Friday, April 30, 2010

SENYUM

oooo hhhooiiiiii hoiii!!! senyum lahh senyum lahh ahaiiiii cik mek molekkkk...



ohhh dah lama dahhh... dari minggu minggu lepas lagi.. lu 'cakkkk' je beliau ternganga sengehh!



takyah 'cak' pon takpe... lu buat je.. bunyik cicakkk 'kik kik' ponnnn beliau soka tersengeh sengeh...



apa ntah lagi kalau buat ayat "mannnaaa anakk mama tomei tomeii tuhhhhhh" ahhh lagiii lahhh soka sangat sangat. yerrr saper tak soka puji pujian kan?



tapi kadang kadang tak puji tak apa pon tetiba je tersengeh sengeh. ahhhh lu tau naper? sebab baru lepas BERAK! aiihhhh legaaa perot.. senang hati.

tapi mak beliau... selalunya tersenyum lebar kalau lepas makan!

ahhh lebih kurang lah tuh... berkaitan dengan perut jugak. masukkan makanan ke dalam perut & mengeluarkan taik dari perut merupakan 2 perkara yang sangat puas hati! setuju?




and last night... baru gua perasan. daania ambereen amatttsss lahh soka dan tersengeh sengeh dan terpancar kegembiraan bila mendengar jujuelopez menyanyi.

mungkin beliau baru sadarrrr yang betapa seeedapp nyer suara mak beliau. terkesima beliau mendengarnya. lalu tersenyum gumbira sebab ada mak yang sora sedap. rasa macam dengar avril lavigne plak yang nyanyi kan amber kan kan kan?
ehhh... kalau soh mengaji lagi sodap....
ahh ok lah... ni entry suka suki jer. hahahhaa...janji update! ok lah. mak bz okehh skang ni. walaupon bercuti, tapi kerja opis kan ke jalan macam biasa. banyak plak hal kat opis nihh.. so yang dok kat umah ni pon kena tempias. maka tersangat sangat bz. ermm next week dah kena masuk kerja. berganda ganda lahh bz nyer. bencikkk ahhh!
sekian, terima kasih.
Photobucket

Monday, April 26, 2010

AMBEREEN & AKID GI KL..

saturday 24th april, kitaoreng berangkat ke KL. but before that..singgah umah acha jap sebab ada birthday awliya. dah 1 year dah. lauk pauk sangat sangat sedappp dimasak oleh toknab. dan yang paling best.. ada pulut kuning. perrgghhh memang seddap gila! tapi sayangggg..gambaq yileekk. sebab singgah kejap sangat & kalut nak bertolak ke KL. lagipun, yang paling kaluttt tu adalah sebab nak menyekek! huiishhhhhh...sengaja tak lunch semata mata nak pi serang umah toknab! so... sampai sampai je..terus bismillahirohmanirohim......



petang juga bertolak dari umah acha.. dah la hujan lebat. so kena drive slowly... ambereen ok, tak banyak songeh sepanjang jalan. ermmmm or should i say.. takde songeh langsung?? bagus budak ni. boleh bawak jenjalan lagi lah nih, insya'Allah...



sampai KL..pukul berapa ah? 9pm++ rasanya. apa ponnn... isi perut dulu. dahhh kata hidup untuk makan...!!!







kitaoreng dinner kat nasi kandar kayu ke apa menda ntah... ramai plak tu maklum ler ada bola... dinner di sponsor oleh gang taman dagang! ohh pasni takleh panggil gang taman dagang dah la..sebab rumah tu dah jual. dahhh pindah dok kondo plak. yang pentinggg ada swimming pool. pas ni harus lah tiap tiap kali gua gi kl.. bawak 2 piece bikini dan selepas itu nescaya di karate oleh bapak gua dan berpiece piece lah badan gua! ohh ok..dinner gua makan roti nan! sedappp.. tapi pelik plak..tinggal lagi 2 keping tu tak habis. huhhh gua tak pernah tak habis. tak baikkk membaziiaaqqq!






but maybe kenyang makan kat umah acha...and then sepanjang jalan ada saja menda dok kunyah. papa akid lah ni beli stok makanan makan dalam kereta banyaknya macam lahh perjalanan tu dari penang ke new york!!!




