Thursday, January 28, 2010

CAKAP BAIK BAIK PASAL ANAK.

haihhh kalau ikut gua, banyak menda nihhh nak story kat lu semua. betapa hangin dan geram nyer kat anak teruna nan seorang nih.

tapi orang cakap, kalau nak cakap pasal anak ni..kalau yang buruk2 tu takyah la di zahirkan dengann kata kata. yang elok elok jer cerita..

yerrr mehh laaahh nak cerita yang baik baik dan bijak pandai sajerrrrrrrrrrrrr...yer??

kalau takde menda nak cerita pon, kita cerita cerita kosong je lah.. sambil layan gegambars yang banyak banyak nih.

gambar bawah ni di suatu pagi.. tak silap tahun lepas, beliau bangun tido... tiba2 duduk atas massage chair tuh. dan.. "mama on sat" dan beliau leh layan...sambil fikir masa depan..mungkin?


akid sangat sangat pandaii... (dahhhh kataa nak cakap baik baik jer kan.. pandai lah)

mama : akid, makan tangan mana tuh?
akid : tangan ni lah! (sambil tunjuk tangan kiri)
mama : tak lah.. makan gua right hand. left hand guna untuk wash berak lah. mana leh makan.
akid : berak kan mama wash! biarr lah akid makan ngan tangan nih!!
mama : ?????????????????????? (betul jugakkkkkkkkkkk!!)



ini adalah malam sebelum kejadian kaki masuk dalam escalator! huk huk huk... beliau leh layan dvd kat laptop lepas satu movie ke satu movie yang lain. esok nyer...prakkk masuk kaki dalam escalator. huk huk huk sadissss...


ini adalah malam selepas 2 hari dari insiden kaki terkepit dalam escalator.


gua masih fobia dengan escalator. dari hari tu.. gua baru 2 kali naik escalator. gua lebih rela panjat tangga atau lif. sebab bila naik..rasa macam nak menjerit! bila naik rasa macam nak terjatuh. akid pon sama... 10x ganda punya fobia. taknak jejak langsung escalator!



bila tak sakit.. mintak macam2 pon orang beli. ini kan plak time sakit. laaagi lah tak sampai hati nak menolak kemahuan! nasib beliau tak mintak suruh beli sebijik ferrari. kalau tidak, mak bapak beliau gadai bulu2 pon belum tentu mampu!



eh, baru baru nih... beliau bangun pukul 2 pagi, kejut gua...untuk tanya gua yang beliau nak main game boy. gua cakap takyah la..tido jer. sok nak gi school. nanti bangun lambat. pastu beliau nangis2..merengek2.. cakap 'kalau mama tak bagi main esok?' lerrrr dah gua cakap main esok..main esok jer lah..apsal plak tak bagi... dah tu..beliau dok sok sekk sok sekk sorang2.. tak lama lepas tu gua tengok beliau turun dari katil gi amik gameboy, naik atas katil dan main. tak lama pastu.. baru beliau tutup dan tido balik.
motif gerak gua tengah2 malam mintak kebenaran nak main gameboy ?? baik takyah tanya kan. lu bangun gi amik gameboy..main diam2. pastu tido. takyah la nak berdepan ngan drama air mata!!!
tention!


semalam, time nak tido... lepas gua rasa beliau dah tido, gua pon on lah dvd. nak layan dvd jap lah sebelum tido. baruuuuuuuuu intro. tiba2 anak gua bangun...turun dari katil..bukak dvd 'UP' !!!! sampaiiii beliau tertido. gua tido dulu lahhh nak tunggu beliau tido tuh! (UP tu citer katun lahhh)
tention!

agaknya, ni lah rupanya kalau beliau merajuk ngan awek kan??? hahahahhaah tak koser mak!


ini adalah insiden di kedai mamak lepak2 waktu malam sebelum handphone mummy akid di cicah dalam kuah dal akid tersebut! perrrghhh... merecikssssss!!


ini adalah keadaan akid waktu pagi setelah 2 minggu tak gi school gara gara kaki tersepit escalator. dan kali pertama nak kejut beliau bangun gi school adalah satu penyeksaan!
'akid nak sleep lagi lahh.. ngantuk'
'akid nak rest sajer'




tadi, tiba2... kat dapur. beliau dok 'awekk.. awekk' bapak beliau tanya. awek mana plak?
'tu lahh awek!!!' (sambil tunjuk mak beliau yang termengah mengah ini)
haikkk... dari makcik gemok tiba2 je jadik awek?????????????????????????? ahh macam tu lahh sedappp telinga mak lu dengar!
tapi ni mesti ada menda tak kena!... ohhh.. ada orang mintak beli helikopter..!!


sangat suka layan.. citer p ramlee skang nih...
baru baru gua bawak beliau gi opis. beliau leh tanya kat staff gua...
'ni misai ke tanglong?'
waarrrgghhhhh nasibbb beliau tak tanya mak beliau punya bos!
tapi beliau yang jawab..
'misai pon bole..tanglong pon bole'
beliau juga pandai pandai menukar dialog sendiri...dari filem ali baba bujang lapok.
'nasib baik engkau panas... nanti engkau sujukkkk aku kebasssss'
dialog sebenar "nasib baik engkau panas. kalau engkau tak panas, dengan engkau engkau aku kebas" ahhh you see.. dialog saper lagi ganas. dah sah sah dialog anak mak ganas lagi kan. rela tunggu sampai sujuk sebab nak kebasss jugak!
marah sudin kalau dengar!



ok, tu je lah. di akhiri... dengan gambar anak teruna jujuelopez sedang bermain game. perrrgghhh siyes gua cakap lu cekap anak gua main guna stereng ni. siap tekan pedal minyak, break & gear bagaiii.. kalau bab game..memang cepat! gua ajar merah biru hijau kuning pon tak kenal kenal lagi!!!!

akid, mama beli meja tu..soh belajar baca buku! bukan soh belajar main game! ni silap silap hari bulan... tak anak, yang si bapak gua kerjakan dulu!!!!!!!


Photobucket

4 comments:

  1. hahhah lawak la akid...comel gitu...bijak bijak...

    ReplyDelete
  2. oitttt..makin hensem lak anak bujang ko nie... rambut perang mat salleh..ko celup kaler ker aper nie??? ok nanti kita bincang duit hantaran plak yer.. auwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww... i lap u akid.. pandai dialog p.ramlee buat sendiri..kuakakakakkakaka!!!

    ReplyDelete
  3. haha. kak pila nak amek buat menantu eh?
    kak jujue. akid mcm innocentesar s je muka dia. besar nti sure awek ramai ni..xlarat la nk pilih jd menantu..heee

    ReplyDelete
  4. hehehe....x terasa piyut ku yg tgh mengeras nie pabila mmbaca citer psl akid nie...wat ati aku toi2 terhibur...

    ReplyDelete