memang betul betul nih..bukan cobaaannn!

huhh, nampak gayanya.. gua nak kena control sket lah. nanti memang betul betul besar peti ais kang naya!

nanti elok elok sampai raya, baju baju raya mak jadi habuan lap kaki je lahh kalau tak muat!


ok lah, makcik gemok tompang lalu.. nak pergi bermuhasabah diri..supaya beringat ringat.. jangan makan keterlaluan. ala ala kadar jer.

tapi pepatah ada mengatakan, makan bila lapar sahaja.

tapii..

yang gua makan tu semua sebab lapar lahhhhh!!!!

Photobucket

Monday, August 16, 2010

TIPS LANGSING DI HARI LEBARAN

haahahahaa
(gelak dulu sebagai intro... baru nampak ganas)

gua ni bukan lah apa, saja lah nak berkongsi cerita dikala perut sedang lapar dan jiwa sedang bergelora nak tunggu pukul 7.30 untuk menyekek!

bulan bulan puasa ni, time ni lah kalau nak ber diet pun. nak turunkan berat badan pun time ni lah. kalau kena gaya, memang boleh kurus.


tapi, lu bagitau gua.. macam lah nak diet apantah lagi nak kuruskan badan kalau dah boleh berbuka puasa asyik menyekekkkkk jer kerja nyer?

masa 1st ramadhan tu..elok elok lepas berbuka dengan NASI, rasa tak puas lagi perut ni. pergi beli koko crunch, twisties & kacang. makan makan makan..

lepas lepas tu..hari ke-2 atau ke-3 ntah.. lepas berbuka, solat maghrib & isya..lepas tu kena plak koey teow tomyam sebungkus.

ke-esokkan harinya plak..macam tu juga. lepas berbuka jer sambil layan ambereen, lipat lipat kain..tengok tengok tv.. alamak ehh terasa lapar plak.

manggi kari semangkokkk!! huahuahaua.. sruuppp sruuppp gua hirup kuah nyer!

and last night plak, lepas berbuka.. makan grill chicken burger mc donalds lagi.
tapi kali nih..cuba tengok betul betul... DOUBLE okehhh DOUBLE.

sangat sangat tamak dan sangat mahal! huk huk huk


kalaau lah lepas berbuka pun still boleh makan macam ni, tapi sahur tak makan sangat itu lain cerita lah kan.

ini, sahur bangun basuh muka, gosok gigi segala segar bugar untuk dapatkan sepinggan nasi! huahuahauau.. haiiishhh tak pernah tak habis! lu campak 4 periuk dalam pinggan pun..takpe..slow slow insya'Allah habis.

sahur ofcoz la nasi. always nasi. tak pernah tak nasi lagi la so far. berbuka pun nasi. cuma yesterday je roti jala. so, memang alasan kukuh la tuh untuk beli double GCB.
(ye lah..tapi makan roti jala kenyang sama dengan nasi 3 pinggan).

ok, tu baru 5 hari berpuasa. BAARRU 5 hari okeh! malam ni taktau lagi macam mana. apa menda gua nak bedal untuk habuan menyekek!

kalau macam ni lah punya gaya, orang lain 1 bulan puasa...elok elok sampai raya slimm jer kurus.. tapi gua? elok elok hari raya, dah sama besar dengan peti ais!
waaaarrrrggghhhh tidakkkkk tidakkkk...

ehh tapikan bila siang, gua tengok perut gua cun jer. sedapp juga la mata GUA memandang. jennifer lopez kalau tengok pun beliau rasa terhina okeh dengan keleperen perut gua.
tapi elok elok buka puasa..jangan kan nak merasa perut leper..pinggang pun dah hilang. straight jer rupanya. siap berlipat lipat! arrrggghh...

so, berbalik kepada tajuk di atas, Tips langsing di hari lebaran adalah..

JANGAN JADI MACAM JUJUELOPEZ

waarrrrggghhhhhhh...waarrrggghhhhhh.... lapaaaqqqq...