masa stop solat kat tapah, ambereen dah salin baju & diapers. good girl beliau ni. diamm jer tidur. tapi, kalau kat rumah.. bila malam susah sket nak tidur. siang senang je tidur. bila malam..nak tidurkan tu susah skit sebab bila menetek beliau akan tidur atas tangan, bila dukung pun tidur. bila letak atas katil mula la menangis. tapi kalau menetek atas katil, ambereen tertidur gak...tapi bila gua turunnn je dari katil..ahh siap!! menangis balik. boleh dikatakan, bila malam jer beliau nak mama beliau kepittttt ngan beliau. baru leh tidur. tapi selalunya, beliau kacau tu sebelum tertidur je (malam). bila dah tidur.. alhamdulillah, sampai ke pagi tak kacau. tu yang mama beliau membesar bagai juara.. tak gado nak bangun tengah malam..sebab ambereen bangun pun cuma ukk ehh ukk ehhh bagi tetek, diam!



the next morning, bangun terus mandi mandi siap nak balik. kejap je pun gi kl. tujuannya sebab nak gi amik tokmi akid yang dah seminggu dok kl tolong pack pack barang cousin akid yang nak pindah. but anyway, tokmi & tokba balik ngan bas..hehehe..sebab tak cukup kereta! ehemm ehemmm..nak kena beli MPV nih. amacam papa akid?



sebelum balik tu, singgah la dulu kejap jusco sebab nak bagi budak budak ni main. bukan per, sebelum anak teruna gua amuk sepanjang jalan sebab tak puas main ngan cousin cousin baik lah bagi chance meka meka ni bergumbira kejap.



ahh dari jauh dah nampak jerawat comei lotei kat atas kening. taikk betoi lah. hari sabtu pagi tu lahhh nak naik pun. so, pada hari ahad yang indah tu... terletakkkk je jerawat tu atas kening membesar dengan jayanya. sampai sakit kepala gua gara gara jerawat tuh! lu apa tauu.. lu takdak jerawat. jerawattt kalau macam tu punya size, naik kat bahagian dahi, kepala.. ahhh memang boleh bawak migrain tawwwwwwwwwwwwww.. benciii !



anak dara ni.. kecik kecik dah ronda merata.

ahh ni cousin akid & amber. Mu'az. hihihii... tersengeh sengehhhhh bawak car nih. apaaa beliau pikir beliau yang bawak...!!!



owhh no no no...abang Mus'ab beliau yang control. gua kalau boleh control, nak control kereta honda biru kat belakang tu lah... alamakk ehhh.. nak nak nakkkkk!! 6 seater. kat depan ada 3 seat sambung sekali. ahhh meriah kan. baruuu lah takde yang rasa tersisih. gua boleh dok depan sekali ngan akid, amber & ofcoz laki gua drive the car. ini tak..skang ni...gua & amber dah sah sah dah kena dok belakang. abang akid dok depan. tu pun kadang2 beliau join dok belakang sekali. dok belakang adalah sangat tidak best! tambah tambah bila seat recaro dah block perjalanan aircond ke belakang!



masa bebudak bebudak ni main, yang tua tua yakni bapak bapak ibuk ibuk tok tok sedang menjamu selera di pizza hut.... dekatt je kan... so sambil makan sambil tengok. gua tengok menda makan jer.. gua serahkan kerja tengok anak kat laki gua.



raiyan akid ngan cousin cousin pompuan!!! asal gi kl je..mesti nangis nak bawak balik mek piah (baju brown). agaknya beliau ingat tu anak patung kot kan..suka suki nak usung bawak balik..nak usung tidur skali... haiiyo!

cam biasalahhh anak gua... ngan cars..stereng..tayar.. bagaikan irama dan lagu. kalau boleh, semua jenis kereta kat situ beliau nak naik. oowhhh takpe takpe... tunggu bapak lu bukak funfair sendiri...naik la sampai jemu!
dan... di kala abang abang dan kakak kakak sedang bergumbira main macam macam, ambereen apa bikin?? ehhh tidoooqqq lahh..
tak gadooo..

