Saturday, August 28, 2010

SIFAT SIFAT KEJI

31 August.. HARI KEMERDEKAAN kita kan?

ahhh meh sini jujuelopez nak bersyarah. kebetulan hari merdeka jatuh pada bulan Ramadhan yang tersangat sangat mulia nih, meh kita sama sama fikir... merdeka kah kita ini?

lu fikir merdeka tu apa? menjerit perkataan 'merdekaaa merdekaaa merdekaa' lepas tengok konsert..atau countdown pada tepat jam 12malam? ahhh kalau lu tanya budak darjah 3 pon beliau akan jawab tu merdeka tu adalah lepas dari jajahan. gitew gitew lahh jawapan standard.. 

actually, banyak lah tafsiran merdeka ni. terpulang pada individu tu sendiri. tapi kan, gua rasa..dah cukup merdeka ka diri lu kalau lu ada sifat sifat keji seperti ini. dan sempena bulan ramadhan ni..apa kata kita sama sama berharap dan berdoa supaya sifat-sifat ni dapat dihilangkan dari diri masing masing.
insya'Allah..

walllaaweiiiii dah macam rancangan agama & motivasi di tv9 plak weh. hahaha..

No. 1. 
Kuat menipu. 
habis segala menda nak menipu. takde menda yang tak tipu. bila dah terlalu kerap menipu, apa yang beliau cakap mesti ada menda yang tak betul. tapi yang memalukan.. bila menipu tapi tak lepas. maknanya, lu rasa lu dah cukup pandai menipu..kira confirm orang tak dapat hidu taik lu ah. dah nama nyer taik..macam mana lu sorok pon tetap lah berbau busuk kan. padahal lu taktahu yang orang tahu lu sedang menipu tetapi orang tu hanya senyummmm dan redha dengar cerita tipu lu tuh.  see... how stupid you are? don't lie. don't make it a habbit. at the end of the day... people will know and they will laugh out loud..

No. 2. 
Fitnah
tak habis habis nak fitnah. fittnahhtoonn... (memang syaiitonnn lah nih) kalau lu nak fitnah orang tu..baik lu gi bunuh je beliau. sama gak dosa yang lu bawak tuh. 

No. 3. 
Perasan. 
perasan ni banyak kategori... perasan lawa.. perasan bagus.. perasan beliau lah yang paling terrer.. perasan kononnya seluruh makhluk alam dengki ngan beliau.. perasan gilerrrrrrrrrrr.. perasan orang syok kat beliau.. dan sebagainya hahaha. macam gua, gua tak perasan pon! gua cuma bagitau yang gua lawa sket jer dari angelina jolie. but ofcoz la..gua ni anjelina jolie stok muka berlobang.. perasan ke tuh? takkkkkk... itu kenyataan dikkk...

No. 4. 
Berhutang. 
kiri kanan atas bawah hutang. (hepp gua pon ada gak hutang. tapi tak pernah tak bayar. hutang duit dibayar duit. hutang biskut dibayar biskut). hutang tu takpo..fahamm..kan ke manusia ni kengkadang ada masalah kewangan. gua pon kadang sesssakk dee. tapi ini kes, berhutang tapi tak bayaq! haiiiyoo busuuukkk punya olang! hutang dengan kawan..hutang bos..hutang ngan adik beradik..hutang ngan mak bapak.. berattt berattt berattt... tak berkat dik nonnn.. kalau dah ada duit sket sket tuh.. sila lah bayar setakat mana termampu. sikit sikit lama lama hutang pon sudah celecaii! tak gitew nokk..

No. 5. 
Hipokrit. 
haiiseh. lu depannnn kasitau sama worang, lu kawan sehidop semati juga! beelaaakanggg.. takdak woranggg, lu mau kasi mati itu kawan! caiitt! tarak baik punya manusia! busuk busuk busukkk! sama lah juga kes... bila setahun sekali jumpa..nampak gaya macam ustajahhh. rupanya, bila lain kali jumpa...angelina jolie pon rasa malu. iskk iskkk...apa kes nok. tengok cam mak ni ah. kalau rambut oren.. semuaaa tengok rambut oren mak ni ah. kalau rambut hitam..semuaaa tengok hitam. takde lah..orang ni nampak hitam..orang tu nampak oren.

No. 6. 
Dengki.
laaa is la bonitaaaaaa... tak baik kiah, nak dengki dengki sesama manusia. apa kebende yang lu nak dengki ni kiah? lu punya rezeki..lu makan. beliau punya rezeki..beliau makan. tak boleh ke sama sama makan. ahh dah macam pak bai dalam cerita p ramlee plak dialog gua. sila lah ambil perhatian wahai umat umat Nabi Muhammad s.a.w sekelian. sesungguhnya dan sejujur jujurnya nak bagitau, insan bernama jujuelopez ini takde lahhh nak rasa dengki kat sesama manusia. apa gua dapat kalau nak dengki pon? nehi...tak dapat apa. ehh, ada pendapat mengatakan..orang yang sering merasakan diri mereka didengki ialah manusia yang menyimpan perasaan dengki terhadap orang lain. Nauzubillah... so, sila lah jangan dengki dengki sesama manusia atau merasa ada orang dengki kat lu okeh. tak baikkkk.. tohan marah. so, kalau ada perasaan perasaan macam tu..cepat cepat lah beristifar..supaya tak terus hanyut ngan hasutan syaiiitoonnn yang memang nak tengok lu ada perasaan macam tuh. kalau tak sedar jugak meh sini biar gua lempang sket kasi sedar.

