Tuesday, September 21, 2010

NEW HAIR

hehehe... mesti ramai yang tertanya tanya macam mana jujuelopez gunting rambut kan?
auuuwwwwwwwwwwwwwwwwwww... hahahahahahahahahaa...
boleh tahan ngan statement tu?  hahaha.. muntah darah okehhh.
jujuelopez kalau buat rambut macam harith iskandar pon takde saper yang kesah. 
(huh harith iskandar ada rambut kah???) 
lu ada kisah? 
gua tak kisah.. (cehh bohong..)

ehh ni gambar masa bulan puasa hari tu. cute je kan akid. teringat plak pada bulan ramadhan dan sebok membeli barang untuk raya. eii syok nyer. skang raya pon dah habis. kejap jer.
 

ni plak.. gambar anak dara gua yang tertidur sebelum keluar berhari raya rumah sanak saudara... pada hari raya ke-2.. 

  

dan ni plak, anak dara gua ketakutan dan terkejut mendengar bunyi vacuum yang sedang menyedut musical globe akid yang jatuh pecah berderai basah lantai lantai. mujur tokmi ada vacuum yang boleh sedut ayaq. maka, sedut ayaq & serpihan kaca sekali.. bahaya..kaca tu halus halus..

 

hemmm.. macam dah lari dari topik sebenar ya?

ya, mangkok... dah lari.
owwhh, sorry naik lorry. berbalik kepada cerita rambut gua tadi. 
bertenang... gua bukan cantas banyak mana pon. nehiii gua pon tak rela nak cantas banyak banyak sebab spesis rambut gua ni kalau gugur memang meriah. tapi nak tumbuh balik tuh.. perrrgghhh. kalau pokok, lu siram hari hari nampak gak la progress naik tu. rambut gua kalau lu siram 1 hari 1 telaga air pon belum tentu dapat membiak dengan cepat. lammmbatt.. rambut gua memang spesis lembab kalau nak panjang. jadi, sila jangan pening kepala potong pendek pendek sebab nanti merana bila nak tunggu panjang.

kalau gua ni rapunzel.. gamaknya, dah tua bangka kerepot baru rambut boleh cecah ke tanah kot? masa tu kalau jumpa putera idaman pon mampoihhh lah kena maki kalau panjat tower guna rambut gua yang dah sah sah kulit kepala tua ni sakit bila tuan putera tarik rambut putih gua itewwwww...

ok, merepek lagi.
auuwww. 
maluuu aiii sebenarnya nak tunjuk gambaq. maklum lah.. gua jarang (bukan tak penah okeh) posing gediks gediks depan cermin nih. tambah tambah kalau dalam toilet. tapi sejak sejak ada tepon yang boleh guna secondary camera ni...auuww kerap plak amik gambaq sendiwiii... 
auuuuuwwww makk maluuu..

tapi, demi nak tunjuk gak rambut gua ini.. dengan penuh rasa kemaluan keseganan, kesipu sipuan... maka nahh tengok lah...
-
-
-
-
-
 
 ehhh yang ni tak nampak belakang. lupa plak nak lepas rambut. tapi, gua ada cantas sedikit rambut depan.
so, kalau bertudung atau nak solat susah sket sebab nak kena tarik tarik rambut depan ke belakang kalau tidak terjuntai turun.

ahh ni lah panjang rambut gua.
sket jer. dulu..layer.. tajammm sampai ke bawah tali bra. kira hampir hampir sampai ke pinggang. atas dasar menyampah tengok rambut yang banyak sangat luruh.. gua cantas bagi sama panjang..
kiranya, bawah sket dari bahu.


dan gua rasa selesa. takde  terasa bebanan nak ikat rambut, rimas, lemas dan segalanya. sebab rambut panjang ni lebih terurus. 

hemm cantik kan.. toilet park avenue. gua soka. tu yang ujung skali tu memang port jamban gua tuh. 
ok, ni guna camera yang selalu orang pakai untuk 3G tu. quality nyer tak sama macam guna camera kot belakang tu. 
cuba lu tengok beza gambar bawah ni ngan gambar atas ni. beza kan.
tapi, sebab ada function leh amik gambar sendiri dan boleh tengok dengan mudah dan jelassss dah tu kena plak yang jakun macam gua ni.. perrghh kalau boleh korek hidung pon nak amik gambaq.
 
ok, itu saja cerita rambut gua. gambaq ni pon dah lama. minggu lepas ni. ke dua minggu lepas macam tu lah.
ohh bawah ni plak dah balik kerja dan berada di pangkuan anak anak. kan gua dah cakap, memang jakun sket skang ni guna camera phone ni. hahahaha...

owhh lihat lah wajah suci gua balik kerja... dah tak sempat nak mekap mekap lepas solat.. so, balik kerja sila balik rumah terus yer driver. kalau tak... tak diva la makkk!!
 

dan masih juga dalam topik rambut,petang semalam gua balik kerja gi amik ambereen... anak dara gua pon ada rambut baru. hahahaha pengasuh pengasuh kat nursery tu...ikat rambut ambereen ni ah. masa beliau dukung...dari jauh gua pikir macam anak gua..tapi lain macam je. (sebab masa tu tengok dari belakang). anak sapa beliau pegang. sekaliiii pusing. alamakkk anak gua ada toncet!
 

hahahahahhahahaa ok ok. cute sugak. 
tuhhh tengok beliau sedang ratah cover henpon mak beliau. sedap yer? ahhh geget lahhh gegettt...
 

dan masih juga topik rambut, semalam juga... gua telah mengabih kan cream bagi straight rambut kakak gua nyer...! gua belasah boh atas rambut akid. masa mula mula lepas cuci, hahahahahaha 
lawak giler. terpacak! 

tapi, pagi ni bangun dah tak berapa straight. alahhh dah bangsa mak bapak rambut kerinting.. (ehhh gua wavyyy okehhh wavy. cermat sket)... so, terima lah kenyataan...
 

ok lah. tu je.

oihhhhhh takdak sapa nak jemput gua p open house ka nih????

p/s: tadi gua makan ikan siakap masak 3 rasa besaqq giler 1 pinggan penuh... sorang bersama tomyam campoq dan sayoq campoq goreng! sekarang perut gua sakit. sapa mau tolong...

Photobucket

1 comments:

  1. salam jj,
    selamat hari raya...

    comei2 sangat baju raya amberr tau, pasal kasut tu yg cek bekenan skali.
    rasa nak baby girl lagi noooo...

    ReplyDelete