dah puas main, dah kenyang makan...kitaoreng pun berangkat lahhhh pulang. ehh tapi tak pulang terus lagi. stop kat jejantas sungai buloh dulu. kasi chance akid jumpa cousin lagi 2 orang. ufi & akif. tapi gambar takde la plak...sebab kelam kabut sket.
tapi..apaaaa yang penting, burger king & dunkin donut harus dibawa pulang sebagai bekalan... hehehe...
abang akid yang tertidur keletihan...
adik & abang yang tidur..
ehh nak cerita sket kat sungai buloh, gua masuk la tempat nak salin diapers ambereen tuh. siap tolak ngan stroller skali masuk bagai. letak amber atas tempat tuh, and bukak bukak la apa yang patut. elok elok gua nak angkat amber gi cuci kat sink tuh..ntah dari mana datangnya sekor minah ni..masuk bawak anak beliau terussss bagi mandi dalam sink tuh. helloooo... tak nampak ke dalam bilik tu ada orang. tak nampak ke..gua dah standby nak guna sink tu. beliau fikir gua dok dalam tu masak nasi ke yang beliau sesuka hati terus guna. dah laaa lama plak tuh. bising lagi plak...dok cakap apa ntah ngan anak beliau.. ewwwaaahhh beliau pikir beliau mandikan anak tepi sungai kot.. 'allloo allooo..mandii mandii.. tu ada babyy..mandii mandii' ahh ye lahh tu ada baby! kang gua telangkup kan taik baby ni atas kepala baru tau! tak reti ke, ada orang dalam tu yang nak guna dulu. respect la sikit...orang lain dah masuk dulu dalam tuh. ehh gua..kalau ada orang dalam tu..gua tunggu kat luar tu sampai orang tu keluar baru gua masuk okeh. ini memang jenis tak sekolah nih! pastu, disebabkan terlalu lamaaaa gua tercegat kat belakang beliau sambil dukung ambereen, gua mula lahh buat muka macam nak telan orang! ahh only after that beliau angkat anak beliau keluar. kalau setakat nak bagi budak mandi...pegi jelah kat tempat mandi. akid pun mandi kat situ siap ada shower. anak beliau tu gua tengok macam dah besar. tak pun...kalau setakat nak bagi mandi kat sink tu..kan ke banyak lagi tempat lain. atau pun..salah ke kalau tunggu turn???
ahhh kan ke dah memaksa jujuelopez membebel disini!!!


ok..dikala anak anak sedang tidur di dalam kereta, apa yang gua buat? ahhh apo laie...gua pon bergedik lah sekor sekor kat belakang! mummy bawak car. papa akid membutaaa kat depan!
ermmm i think its about time to get a new shades huh??
walaupun shades ni dah cukup besar...tapi jerawat besar di kening tu jugak yang sedap dipandang kan?

biasalah..bila sekor sekor kat belakang...ketika yang lain tidur, memang meroyan sket!
gua lah...KING !!!


king apa????

(cam bongokk je gambar atas ni...)
KING KONG!!
alamakkk sekaliiii kinggg betull bangun daaaaaa....



hemm..gua actually taknak letak gambar kat bawah ni. sebab buroks sket kan. tapi ada sesuatu yang menarik dan memaksa gua letak jugak gambar ni... cuba lu tengok.. apa dia?


hahahhaa perasan tak, anak & mak nyer jelingan macam sejenisss jer. auuuww...!! jelingan samseng namanya tuh! hahahahahahah



bertolak dari sungai buloh..dalam pukul 3++ stop kejap je kat mana ntah nak terkencing. sampai rumah nearly 7pm... alhamdulillah semuanya selamat...


lagi abang & adik tidur... keletihan.. ni pun dah lewat baru tidur si abang nih...
owhh gambar atas ni gambaran sebenar keadaaan dalam bilik masa 2 beradik ni tidur. hemmm tengok gambar ni pun malap malap tetiba je mata gua yang terasa malap.. rasa nak gi membuta kejap lahh...
ok, tu je lah...cerita ambereen dah jenjalan sampai ke kl..
nanti nak jenjalan lagi yer..
sekian, terima kasih.

p/s: ngantuk..
Photobucket

Thursday, April 22, 2010

REBUTAN

jangan tak tauuu jujuelopez skang ni menjadi rebutan yer. fuhhh hebatsss nyer gua ini hingga di cemburui dan direbut rebut gitewww...