Photobucket

Thursday, August 12, 2010

PERSIAPAN MENJELANG RAMADHAN

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN YANG MULIA
kepada semua..

apa lu punya persiapan sebelum menjelang bulan yang mulia nih? lu ada ke buat persiapan?
gua?

gua adaaa... ni gua nak share secara terperinci gua punya persiapan!

balik dari Kelantan hari tu, kan ke masa kat Kelantan tu gua habis habisan punya menyekek nih!! tiap tiap kali makan... terpancul kata-kata nih:
"takpee makan makan..balik dari kelantan kita diet"

diet heh?

ok.. meh kita tengok apakah persiapan ramadhan & diet jujuelopez:


1. Monday 2/8/2010 dinner...Pizza hut! di hantar ke depan pintu..ting tonggg.. semekommmm.. maka kitaoreng pon ngappp beramai ramai..!! sodap sodap sodap.

ohhh ke-esokkan nyer gua puasa. maka bersahur dengan pizza hutttt... yang tak habis!

2. Tuesday 3/8/2010... Dinner a.k.a berbuka puasa adalah Grill Chicken Burger Mc Donalds. peerrrggghhhhhhh melellehhhhhhh.. sedap giler. hahaha..

gua suka sangat sangat..


3. Wednesday 4/8/2010. mummy akid & amber datang rumah sp dan telah memesan pizza hut yang baru tuh. gua soka jugak. (apaaa lah jujuelopez tak soka ya?) akid macam tak berapa suka sebab beliau lebih sedap makan pizza biasa pepperoni delight. pastu set yang mummy beli tu..ada ayam apa ntah..manis manis pon sodappp..

4. Thursday, 5/8/2010.. nak pergi tesco kejapp. konon nak tengok tengok kan baju raya budak budak ni siap2.. tapi susah la pulak bila bawak 2 kanak kanak ni. so, tak jadi beli apa. tapi jadi beli A & W for dinner. waallaawweeiii dah lama tak kena hot dogggg hot dooggg...


kalau mcd, a&w.. akid makan alhamdulillah tak pernah membazir. hahaha.. mak dia thok sahhh ceritaaaa lahhh bab bab makan ni memang tak suka membazirrrrrrr tohan marahhh..


budak kecik ni pon nampak gaya nya memang lah keturunan mak bapak beliau yang sejati. kalau tengok orang makan beliau nyer mulut pun nyop nyap nyop nyap sama nak makan! sian..


gua suap la juga sikit sikit ice cream kat beliau.. tu pon... nganga siap!


5. Friday 6/8/2010, dinner jugak... makcik sebelah rumah kasi nasi kenduri. auuuwwww.. fuhhh selamattt poket malam ni. rezeki bergolek depan pintu rupanya. alhamdulillah.. sodapp nya lahh.. iskk iskk iskkk...

ohh..semua gua cerita kat sini...dinner jer yer.. iyolah..sebab lunch nyer menyekek di opis.. dan harus lah NASI apa lagi... so, takyah cerita. kalau lunch je lu pasti tahu bahawa gua makan NASI NASI NASI NASI NASI NASI NASI NASI.. tapi nama letak LOPEZ kat belakang.

cait!

6. Saturday 7/8/2010... lunch di tempat kerja..maklum lahhh...kan ke bekerja 1/2 day pada hari sabtu. arrgghhh...

dan dinner pulak... DURIAN & PULUT.. peeewwwwiittt.. haiihhh kata nak posa nih. baik makan durian siap siap. nanti kempunannnn nokkk... uhauhauhauahua..


7. Sunday 8/8/2010. Pagi breakfast roti canai 1 suku biji. perrgghhh sedap la plak.
lepas tu terus ke aloq staq. lunch kat rumah tok laki gua perghh boleh tahan lazatnya.

ada ketam goreng panas panas... udang masak kunyit.. sampai tumis petai ngan udang peeeeewwwiiitttt...

makan makan makan.. takpe..bulan puasa je lahh kita diet! auuww!


itu lunch. petang plak apa petang? taraaaaa...

ahhh gua taktau lah lu pernah makan ke dak. ini namanya bubur nasi + pisang. bubur nasi ni..cara nak buat nyer..macam nak masak moi tu..tapi letak santan sket..susu sket..garam sket.. hehh? ye ke? belasah lah. yang penting sedap.


memang lahh kena makan ngan pisang. baruuu lah sedap.. gilaaa punya sedap. gua memang soka sangat sangat sangat dan sangat.

ohh ok, habis dah cerita makan untuk seminggu yang konon kononnya nak control lepas balik dari Kelantan yang makan tak ingat tuh.

ahh sambung sket lah.