No. 7.
Bergaduh
bergaduh atau cari pasal. lu apa kes. lu gangster ke? tak habis habis nak gado. dah orang tak gado..lu plak nak cari gado. lu tak letih ke nokk.. hidup sentiasa nak bergaduh dan bermusuh. kalau gua..tak senang hidup..bila tahu ada orang sedang marah kat diri gua yang berhati mulia dan suci murni ni. maka, cepat cepat pergi selesaikan. tak siokk maaa gaduh gaduh.. tambah tambah kalau 1 opis. pergghh macam neraka okehh nak tengok muka musuh. so, jangan ada musuh supaya lu boleh kerja 8jam kat office dengan hati senang.

No. 8. 
Boros. 
japp.. nak kena amik cermin jap ushar diri sebelum nak komen part nih. hahahaha kang terkena atas batang idong sendiri plak. hahaha. takpe, gua komen gak..supaya dapat menginsafi diri sendiwii juga. sila lah berbelanja mengikut kemampuan. tohan tak soka...manusia yang berbelanja berlebih lebihan (macam gua) astarfirrlahalazim... bila la nak berubah wahai jujuelopez. lu ada sepuluh ringgit...lu belanja gaya sepuluh ringgit. lu ada dua ploh hinggit..belanja lah cara dua ploh hinggit. jangan plak.. lu ada tiga ringgit lu belanja gaya tiga ratus. mampoooiiihhhh!!
tapi, ada plak spesis yang bagi tahu orang, duit takde duit takde duit takde.. tapi banglo boleh beli 5 bijik nokkk.. apa kes? ohhh sifat macam ni..ada 2 kemungkinan samada baik atau buruk. kalau baiknye, beliau taknak meninggikan diri..riak dan takbur. so, rendah diri bagitau takde duit. sebenarnya duit banyak boleh beli banglo 5 bijik tuh selain daripada tu beliau bersedekah dan banyak habiskan pada benda kebaikan. yang buruknye pula, beliau bagitau takde duit takde duit sebab takut orang mintak bayar hutang. padahal duit beli banglo 5 bijik tu..kalau bayar hutang pon still ada balance untuk beli banglo 3 bijik.
hahahahaha... lu paham dak nih?

No. 9. 
Mulut puaka.
katanya orang melayu ni berbudi bahasa. sopan santun dalam berbahasa. tapi sekali cakap mak ehhh..bahasa memang neraka jahanam! nak kata lu orang putih..ermm rambut jer lah kot dah celup macam orang putih..tapi, pungkok rasanya tetap hitam. tapi, rasanya orang putih pon cakap lagi berlapik dan sopan santun. sebelum nak berkata kata tu..fikir lah dulu. manusia yang cakap ikut suka sedap mulut, hati dan perasaan ni selalunya jarang menggunakan otak dan akal. seriously, orang jenis ni selalu jarang guna otak.dalam erti kata lain..otak tak berapa nak berfungsi dengan baik. tapi banyak guna hati. lu rasa hati lu betul...sedapp mulutttt jer nak kata orang tu macam macam. mana lu tau beliau hati busuk? ntah ntah beliau melawak ke..takde niat ke.. lu sendiri yang perasan nak mampos rasa lu diva..bila orang melawak lebih sket, lu berani mati tuduh orang tu hati busuk. cuba lah bercakap guna akal fikiran yang waras. cuba lah bercakap macam orang cerdik sikit. sebab tu ada pepatah mengatakan 'kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.' tak pasal pasal kerana kata kata puaka lu tuh orang tersinggung tadi tuh kecik hati terus jadi menyampah meluat tahap hina dina kat lu dan terus cop lu sebagai manusia tak boleh buat kawan..! nahhh.. kan dah hilang satu sahabat di dunia yang fana ini. so, nasihat gua.. biar mulut busuk..jangan mulut puaka. 

ahh sudah lah kiah. banyak lah kalau gua nak senaraikan. yang lain lain tu lu pikir lah sendiri. kesimpulannya, cuba lah elak elakkan dari ada sifat sifat keji ini.. tambah tambah di bulan yang mulia ini...mana yang boleh buang dari dari kita yang hina ni..sila lah buang jauh jauh. kalau kita tak berubah sekarang...sampai bila bila pun kita tak akan berubah...

Selamat hari MERDEKA dan semoga terus tabah menjalani ibadah PUASA..
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN..
ehh raya tak boleh wish lagi.. tunggu hari raya lah wei..

ok?
baik lah anak anak..ustazah jujuelopez nak rehatkan minda kejap.. adiooosss bebehh!

Photobucket

4 comments:

  1. wakakakakaakka ju..oh jue..aku ada hutang biskut tak kat hang hehehehe

    ReplyDelete
  2. Heheh... sapa makan cabai dia rasa pedasnya.. wowowowoowo. Mari kita tgk siapa yang KENAAAAAAAA!!!!!

    ReplyDelete