tapi biasalahhh stok muka tak laku..usang dan hina ni jadi rebutan kepada anak anak terchenta ja lah. memang tak merasalahhhh jujuelopez ni kalau nak jadi rebutan dato dato kaya! patutlah laki gua okk jer kalau gua nak gi mana2. beliau tauuu...kalau gua terlepas sampai kutub utara pon..takde sapa yang nak muka berkerak, berkarat dan berlobang gua nih. ha laaa ha la..takdak sapa nak..! nasib takdak orang nak..kalau tidakkk sampai tuwooo la beliau tak berbini! auuww..!

ok..berbalik pada cerita rebutan tadi, yerrr terasa hebatsss plak bila diri jadi rebutan. woooww weee.. gua ingatkan jaman study study dulu jer jadi rebutan. cehhhhhhhhhhhhhh... ayatttt haruslah hovverrr. ayat ayat stok nak bagitau dasattt nyer jujuelopez jadi rebutan masa jaman muda mudi. caiitt thuiii!! kalau takat jadi rebutan pada jejaka jejaka yang muka macam jamban.. otak macam lembu.. duit pun takdak! tak usah la nak perasan bagus! abehhh nak buat guanooooo.. jantan jantan hensem & bijakpandaii takmo kat gua! takdir.. asai nak ngorat jujuelopez je..jantan muka cam bangunan tak siap. asai nak berkenalan ngan jujuelopez je..jantan muka cam taik lembu! asai ada yang kirim salam jer.. bila check check, cehh muka macam cekodok penyek. takdirrr takdirrr..

ahh melalut lagi. ok ok.. akid skang ni dah start dahhh.. beliau starttt dahhh.. ! skang ni apa apa pon nak MAMA. dulu nak mandi pandai bukak sendiri. kadang kadang tak payah suruh, diam diam beliau gi mandi sendiri. skang ni jangankan nak mandi sendiri.. nak buka baju & seluar pun dah tak reti. kena mama bukak. tidur nak kena tidur ngan mama. time adik tengah menetek tu lahhh beliau nak dok atas riba. kalau gi makan kat luar lagi lah..time pegang adik tu lahh beliau nak tido atas mama.. nak duduk atas riba mama.. nak mama suap..

baru ni, beliau kat luar bilik. gua dalam bilik bagi amber tidur. sajer je lah gua lepak2 atas katil sambil baring, gua peluk ambereen. sekali abang akid masuk lepak atas katil sekali.. "mama! mama hug la akid" alamakk ehh. skang ni kalau tido gua tidur tengah. tangan sebelah pegang amber sebelah lagi pegang akid. tu kalau ada anak 8? ahh pinjam tangan tokong indu lahh..

pastu ada gak insiden pungkok amber merah merah. so, masa gua pakai kan diaper.. gua cakap la.. 'allaaaa ciannn anak mama' nahhh sekali abang akid yang jawab 'anak mama yang mana??' ahhhh lu.. jangannnn! sensitippp budak ni pon. 'anak mama dua dua la.. siannn. sorang sakit pongkok..sorang sakit...' ntah tak ingat dah gua cakap beliau sakit apa. susahh okeh. skang ni nak buat apa..nak cakap apa..kena pikir dulu supaya takde berlaku diskriminasi & prejudis!!!!

tapiiii.. lu bagitau gua, lu boleh tahan ke..kalau anak lu hari hari buat perangai! akid skang ni asal bangun tido je nangis macam haper. dah tu..kat orang lain taknak. gua jugak! tak kira lah mak beliau tengah berak ka..tengah masak ka..tengah menari mak yong ka..tetttap nak menempek kat gua. kalau menempek tak nangis takpe. ni dah gua menempekkk kat beliau tak stop stop gak nangis. nak suruh gua buat apa? tataappp muka beliau yang menangis meleleh air mata air idong air liur tuh? mula mula boleh la..gua tatap pujuk pujuk. tapi kalau dah pujuk pon still menangis tak tahu punca.. siap la nak tatap tapak tangan gua plak hinggap kat anggota badan!

pastu, bagi mandi.... tiba tiba jer nangis. bila gua tanya apahal? rupanyaaa pungkokkk sejukkkk... acchoo karrawwaallleeeee.. yer ler, memang la gua pakai sabun protex icy cool. tapi sabun tu punya cool..bukan standard ais ketoi dalam fridge tu. tapi persoalannya, logik kah untuk menangis bila pungkok lu sejuk??? kalau panaih pungkok lain lahhh nak meraung. ni sejukkk okehhh..