8. Monday 9/8/2010... beli nasi lauk sotong kuah kunyit tuh..kuning kuning...makan ngan lauk lauk tapau dari aloq staq. pergghhh maka ulang lah lauk yang sama.. ketam goreng, sambai tumih udang & petai..bla..bla..bla.. hehehe

9. Tuesday 10/8/2010. ahhhh masa ni...dok pikir dah esok puasa ni. so, lunch gua apa? cam biasa lah NASI. tapi hari ni speciall sket sebab makan kat luar. so, telah order ayam masak sweet sour.. ikan asam pedas & sayur baby cabage goreng ngan ikan masin kot. waallaaweiii sedappp..

dinner..koey teow goreng jer..

10. Wednesday 11/8/2010. nganga saja. sebab telah berpuasa di siang hari. takpee...tunggu malam! hahahahaa... lepas satu dan satu dan satu masuk perut mak ni ahh. huhh mulut gua ni tak pernah stop mengunyah.. jadi dugaan lah di bulan puasa ni. takpe..sabar...
lepas buka puasa hari pertama, pergi kedai...beli koko crunch.. kacang & twisties. huahauhaua.. kunyahhhh lah sampai pagi!

ok lah tu je persiapan gua sebelum bulan puasa.

dan.. juga oh ya...bulan puasa ni gua berpuasa di rumah tokba & tokmi akid & amber di sungai dua. dan telah check in di bilik tetamu di tingkat bawah bersebelahan dengan dapur. dimana waktu malam bila terasa boring & sunyi boleh lah tengok tengok apa ada di dapur kerana dapur dan bilik hanya sekangkang kera. yiiiiiiiiiiiiiihaaaa...

nak berbuka & bersahur pun senang. tak payah susah hati fikirkan ambereen yang sedang tidur. sebab kalau beliau kentut pon gua boleh dengar dari dapur. wahhh sangat selesa kan.

ok lah, sekian terima kasih.

selingan video akid.. yang sangat bijak menulis...

nama beliau... AKID.

video

Photobucket

Thursday, August 5, 2010

ANAK DUA

meh gua nak cerita kehidupan setelah ada anak 2 orang.

cehhh.. baru 2 dah kecoh. belum 20!

memang terasa juga lah ke kelam kabutan nyer bila dah ada 2 anak ni. dulu masa akid kecik pun, kelam kabut jugak tapi kalut cara 1 anak. bila akid dah besar, takde lah kalut sangat sebab beliau boleh makan sendiri mandi sendiri.. tidur sendiri. cuma susu ngan basuh berak jer tak buat sendiri.

so, skang bila bertambah ahli keluarga baru mula lah terasa kelam kabut tu balik.


meh gua cerita gua nyer jadual harian okeh.

bangun pagi pagi, kemas bag baju akid & ambereen untuk bawak gi nursery. yang ni actually boleh buat malam tapi malas. so, bangun pagi pagi je lah susun. tak lama mana pun.

ok, dah tu...pergi machine kain yang 1 hari semalam punya. alrite, previously gua basuh 2 hari sekali. now, kena basuh setiap hari. sebab kalau 1 hari tak basuh..penyidai penuh dan tangan pun ada sikit sikit lenguh untuk menjemur baju budak budak yang agak banyak.

dah on machine bagai.. naik atas balik, mandi. siap2.. ambereen bangun, salin diaper beliau.

dah siap... turun sambil dukung ambereen dan beberapa bagsssss. handbag gua, bag kerja gua, bag baju amber & akid. tu pon kadang2 gua bawak laptop..lagi lah semput!


breakfast... disediakan oleh laki gua. peewit! hahaha. gua tak kuasa lagi dah. kadang2 punya breakfast disediakan oleh pakcik roti canai tepi jalan. bergantung kepada keadaan.

hantar akid gi school.. pastu hantar ambereen gi nursery. so, teruss gi kerja. kat office takyah cakap lahh.. pun dah banyak kerja. gua nak fokus aktiviti kat rumah je ni okeh. kalau masuk kerja.. 3 hari 4 malam pun tak habis cerita.

