layan anugerah juara lagu nih. gua rasa this year peserta peserta lebih berjenis kalau nak compare ngan last year. lagu pon lebih sodapp telinga mendengar. tahun lepas begitu banyak lagu lagu yang gua tak pernah dengar. mungkin sebab tahun ni dah takde kategori2 seperti 'etnik kreatif' (padahal tak kreatif mana pon), so..lagu lagu yang betul2 bagus jer masuk. selalunya lagu lagu yang bagus tu..harus la popular kan.
hehehe..
sebelum gua komen lagu lagu yang bertanding, meh nak komen intro AJL. hehe.. dato ct nyanyi sebagai intro tu kira ok lah! gempaqqq lahh kira ct nyanyi okehh. tapi huk huk huk..remukk hati makk dengar tok ti rosakkan lagu LAGU UNTUK MU. warrgghh tidakk tidakkkk.. sangat sangat tidak asli dan tak relaaa mak, ct buat lagu tu macam tu. nasib baik penyanyi asal kuar plak lepas tuh. memang patut beliau nyanyi..jadi dapatlah betulkan balik lagu itewww. kalau tidakkk.. sampai esok pagi lah pedih telinga gua dok terngiang ngiang ct rosakkan lagu tuh!
meh sini, jujuelopez sebagai pengkritik tettap anugerah juara lagu nak komen... hehhee..
1. AURORA - ESTRANGED.
lagu sedap. suara sedap. persembahan ok ok jer lah. tidak setuju kalau jadi juara. hehe sangat berterus terang kan.
ok...komen untuk persembahan seterusnya.. WHAT??? ok lah tuh.. lu harap jujuelopez nak bagi komen macam roslan aziz dalam malaysian idol? lu bayang gua nak bagi komen macam adlin aman ramli dalam akademi fantasia. huhh tak koser mak!! sila jangan amik gua jadi juri untuk pertandingan nyanyian. sebab kalau kalau ada 2 peserta, sorang nyanyi lagu noraniza idris.. sorang nyanyi lagu bunkface..so lu tau mana telinga gua akan cakap sedap kan? sah sah yang nyanyi lagu noraniza idris tu terkeluar minggu pertama lagi! mintak mahap yer kak ani. tak masyuk ngan telinga jujuelopez.
2. TAK MUNGKIN KERANA SAYANG - ALYAH
lagu pon sedap jugak walaupun gua tak layan sangat. but its a nice song. suara ok la.. malas lahh nak cakap pasal suara...sebab semua suara sedap kan. kalau tak sedap wat per jadi penyanyi kan?
tapi tetaaap tak puas hati kalau lagu ni menang juara lagu. hehe marah ajai kalau baca blog nih!
3. CINTA ADAM DAN HAWA - MISHA OMAR
lagu nak kata sedap sangat pon takde lah. tapi i can say lagu ni unik sket. lain dari yang lain. nak komen baju leh dak? hihihihi... wakpo lahh baju udoh. hehee.. gua tak soka baju beliau. kain tak suko... baju pon tak suko! tapi misha..bawak lagu tu best. suara power. kalau lagu ni menang, gua tak kisah la sangat. walaupon bukan pilihan hati..tapi gua mungkin tak pertikai sebab lagu ni sedap la jugak. kalau menang vokal pon.. bole lah. power per suara beliau kan.
4. MASIH JELAS - HAFIZ
gua suka lagu ni lah. sedapppp je telinga. hafiz pon comeiii jer. persembahan biasa jer. tapi lagu best. kalau menang pon ok. gua no hal. bukan gua composer lagu tu pon. apa gua kisah saper menang!!
5. SITUASI - BUNKFACE
ahhhhh....lagu ni sedap. kalau menang pon gua setuju lah sangat sangat. hahahaha.. sebab gua suka jer, kira ok lah jadi juara. pilih kasih kah itew?
6. PAKAI BUANG - STACY
mengapa bahhh ko berubahhhh mengapa bahh ko berubahh.. gua memang tunggu stacy! bukan per nak tengok beliau menari jer. lagu ok lah sedap. kira telinga gua leh layan. tapi beliau nyanyi tak berapa best. macam tak dengarrr je suara. sebok menari kot..sampai suara pun tak keluar. taklehhh taklehh jadi juara lagu nih. kalau nak bagi pon...gua bagi persembahan terbaik. sebab siannn tengok menari letih2!
7. PERGI - AIZAT
apsal ada bollywood awal awal tu ah? memang lagu tu macam tu ke? gua tak pernah dengar lagu ni sebenarnya. hehe. gua ni jarang dengar radio. so gua takleh lah komen banyak2 pasal lagu nih. kesimpulannya, gua tak suka..tak layan...! so, gua reject lagu ini untuk jadi juara! hehe..
8. AKU SKANDAL - HUJAN
ermm lagu biasa biasa jer. gua tak berapa layan. gua pun tak sure pernah dengar ke dak lagu ni. hehehe.. gua lupa la plak persembahan meka tadi. macam mana ah? kira...gua tak setuju lah kalau jadi juara. bole? hehehhe..