dah tu... (ada lagii).. skang ni kalau merengekk or menaangiss.. ahhh bersimpul urat saraf otak nak faham apa butir butir ayat abang akid nih. nyeeyy nyeyyy nyeyyyyy jer gua dengar! gua bukan boleh ngan manusia cakap terhegeh hegeh macam tu. gua lempang kan ajer. 'cakap apa nihh? cakap elok elok!! mama tak pahammm' dah kena sound, nangis2 pun boleh plak cakap elok elok! tak tahuu lahh beliau yang cakap ngada ngada atau telinga gua yang pekak tak dengar! tu gua taktauuu...

hishh tak tahu lah. tiap tiap hari ada je menda nak gado ngan abang akid nih. petang semalam..lepas gua mandikan beliau...beliau still nangis2 turun report kat tokba, mama marah. caiitt!! main kotor. apa kes main report2! siap suruh tokba beliau naik atas gi marah gua.

ini plak..tengahari tadi beliau balik dari school. gua suapkan nasi. beliau boleh luakkan nasi tu atas carpet dan merata rata di atas lantai. fuhhh membaraa jiwa raga. nasib masa tu ambereen baru lepas menetek. kalau tidakk mau nyer terpancut susu dua dua belah tetekk masa gua tengah tahan sabar tu. gua siap goreng nasi okehh nak bagi beliau makan. boleh beliau luak luak macam tuh. gua tau lahhh, gua bab bab masak ni..memang lah lu makan rasa macam nak bunuh diri! tapi kot yer ponnnn gi la luak tempat lain. ni dah la beliau luakkk depan tukang yang masak, luak kat merata rata plak tuh. dah la sakit hati.. anak tunjuk riaksi sah sah tak lalu makan nasi goreng gua buat lepas tu kena sapu & lap pulakkkkkk nasi nasi yang berterabur yang beliau luak merata rata tu. macam mana tak hawt!

ahh lepas tu..gua ngamuk, soh beliau mandi..buat susu, TIDUR!!!!!!!!!!!! ahh diam seribu bahasa beliauu tidur tanpa banyak soal. tahu la tuhh mak beliau marah. nak bersuara cakap bukan taknak makan...tapi nasi tak sedap, kang kena lagi teruk. baik tidurrr jer lah.

sekian, terima kasih.


Photobucket

Monday, April 19, 2010

AKID, AWEK & REMPIT

my raiyan akid sangat sangat excited bercerita...


"mama mama! papa! nantikannn akid ada awekk.. akid bawakk naik motor. akid rempittt kann.. pastu awek akid jatuh kebelakang.. akid pon jatuh kan.. pastu motorr pegi depan. nanti akid bawak awek naik motor rempit.. jatuhhh motor jalan dulu.."


ahh ini lah jadinya dah kalau 1 hari 2 3 kali ulang tengok ADNAN SEMPIT !!!


teeettaaapi..!!!!!!!!!!! ok, yang mana yang gua patut risau?


akid cakap pasal ada awek.. or pasal bawak motor merempit ?????????????????????


ahhh sudah!!


gambar sekadar hiasan :



bulat dahh ambereen skang nih..



on last friday, bawak akid gi jusco...beliau nak main pasir colour2 lah (yang akhirnya tokmi beliau yang kena habiskan). nak naik menda tu menda ni..fuhhh.. mencabarrrrr poket. nassibb ditanggung halal oleh mummy beliau.



mr.bean? what ever lah akid. ambereen good girl...tidoo je. tak gado pon. lepas kat jusco, siap singgah makan capati kat kedai mana ntah. ambereen tak kacau jugak. takde masalah..ukk ehh ukk ehh..gua selak je tetek kasi. settle!!



hari ini...(19 april 2010) gua dah bersalin..44 hari. so, secara rasminya lah kot...dikira pantang dah selesai.. heh??? muanuahauaha..


tapi yang tak best tu...akidddd..semalammm beliau nak kuar umah, gua berdiri depan pintu... beliau sound "tepiii lahh makcik gemokk nih" warrrrrgggghhhhhhhhhhhh kalau time pregnant akid cakap macam tu takde lah kecik ati sangat... ni dah bersalin ponnnn beliau sound macam tu lagi! terusssss berdiri depan cermin. apakan daya... takdir.