(eh, awat mata ambereen layu? ngantuk ke dik? hemm cantikkk mulut akid..kebiru biruan minum pepsi apa kebenda blue colour ntah!! )

balik kerja pulak. selalu takde chance lah nak balik ngam ngam pukul 5pm! mesti lajak lajak punya. kadang kadang pukul 6++ baru amik budak 2 orang ni kat nursery.

kadang kadang lepas amik..beli barang2 apa dulu kadang2 balik terus.
bila balik.. kelam kabut jugak lah. sebab ambereen dalam pukul 6.30-7.30 tu memang time merengek. beliau nak gonggong tetek mama beliau dan beliau ada sikit sikit mengantuk.

so, time ni kelam kabut skit. gua nak mandi dulu ka..ambereen dulu ka.. semua serba tak kena. kadang2 kalau ambereen masih terkawal..kitaoreng makan cepat cepat. tu pon kena sumbat cepat cepat sebelum ambereen mengamuk. kalau time tu ambereen dah nak ngamuk.. terpaksa lahh bagi beliau mandi dulu pastu bagi tetek bagi tidur.

dah beliau tidur..baruuu lah gua mandi..solat bagai.

pastu plak, gua akan lipat kain yang dah jemur pagi tadi. lipat kain pon kadang kadang berjam jam. sebab stop bagi tetek kat ambereen yg okkk ekkk okkk ekk..pastu kadang kadang gua tertidor sama. so, tengah2 malam terjaga, sambung lipat kain.

kadang-kadang lepas kelam kabut lipat kain..kelam kabut iron baju baju plak..

kiranya gua ni takde lah masa untuk diri sendiwi.. kadang kadang laptop pon 2 3 hari baru bukak. kiranya gua punya apa kejadah facebook apa book semua dah jarang btoi tengok skang ni. nak chatting pon tak sompat.

meh gua nak cerita pulak, masa hari gua ganti puasa baru baru nih. time gua nak berbuka tu lahh.. ambereen nak tidor. ahh biasalah kan..gua cakap tadi 6.30-7.30 tu memang beliau jiwa kacau sket. bayangkan laki gua bagi beliau mandi..kat atas..gua kat bawah ni yang telah menyekek dengar beliau meraung raung. wahhh nek menyekek pon tak senang. kang betul betul tercekek camno?

kelam kabut sangatt...

alamakkk cantikk muka gua time nak tidoq ni yer. mata pon macam panda sket kan?

ahh ada satu hari lagi..gua puasa juga. laki gua plak takdakkkkkk pergi repair kereta (ha laaa gheta burokkk). suspenn ni okehh. nasib baik mummy meka ni datang teman gua. tapi cam biasa lah.. time gua tengah sedap menyekek tu time tu lah ambereen ala ala bad mood. gua pon makan cepat cepat. dah tu gua naik mandi dulu. time mandi pon dengar ambereen dok nangis. lepas tu bagi ambereen plak mandi.. pastu mummy meka plak nak balik. papa meka tak balik balik lagi. pastu, leh tauu lahh.. amber nangis nak tido. yang akid mandi macam pesta air dalam toilet bising. amber takleh tidur. dah elok elok amber diam.. abang akid plak 'mama akid nak berakkkk' berak tu no prob beliau gi toilet sendiri.. tapi yang prob tu.. "mamaaa dahhhhhh..washhhh!!" ahh sudah. nak basuh camner? yang kecik dok tengah tetek nih..

"akid japp tauuu jap tauu"

dah settle semua..akid plak main tu main nih...mesti nak kasi bunyi extreme jugak. time adik beliau tidor lahh sound effect enjin...ekjosss segala nak bunyi ye?

sabaqq sabaqq....

nasibbbbbbbbbbb anak gua yang tersayang! kalau insan lain...

lu nampak ini kasut????

sebelum melayang naik atas kepala..sila lah diam sket time anak gua tidor nih! dah letih nih satu hari okehhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..

p/s: gua sudah gemok gedempol....kerana terlalu banyak makan. tolong lah nasihat sket gua ini.


Photobucket