9. RINDU TERHENTI - TOMOK
huk huk huk huk huk.... mintak mahap la dari ujung rambut sampai ujung kaki. gua kalau TOMOK je..kompom hati jiwa raga bakul dah reject mentah2 sebelum pon dengar lagu beliau. mungkin sebab gua dah nyampah kat beliau dari zaman beliau mula2 kuar dulu berkumpulan. kumpulan apa ah? dah tu..gua cukup cukup marah ngan beliau sebab beliau nyanyi lagu sudirman balik kampung. hingga hari ini gua masih takleh terima kenyataan lagu tu part 'nun menghijauuu gunung ladang dan rimbaa' telah dirosakkan oleh tomok. lu gi check balik!
jadi, lagu ni gua tak suka, tak kenan.. persembahan pon bole la... ngantukk jer.
no no no.. bukan pilihan gua untuk jadi juara! kalau jadi juara jugak..kompom mak boikot AJL!!!
10. AKU RINDU SAYANG - BLACK
hahahaha.. walaupon mentor beliau dangdut dan gua allergic ngan dangdut... tapi gua soka beliau! suara beliau walaupon nyaring dan satu macam..tapi gua soka. lagu ni pon sedap.! gua leh layan okeh.. leh gerak2 kepala2! soka soka. walaupon muka beliau tak hemsem.. tapi sedap lagu & suara beliau. walaupon lagu taklah sesedap lagu fuel dari metallica.. tapi kira sedap lah tuh..
gua takkan pertikai kalau jadi juara. tapi still dalam hati gua cakap.. tak berapa cukup kriteria untuk bergelar juara!
11. BENGANG - AKIM
wehh sedap lagu ni. beliau pon cam best jer gua tengok. pergghhh cam ganasss je tengok. ok lah. persembahan pon ok. pon bole la terima kenyataan kalau menang. ok per kan?
12. DAN SEBENARNYA - YUNA
lagu yang sangat sangat unik. suara yang sangat sangat sedap. sesedap suara jujuelopez! auuuww... ekk ahh ekkk ahh.. persembahan yang biasa.. ermm susah gua nak komen. tapi, gua ok kalau juara. sebab.. lagu ni memang unik dan sedap. suara pon ok. gua soka soka soka!
13. KAU AKU - AIZAT
ahhh lagu aizat yang ni sedap. best. beliau bawak lagu ni pon sodap. keseluruhan ok! bole la.. kalau nak bagi jadi juara pon!
14. BERCINTA - FAIZAL TAHIR
ehemm ehemm! fuuuuuyyyyooooooooooooooooooo.. gua ingatkan mikel jekson bangun dari kubor nyanyi lagu faizal tahir. nasib baikkk kolar baju F T. kalau M J gua dah capai surah yassin.. baca time tu jugak! terkezut!!! ehemm ehemmm.. hihihihi.. maalluuu. mak sokaaa. laguuu beliauuu laaagi mak soka. beliau?? ihik ihik.. maaallluuuu! soka jugak! auuuww!
mintak mintak laaaaaaa jadik juara. hahahaha... sialan! lupaaaa diri plak perut dah boyot tahap kalau baring jari kaki pon tak nampak!!!
ok.. kita tunggu je lah keputusannya. sementara nak tunggu result AJL... nah layan lirik bercinta..
Benarkanku tuk berbicara
bicara terus ke hatimu?..hatimu..
hati yang penuh rasa ragu
jangan terus pergi tanpa mendengar ku
begitu mudah untuk kau terus berlalu nanti dulu
berikanlah waktu untuk aku untuk kamu
ingatkah lagi waktu kau bersamaku
kaku aku melihat mu
lidah kelu sedangkan aku mahu kau tahu
aku cinta padamu, benci padamu, cinta padamu
ke tepi lihat ku berlalu
pasti itu yang terbaik untuk ku
tiada lagi mahu ku tahu
tentang hidup kamu tentang mati kamu
aku tahu engkau tahu apa yang mataku tahu
apa yang kau tunggu mahu aku buka pintu
ingatkah lagi waktu kau bersama ku
kaku aku melihat mu sedangkan aku mahu kau tahu
dengar kata ku aku cinta padamu
benci padamu cinta padamu
sakitnya aku membenci kamu
sakit lagi mencintaimu
dan aku pergi tapi kembali
benci aku mencintai dirimu
ku benci?. kamu?
aku cinta?.kamu?
ingatkah lagi waktu kau bersama ku
kaku aku melihat mu
sedangkan aku mahu kau tahu
dengar kata ku
aku cinta padamu
benci padamu
padamu?..
ingatkah lagi waktu kau bersamaku
kaku aku melihat mu
lidah kelu sedangkan aku mahu kau tahu
aku cinta padamu
aku benci padamu
aku cinta aku benci
padamu
ingatkah lagi waktu kau bersama ku
dengar kata ku
aku cinta padamu
aku benci padamu
aku cinta aku benci
tu je lah liputan persembahan dari jujuelopez. dah pemenangnya adalahhhh.... Jeffry Din... nyanyi sket...terusss gelapp gelita tv! pergghhhh! power sungguh beliau! bisa bikin siaran langsung terputus !