ahh sudah lah. pasni makcik gemok tangkap gambar kaki jer... dah taknak dahhh hamik gambar makcik gemokkkk! tunggu lahhh nanti kot kot makcik gemok dah kurussss... ahhh berani panggei makcik gemok lagi?? ahhh gua lastik sekor sekor sekalii ngan budak bawah nih..!!!!!!!!!!

ohh ok.. ni plak, hari jumaat jugak. gua tengah sembang sembang ngan awek gua sekor nih. saper? makcik buyong Fillanie lah! gua bagitauuu yang gua beli koey teow tomyam. jadi..beliau pon gi beli tomyam jugak. walaupon berjauhannn tetttapiii menu tetttap sama kan yang kan kan kan?? auuwww..
tapi siap nak tengok..saper nyer tomyam sedap lagi.. hahahahahahhahaa dannn setelah membaca offline message (sori yer yang..mak sebok bersiap2 nak kuar ronda rondi lepas makan tu...itu pasal lahh tak online dahh)beliauu yang mengadu tomyam beliau tak sedap..
nahhhhhh gua nak tayang sket kat awekksss gua nan sekor ni betaaapaaa sedapp nyer koeeeeyyyteeoooww tomyammm gua nih! sedappp hingga menjilattt sudu, garpu dan mangkok!!! muahauhauhaua..


dap kan? kalo ada teh ais fuhhhhhhhhhhhhhh lagi maarrriiii minnnaaaa kummarriiii...


Photobucket

Friday, April 16, 2010

LAICIKANG

cerita pasal pantang hari ke 40 yesterday nih.

gua & ambereen gi lah ikut bapak gua amik akid balik dari sekolah beliau.. dah alang alang keluar tu..singgah sebentar mengisi perut. laki gua pon join sekali..beliau kuar lunch sekali ngan kitaorenggg ini..

sampaii je kat kedai tu..dah amik nasi masing masing dan siap duduk dimeja untuk menyekek. sekaliiiii bapak gua tanya daaaa.. "nak laicikang??"

perrrrgghhhhh... takpe, dah hari ke-40. no hal. bole aja! memang masa sampai sampai tu dah nampak kaunter laicikang tu tersusunnnnnn jer mangkuk mangkuk laicikang tu. tengok mangkuk tu pon dah terliur.

maka.. dengan wajah yang berseri seri senyuman persis kerang busuk, bibir lebar mempamerkan hampir keseluruhan gigi.. gua pun dengan pantas menjawab ...
"NAK !!!!"

dan kelihatan bapak gua berjalan menuju ke kaunter laicikang dan order. yessssssssssssss! yiiihaaa.. gua siap tepuk tepuk kegedikkan. ehh tepuk pon ada caraaa okehh.. ok ok sila bayangkan kegedikkan jujuelopez yang menepuk tangan iaitu hujung jari telunjuk, hujung jari hantu & hujung jari manis jer yang bertepuk tepuk antara tangan kiri dan kanan.. auuuww comel kan jujuelopez kalau gedik?? hahahahaha..

lepas beberapa minit kemudian... dari jauh gua nampak bro tu bawak 2 mangkuk laicikang menuju ke meja gua. gua tauuu lahh 1 gua punyer.. 1 bapak gua punyer. beliau pun dengan penuh macho letak laicikang tu atas meja.

sekaliiiiii...... haiikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk?? waarrrrrggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

LAICIKANG SUAM !!!!!

apaaaa barangggggg makan laicikang suam!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

patut lahhhh masa mangkuk ayun tu letak laicikang atas meja tu lain macam je gua tengok 2 mangkuk laicikang ni. apsal 1 tu macam meriahhhh semacamm je ngan ais ais memenuhi ruang mangkuk. yang satu lagi tu... macam surammmm jer...

ahhhh....

takdir.

apa pon...terima kasih je lah kat bapak terchenta sebab malam tadi bawak balik nasi tomato untuk dimakan pada pukul 12 tengah malam. pagi tadi plak beli roti canai untuk breakfast. yeaaaa... time pregnant haritu...tulang atas bahu ni..nampak la jugak lagi. tapi lepas bersalin, tulang tulang semua dah tak nampak. haiiyooo sangat ajaib.


Photobucket

Thursday, April 15, 2010

40 DAYS

yeahhh... i'm 40 days already! ermmm?? sounds weird. erm ok ok... wrong! Daania Ambereen is 40 days now! hehehe mak ambereen kalau umur nak dibilang ngan hari, pinjam kaki tangan 1 kampung pon belum tentu cukup nak kira. heppppp!! siapa cakap gua tua?

kejapp je dah 40 harri! ahh ni gambar ambereen yang berusia 40 hari.


alamak eiiihhhh... anak sapaaa la niihhh panjang sungguh!

so... 40days ni boleh kata tempoh berpantang dah hampir hampir nak habis kan. tapi sembang ngan LENNY.. beliau kata, pantang biasanya 45 hari. tapi kalau jawa pantang 40 hari. beliau jawa so beliau nak pantang 40 hari! ermmmm ok lahh.. hari ini gua nak jadi jawa! coyoo lahh, enyong memang jawoo!

ehemmm esok pagi boleh lah! deiii tambii ais kacanggggg satuuuuu !! (sambei goyang goyang kepala..tangan pusing pusing sket. lantas rahsia diri sebenarnya adalah mamak telah terbongkar disitu. mampos lah kena carut ngan gang jawo)

wellllll... i dont give a damnn okehhh.. what the hell 40 days? 44 days?? what what what?? (hehehe.. mak gua standby jer kat belakang nih.. nak hempuk kepala gua ngan pinggan). iyo lah.. apa lah sangat beria ria nak tunggu 44 hari.. 40 hari ni. udang makan? makannn.. sotong makan? makannnn.. pulut makan? makannnn.. air teh minum? ehhh minummm.. air sejuk minum? takde lah sangattt.. tapi minumm la juugakk sket sket..lepas gian. stoking pakai? pakaiii duluuuuu... skang dah 2 3 minggu tak pakai.. so????????????????????
what the fuuu fuuu fuuu (aiihhh tak tersebut plak. jujuelopez ni lemas lembut.. tak suka carut mencarut nih) nak tunggu 44 hari. takde maknanya! sebelum 40 hari pon gua dah macam 100 hari.

sebelum ni pun.. gua dah aktif jugak ke sana dan ke mari.. kalau nak suruh gua duduk diammmm tidurrr je atas katil, takyah la nak cakap banyak yer. tolong gajikan maid sekor dua kat gua boleh? ahh kalau tak boleh.. dahhh diam!

gua actually takde lah pantang sangat. masa awal awal tu yer lah. tapi, sejak jahitan dah ok semua.. makan tu memang gua bedal je. gatal tak gatal semua gua telan. angin tak angin pun gua telan. yang gua still tak sentuh cuma makanan yang sejuk jer. air sejuk pun tak minum sangat. baru baru ni je..tak tahan..minum gak ler segelas. auuwww.. tu pon mak gua taktau.

semalam.. gua dah tak tahannn sangat sangat nak minum air sejuk. sekalii mak gua plak ada kat dapur. gua pun amik gelas sambil sambil cakap...nak minum air sejuk lah sikit jer. dengan harapan mak gua tak dengar & tak perasan! nahh sekali merasalahh panahan mulut berbisa beliau.. 'ehhh orang lain... 1 tahunnn tak minum sejuk sejuk ni..bla..bla..bla' ayat ayat belakang tu gua buat buat tak dengar jer. bunyi macam radio yang hilang siaran!! arrghhhh!! cissssssssssss... dengan penuh rasa hiba..gua capaiiiiii ler ayaq masakkk...suam suam. teguk dengan penuh rasa hampa! gedegukk gedegukkk gedegukkk...

elehhh ayaq sejuk takleh! nasi & lauk sejuk boleh plak? yinaadeiiii...

beliau tak tauuu gua dah minum... 1 gelas + sebelum ni ada la...minum 1 2 teguk! muahuahauhauhauhauhauahuaahauhuahauhauhauahuahuhaua...

sekian, terima kasih!

Photobucket

Tuesday, April 13, 2010

RAMBUT CIK PONTI

rasanya rambut gua ni panjang lah. di musim yang sangat sangat panas ini rasanya panjang rambut paras ni pon dah seperti satu bebanan.

walaupun takde lah panjanggg sangat, tapi bagi gua...panjang ni pun telah membuatkan gua ikat sentiasa dari pagi sampai ke malam membawa ke pagi balik!


(susah payah okehhh gua nak amik gambaq rambut. sampai teleng kepala kepala. tu pon gagal nak dapatkan gambaq rambut dari arah belakang. macam mana ahh nak buat? nak guna cermin? tak yah la.. gagal punyer!!)



ahh gua dari lepas mandi...gua akan kepit rambut tak lepas lepas. bila lepas kejap.. terasa panas, terus kepit balik. tu pun kejap kejap gua lepaskan juga nak bagi kering. kadang kadang dari pagi.. sampai tenghari bila lepas rambut... 'oohh rambut basah lagi...' huahauhaua.. takpe... gua memang suka ikat time basah. sajerr nak bagi berbuah buah rambut ni. lapar lapar petikk je buah tu makan. bole??? imaginasi gua zaman kanak-kanak dulu memang macam tu. bila orang cakap ikat rambut time basah basah nanti rambut berbuah. gua bayang ada sebatang pokok naik tengah tengah kepala...dan berbuah buah. buah plak haruslah stok rupa macam apple. tu diaaa daya imaginasi. tu baru imaginasi rambut berbuah. belum imaginasi lain lain lagi. auuuww..


(oowwhh masa ni ambereen belum di botakkan. esok nyer tu baru botak. heheh...)

so, skang ni gua ada terfikir untuk cantasss saja ini rambut. tapi..sayang la plak. lagipun.. gua rasa elok la tunggu dulu jap. sebab lagi 2 3 bulan KOMPOMMMM rambut ni akan dicantas jua bila satu per satu rambut perguguran. maklum ler 2 3 bulan lepas bersalin ni..rambut yang gugur tu...kalau dikumpul2 leh buat rambut palsu. ermm bolehhh hadiahkan kat erra fazira!

jadinyer, tak yah gunting lagi. tunggu lagi 2 3 bulan... mesti gi gunting jugak sebab takut tengok rambut yang gugur banyak...


(ohh ni gambar terbaru. baruuuu lepas bangun tidooo di waktu waktu petang. auuuww indahhnyer...nikmattt nyerrrr tiduurr itewwww... ha..tengah tengah guna laptop, baru terfikir nak guna webcam untuk amik gambar rambut bagi menunjukkan paras sebenar panjang rambut! takyah teleng teleng kepala. akhirnya berguna jua otak ini)

ahh dah cantas taknak lagi.. nak buat apa plak? nak perm? nak iron? takyah la kot... tu cari penyakit. dah la nanti bakal berdepan ngan masalah rambut gugur..lagi nak di perm or iron bagai. ahhh makin makin berguguran lah jawab nyer..



pastu..ada terfikir nak colourkan ajer. tapiiiii... itu juga bukan jalan penyelesaian bagi musim musim panas nih.



maka dengan itu apakah yang paling baik? cuba lu bagi cadangan serta pendapatan...

oohhh ok ok.. gua paham. banyak ustazah ustazah di luar sana sudah sound. apaaaa nak pikiaq teruk teruk.. la ni...pi guntinggg bagi pendekkk..nak keluaq rumahhh PAKAI TUDUNG! rambut tak gugur dah pendek. tak payah perm tak payah iron. apantah lagi nak colour. sapa pon tak nampakkk...

haaaa tu diaaaaa...

yer.. terima kasih. akan di fikirkan. tengkiuuu again.

menda ni... takleh paksaaaa.. nanti tahuuu ler jujuelopez tuhh. tudung tudung ni bukan sama macam tudung saji. kejap bukak..kejap tutup. tapi kalau dah nama jujuelopez..tudung saji tu apantah lagi.. kerja nak p bukakkkkk saja.

alamakkk. tetiba je lapar. jap nak gi tengok apa ada bawah tudung saji.

bismillahirohmanirohhimm....



gedebuuussshhhhhhhhhh keebbaaabooommmm !!!!!!!!!!!!!!!!!!!

p/s : lu ingat tu style kaaa gua buat rambut macam tu? tidakkk.. itu adalah teknik teknik menggayakan rambut bagi menutup parut wajah. tengkiu!

Photobucket